Saturday, December 29, 2018

AYAM GORENG BLACK PEPPER


Resepi dari instagram wanakamal_79 Terima kasih :)

Caranya:
Ayam dada dipotong kecil.
Perap dengan 2 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar serbuk kunyit dan 2 sudu besar serbuk lada hitam selama 15 - 20 minit dan goreng.

Masukkan capsicum merah dan hijau dipotong dadu, bawang holland, saya tambah cendawan (boleh tambah sayuran lain ikut citarasa).
Akhir sekali tambahkan 2 sudu besar kicap manis dan 1 sudu besar sos tiram. Siap!

Sedap dimakan panas-panas dengan nasi putih.

Sunday, December 16, 2018

PUDING ROTI MENTEGA & SOS KASTAD

Resepi dari instagram Raffie Yusoff :)



Bahan puding roti:
2 biji telur
500ml susu segar
2 sudu besar stevia (saya tukar gula)
1 sudu kecil esen vanila

9 keping roti putih
2 sudu besar mentega/ marjerin cair
2 sudu besar kismis (saya guna coklat coins)

Bahan sos kastad:
400 ml/ 1 tin susu cair/ sejat
1 sudu besar pemanis stevia
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar tepung kastad

Caranya:
1. Campurkan bahan-bahan di atas. Kacau sebati.
2. Carikkan roti dan gaul rata. Maukkan mentega cair.
3. Tuang ke dalam loyang pembakar. Susunkan chocolate coins dan bakar selama 30-35 minit. Suhu 180 darjah.
4. Sos kastad: Masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau sebati.
5. Buka api sederhana dan kacau sehingga pekat dan mendidih. Siap! Sangat mudah dan sedap.


Thursday, September 20, 2018

NASI AYAM PANGGANG


Kali ni tukar ayam goreng kepada panggang.
Resepi dari blog Hanis Zalikha. Terima kasih :)

Thursday, August 16, 2018

MEE KUAH

Resepi dari mamasya :)



Bahan-bahan :
Mee kuning
Bawang merah
Bawang putih
Udang kering
Sayur sawi dan tomato
Cili giling
Sos cili, tomato, kicap
Isi ayam
Udang
Gula dan garam
Cili merah

Cara-cara :
1. Mee dikacau-kacau di bawah aliran air dan toskan.
2. Tumbuk bawang merah dan udang kering secara berasingan.
3. Ketuk bawang putih.
4. Tumis bwang putih hingga naik bau dan masukkan bawang merah dan cili giling. Biar sampai wangi dan masukkan udang kering.
5. Masukkan sos sos dan kicap. Ayam juga udang sehingga mendidih.
6. Pecahkan telur sebiji-sebiji dan kacau jangan hancur.
7. Masukkan gula garam, sayuran dan cili merah. Sebelum diangkat, masukkan mee kuning.
8. Hidangkan bersama limau nipis, daun bawang dan bawang goreng. Siap!

Wednesday, July 18, 2018

LASAGNA AYAM


Bahan-bahan inti :
1 kotak kepingan lasagna
1 paket ayam cincang
1 biji bawang bessar
2 ulas bawang putih
1/2 tin tomato puri
Sos cili dan sos tomato secukupnya
Gula garam
Lada hitam
Serbuk oregano
Sepaket keju mozarella

Cara-caranya:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga garing. Masukkan ayam kisar. Gaul sebati. Masukkan tomato puri. Gaul sehingga naik minyak.
2. Masukkan sos tomato, sos cili, garam, gula, lada hitam dan serbuk oregano secukupnya mengikit citarasa masing-masing.



Bahan sos putih :
2 sb butter
2 sb tepung gandum
2 cawan susu segar
2 keping cheesedale
Garam, gula dan lada hitam

Cara-caranya :
1. Cairkan butter dan masukkan tepung gandum. Kacau sebati atas api perlahan selama 2 minit. Alihkan periuk dari api dan masukkan susu segar.
2. Letakkan semula atas api. Masukkan cheesedale, garam, gula, lada hitam mengikut citarasa masing-masing. Jika suk manis-manis lemak, masukkan lebih gula.
3. Lapiskan inti, kepingan lasagna dan sos putih berselang seli dan taburkan sepaket keju mozarella di atas sekali. Taburkan serbuk parsley dan sedia untuk dibakar. (35-40 minit, 180 darjah selsius).



Tuesday, July 17, 2018

KEK RED VELVET

Kek sempena ulangtahun hari jadi sendiri. Dibuat oleh anak perempuan kedua ^^ Resepi oleh  instagram : norfarhanahh

Terima kasih. Memang sedap :)



Bahan A (satukan dan pukul kembang):
125 gm butter
320 gm gula kastor
5 gm garam

2 biji telur

Bahan B (satukan dan ayak) :
300 gm tepung gandum
15 gm serbuk koko
6 gm baking powder

Bahan C (satukan dan kacau sebati) :
230 ml susu segar
1 sk esen vanila
3 sk pewarna merah

Bahan D :
1 1/2 sk cuka
6 gm soda bikarbonat

Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji selama 5 minit.
2. Gaul sekata bahan C. Jika guna pewarna red velvet, tidak perlu masukkan serbuk koko. Jika guna pewarna merah, masukkan serbuk koko.
3. Masukkan bahan B dan bahan C selang seli sampai habis. Gaul sehingga sebati dan pewarna rata.
4. Akhir sekali, masukkan cuka dan soda bikabonat.
5. Panaskan ketuhar 180 darjah sebelum membakar. Bakar dalam suhu 170 - 180 darjah selsius selama 30-35 minit.

Cheese Frosting (pukul sebati) :
60 gm butter
230 gm cream cheese
100 gm gula icing
80 gm whipping cream
1 sb jus oren


Friday, July 13, 2018

AYAM BUTTERMILK

Resepi oleh instagram @rozisangdewi. Terima kasih, sedap sangat :D



Bahan-bahan:
Isi ayam
Telur (dibancuh dengan garam)
Tepung gandum

Bahan kuah:
Mentega
Bawang putih (dihiris)
Daun kari
Cili api (dihiris)
Susu cair/ susu segar
Garam dan gula
Kiub ayam

Caranya:
1. Goreng ayam yang disalut telur dan tepung gandum hingga garing. Ketepikan.
2. Cairkan mentega, tumis hirirsan bawang putih, cili padi dan daun kari.
3. Masukkan susu cair/ susu segar, garam gula secukupnya dan kiub ayam. Gaul rata bersama ayam tadi. Siap untuk dimakan.


Tuesday, February 27, 2018

NASI GORENG AYAM KUNYIT

Resepi daridapur.com Terima kasih ya :)




Bahan-bahan:
2 ketul bahagian ayam yang disukai (dada/ tulang)
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk kari
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh garam halus
Sedikit serbuk perasa

Caranya:
1. Panaskan minyak penuh.
2. Goreng ayam yang telah digaul dengan bahan-bahan perapan.
3. Apabila ayam sudah garing, masukkan sayuran (Kacang panjang, kobis bunga, karot)
4. Angkat dan hidang dengan nasi goreng atau nasi putih.


Friday, February 23, 2018

KOREAN STIR FRIED SPICY CHICKEN

Sekali sekala ingin mencuba masakan dari Korea. Resepi dari Cookat Korea :)


Bahan-bahan:
200 gm dada ayam (diperap dengan garam dan lada sulah)
Karot (dihiris)
Kubis (dipotong dadu)
Daun bawang
Cili merah dan hijau
1 sudu besar gula

Bahan perapan ayam:
2 sudu besar serbuk cili
5 sudu besar kicap cair
2 sudu besar bawang putih kisar
1 sudu besar minyak bijan
Secubit serbuk lada hitam

Cara-caranya:
1. Goreng ayam. Masukkan gula. Gaul sebati.
2. Masukkan bahan perapan yang digaul sebati terlebih dahulu.
3. Masukkan sayuran. Gaul rata sehingga sayur masak.
4. Boleh letakkan keju cheddar dan panaskan di dalam microwave ikut citarasa.
5. Enak dimakan dengan nasi panas dan telur mata.

Selamat mencuba :)



Thursday, January 11, 2018

SUP SAYUR DAN TOFU LEMBUT


Bahan-bahan:
Bawang putih, bawang merah, cili merah dihiris (untuk tumis)
1/2 kiub ayam
Sawi
Kubis cina
Cendawan enoki
Karot
Tofu lembut dipotong

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang dan cili merah.
2. Masukkan batang sawi dan karot. Gaul seketika sehingga sedikit lembut.
3. Masukkan air dan kiub ayam. Biarkan mendidih.
4. Masukkan daun sawi, kubis cina, cendawan enoki dan tofu. Kacau sehingga sayur hampir layu. Perasakan dengan garam dan gula. Siap!


Wednesday, January 10, 2018

AYAM MASAK HALIA

Resepi diambil dari buku 1 Hari 1 Resepi oleh Chef Hanieliza. Terima kasih :)



Bahan-bahan A:
500 gm ayam
3 sudu besar sos tiram
1 sudu teh tepung jagung (dicampur 1/2 cawan air)
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 pokok daun bawang
1 biji tomato dipotong
2 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan B (dihiris):
3 inci halia
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah

Cara-cara:
1. Pansakan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga layu.
2. Masukkan ayam dan kacau rata. Kemudian masukkan sedikit air.
3. Masakkan ayam sehingga lembut.
4. Masukkan bancuhan tepung jagung, sos tiram, serbuk lada hitam dan garam. Biarkan sehingga pekat.
5. Masukkan tomato dan daun bawang kemudian kacau rata.
6. Sedia dihidangkan.


Friday, January 5, 2018

SPAGHETTI AGLIO OLIO


Bahan-bahan:
1 paket spaghetti
1 labu bawang putih dihiris nipis
3 batang sosej ayam
Udang secukupnya (diperap dengan garam dan lada sulah)
Hirisan dada ayam
1/2 biji lada benggala hijau/ merah/ kuning
1 1/2 kiub ayam
Lada hitam secukup rasa
Serbuk oregano
Chili flakes
Parsley

Cara-cara:
1. Rebuskan spaghetti dalam air mendidih, masukkan sedikit garam dan minyak jagung. Biarkan sehingga masak.

2. Panaskan minyak jagung/ zaitun, tumiskan bwang putih, hirisan dada ayam, sosej, udang. Angkat udang sahaja.

3. Masukkan lada benggala, serbuk lada hitam dan serbuk oregano kemudian spaghetti. Taburkan kiub ayam, chili flakes dan daun parsley. Gaul rata.


Thursday, January 4, 2018

KEK PISANG



Bahan-bahan:
Pisang dilecek
4 cawan tepung gandum (ayak dengan soda bikarbonat)
2 1/2 cawan gula halus
2 1/2 cawan marjerin
5 biji telur
1/2 cawan susu pekat

Cara-cara:
1. Pukul marjerin dan gula hingga putih. Masukkan telur sebiji-sebiji. Kacau sebati.
2. Masukkan pisang selang seli dengan tepung.
3. Campurkan susu sedikit-sedikit. Kacau sebati.
4. Masukkan dalam acuan yang sudah dilenser marjerin dan tepung.
5. Bakar dalam suhu 180 darjah selsius sehingga masak.
6. Enak dimakan suam suam :)