Saturday, November 21, 2009

BUTTER PRAWN



Bahan-bahan

12 ekor udang saiz besar
2 sudu butter
3 biji kuning telur - hana gune 2 sama ngan k.nor
sedikit daun kari
sedikit cili padi - x ltk
serbuk kunyit & garam
minyak utk menggoreng

Cara-cara

1.Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.
2.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi.Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah msak,ketepikan.
3.Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.
4.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.- guna botol sos plastik
5.Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. - tak padamkan api tp guna api yg paling perlahan
6.Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dan buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan. - nak cepat tekan2 telur tu dlm penapis...minyak cepat keluar.

Friday, September 11, 2009

CREAM PUFF


Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  7. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  10. Cara buat kastard krim boleh rujuk di bawah
CUSTARD CREAM


Bahan-bahan ( lebih kurang 300ml )

  • 1 sudu besar tepung
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 4 sudu besar gula
  • 200cc(1 cup) susu segar
  • 1 biji telur (L size)
  • 1 sudu besar mentega

Cara-cara

  1. Masukkan bahan dari no1 - 3 ke dalam mangkuk. Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau jangan ada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
  3. Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. Masak sehingga pekat. Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau. Ulang sehingga pekat.
  4. Bila dah siap, masukkan mentega. Kacau.
  5. Perhatian: Kalau nak guna hanya kuning telur, gantikan sebiji telur tu dengan 2 biji telur kuning.

Saturday, September 5, 2009

KEK BATIK


Bahan-bahan ( 1 loyang )
8 - 9 sudu besar milo
1 tin susu pekat
1 buku buttercup
3 - 4 sudu besar serbuk koko
1 1/2 packet biskut marie

Cara-cara
1. cairkan butter
2. masukan susu pekat. kacau sampai rata
3. masukkan milo. kacau rata
4. masukkan serbuk koko. kacau dalam beberapa minit sampai agak sebati
5. tuangkan ke atas biskut marie yang telah dipatah-patahkan dan gaul sampai sebati
6. masukkan dlm loyang dan tekan-tekan dan masuk dalam peti sejuk untuk keraskan

Friday, September 4, 2009

AYAM BAKAR MAYONIS

Bahan-bahan ( 2-3 orang )
  • 8 ketul drumstick
  • 1 sudu besar mayonis
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Lada hitam secukupnya-tumbuk
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk
  • 1/2cm halia-tumbuk

Cara-cara

Perap dengan semua bahan-bahan di atas dalam 1/2 jam. Kemudian bakar. Lagi lama perap, lagi sedap.