Monday, February 16, 2015

SAGU BERKUAH KASTAD

Dessert yang sedap di makan sewaktu cuaca panas lebih2 lagi selepas disejukkan.


2 cawan sagu - rendam lebih kurang 1/2 jam
    Masak dengan 2cawan air, 5 sudu besar gula dan pewarna merah.hingga jernih. Angkat dan siram       air utk hilangkan kanjinya.
     Kukus sebentar lebihkurang 20 minit.
      Sudukan ke dalam bekas yang di sukai.

Kuah :
2 cawan susu cair
2cawan air
2 sudu besar kastad
Gula secukup manis
Sedikit garam.

Bancuh semua bahan dan masak hingga agak pekat.
Sejukkan, curah atas sagu tadi.
Boleh di makan..nyum nyum

Tuesday, February 3, 2015

BISKUT TIRAMISU

Versi tiramisu guna biskut krim kraker, dan guna kastad dengan susu untuk fillingnya. Rasa2 lebih sihat berbanding guna cheese. Resepi dari kawan2 alam maya.


4 sudu besar tepung kastad
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat ( kurangkan jika xsuka manis sangat )
1 cawan air
Biskut krim kraker secukupnya
Milo

Campurkan tepung kastad, air, susu pekat dan susu cair. Kacau sebati.
Masak hingga agak pekat.
Susun biskut, curah kastad, tabur milo.
Buat sehingga 3 layer.
Sejukkan.