Wednesday, December 22, 2010
ROTI GORENG SEMPOI ALA MUNNA
Resepi ciptaan anak lelaki yg no4. Sedapp..kata abah..
Inti:
Ayam kisar
Bawang besar merah cin cang
Bawang putih cincang
serbuk lada hitam
garam dan gula
Tumis bwg2 hingga layu, masukkan ayam kisar. Nak letak air sikit pun boleh. Bubuh garam dan gula secukupnya. Kacau2, akhirnya bubuh serbuk lada hitam. Biar hingga kering dan angkat.
Roti 2 keping disapu ngan naturel soft margarine. Goreng tanpa minyak hingga keperangan. Angkat dan sapu mayonis di atasnya. Letak inti tadi, bubuh sedikit sos cili. Telangkupkan dengan sekeping lagi roti.
Ambil 2 keping kulit popia , lekatkan pada kedua2 belah roti. Anak guna air je, nk guna telur pun boleh. Goreng dengan sedikt je minyak. Bila kuning angkat dan boleh dimakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment