Sunday, June 21, 2020

KEK SARANG SEMUT (TANPA PERAP)



Bahan:
1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan marjerin
1/2 tin susu pekat
4 biji telur (gred B)
1 st soda bikarbonat
Sedikit esen vanilla

Caranya:
1. Panaskan gula api sederhana hingga keperangan jangan hangus.
2. Tuangkan air panas sedikit2. Kacau hingga betul2 larut dan masukkan marjerin. Kacau sebati. Tutup api.
3. Dalam mangkuk lain, pecahkan telur & kacau hingga berbuih menggunakan garfu. Masukkan susu pekat.
4. Tambahkan tepun, soda bikarbonat & esen vanilla.
5. Tuangkan air gula hangus ketika masih panas & kacau sebati.
6. Tuang adunan ke dalam loyang yang disapu marjerin dan bakar.

DALGONA COFFEE


Bahan-bahan:
1 sudu kecil serbuk kopi*
2 sudu kecil gula halus*
2 sudu kecil air panas*
Susu segar
Ais

Caranya:
1. Pukul 3 bahan betanda * selama 10 minit atau sehingga pekat bertanduk.
2. Masukkan ais di dalam gelas, tuangkan susu segar.
3. Letakkan adunan dalgona di atas susu tadi.
4. Sedia diminum sejuk :)


ROTI PURI



Bahan2 :
2 cawan tepung gandum *
1 sudu teh yis [mauripan]*
1 sudu teh gula*
3 sudu besar minyak masak*
1/2 sudu teh garam*
3/4 cawan air mendidih

Cara-caranya:
1. Satukan semua bahan bertanda *,
2. Gaul sedikit demi sedikit
3. Uli selama 3 hingga 5 minit,
4. Bulat2kan sebesar bola pingpong, Peram skejap,
5. Panaskan minyak, gelek doh hingga nipis dan goreng roti puri hingga kembung.
6. Terbalik2kan dan toskan.
7. Siapp. Boleh makan dengan kari ayam.


AGAR -AGAR KERING



Bahan-bahan:
60 gm agar2 bertali
1300ml air
150g gula batu
1200g gula pasir
pewarna pilihan


Cara-cara:
1. Masak agar2 hingga hancur, masukkan gula, gula batu.
2. Kacau2 hingga gula larut.
3. Tapis dan bahagikan kepada 2 or 3 bhgian mengikut warna yg disukai.
4. Sejukkan sehingga keras.
5. Kemudian potong dan jemur sehingga kering.
6. Simpan di dalam bekas.


ROTI CANAI HOMEMADE

Resepi diambil dari Facebook group: Penang Viral. Terima kasih :)



Bahan-bahan:
1/2 kg tepung gandum cap Ros
1 biji telur
2 sb marjerin
1 sk garam (larutkan dalam air)
1/2 cawan air sejuk peti ais
2 sb susu pekat

Cara-cara:
1. Campurkan tepung, marjerin & susu dan jadikan seperti serbuk roti.
2. Masukkan air garam & telur.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh tidak melekat pada tangan.
4. Bulat-bulatkan dan rendam dengan minyak (2 jam atau lebih).


5. Canaikan dan sedia digoreng dan dimakan dengan kari :)



Tuesday, February 11, 2020

DAGING TEPPANYAKI HANIS ZALIKHA



Daging - hiris halus [ guna rib eye paling lembut ]
               gaul dengan black pepper & salt
Panaskan kuali dan olive oil.
Goreng daging hingga bertukar warna.
Masukkan hirisan bawang besar.
Masukkan lada sulah, sos ikan dan secubit garam.
Kacau rata sehingga masak.

Monday, January 20, 2020

ROTI TITAB

Buat untuk sarapan suami. Boleh buat kat rumah sahaja lagi jimat :)


2 biji telur
2 keping roti
Kaya secukupnya

Tengah roti ditekan dengan bahagian bawah cawan sebagai tempat meletak telur nanti.
Telur direbus setengah/3suku masak ikut suka masing2.
Bakar roti dan pecahkan telur di tengah roti di tempat yang ditekan tadi.
Letakkan kaya secukupnya.
Boleh dinikmati bersama secawan kopi panas.
 

Saturday, January 18, 2020

TORTILLA PIZZA



Bahan sos:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 paket ayam kisar
1 tin sos spagetti
Serbuk oregano, lada hitam
Garam gula secukup rasa

Caranya:
1. Tumis bawang yang dikisar.
2. Masukkan isi ayam, gaul sehingga air sedikit kering.
3. Masukkan sos spagetti, serbuk oregano dan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

Bahan pizza:
Roti tortilla
Lada benggala merah + kuning + hijau
Cendawan butang
Bawang holland (potong dadu)
Kepingan sosej goreng
Keju mozarella

Caranya:
1. Sapukan sos tumis tadi ke atas tortilla. Taburkan bahan-bahan kering di atas pizza diakhiri dengan keju mozarella.
2. Bakar selama 5 - 10 minit atau sehingga keju cair. Siap untuk dimakan panas-panas!