Sunday, June 28, 2015

KETUPAT SOTONG & SUP IKAN SALMON

IFTAR KE 11


Hidangan berbuka petang ni buat ketupat sotong. Dalam 12 ekor sotong yang agak besar beli kat Pasar Pasir Penambang hari tu.

Sotong
Beras pulut secukupnya - rendam sekejap. Gaul santan dan garam sedikit
Gula melaka
Santan
Daun pandan
Lidi
Masukkan beras pulut agak2 tiga suku penuh. Tutup sotong dgn kepalanya dan semat dengan lidi.
Masukkan dalam periuk berisi santan, gula melaka dan daun pandan.garam secubit jangan lupa.
Masak hingga sotong betul2 kembang dan agak pekat.

SUP IKAN SALMON


Selain tu buat juga sup kepala ikan salmon. Guna resepi sama dengan sup ikan jenahak dulu.
Cuma ikan salmon tak boleh masak lama sebab lembut.


Wednesday, June 24, 2015

PUDING KASTAD BERKUAH

IFTAR KE 7



1 cawan tepung kastard
2 1/2 cawan air
Bancuh tepung hingga sebati.
Masak hingga likat dan berkilat.
Masukkan dalam bekas dan sejukkan.

1 tin susu cair
1 1/2 tin air
8 sudu besar gula ( atau ikut kemanisan masing2 )
Masak hingga mendidih.

Fruit cocktail

Masukkan kastard ke dalam mangkuk, sudukan fruit cocktail dan curah susu ke atasnya.

Monday, June 22, 2015

PIZZA ROTI

Iftar ke 5


Sesi menghabiskan roti yang tinggal setengah paket lagi tu. bulan puasa ni kurang pulak makan roti, so buat pizza roti simple, guna bahan2 yang ada kat dapur.

Bahan :
- Roti
- Tomato puree
- Sosej
- Cheesedale/ Mozarella
- Capsicum merah dan hijau

Cara :
- Sapukan tomato puree atas roti, letak topping (sosej, capsicum merah dan hijau, cheese dll ikut suka)
- Bakar sekejap (10 minit sehingga cheese cair)
- Siap!

Sunday, June 21, 2015

WANTAN GORENG


IFTAR KE-4

Bahan :
Kulit wantan secukupnya
Ayam kisar
Crab stick, potong kecil
Bawang besar cincang
Daun bawang hiris halus
Capsicum hijau dadu
Serbuk lada putih
Sedikit garam


Cara :

- semua bahan digaul sebati.
- ambil 1 sudu kecil inti, letak atas kulit wantan.
- basahkan air di sekeliling kulit wantan.
Punjutkan kemas2. 
- goreng hingga keemasan.
- makan dengan cili sos.



** bahan2 inti agak2 la ya...

Selamat mencuba :)

Saturday, June 20, 2015

NASI DAGING

IFTAR KE 3

Hujung minggu anak2 semua balik, jom kita masak nasi daging. Ni percubaan pertama buat,selepas belajar dari kawan, kak Umi namanya. Memang terer masak nadi daging ni maklumlah orang utara. Siap bagi rempah lagi, terima kasih banyak2 :). Sukatan boleh adjust sendiri kalau buat sikit.



Bahan nasi :
5 pot beras ( kalau guna basmathi rendam 3jam )
7 pot air + 1/2 kg tulang ( rebus jadikan stok ) - ikut jenis beras
6 sudu besar rempah nasi daging*
1 tin susu cair*
1 tin kecil tomato puree *
2 sudu gula batu*
1 kiub ayam ( optional )
3 sudu besar oren sunquick*
3 sudu besar badam serbuk*
3 sudu minyak sapi
3 sudu marjerin
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang, cengkih dan pelaga@
4 bwg merah@
3 bwg putih@
2" halia@
2daun kari@
10 bwg merah#
3 bwg besar#
1 lbu bwg putih#
3" halia#
Garam
Daun sup, daun bwang,daun pandan

Campur semua bahan bertanda * dalam bekas dengan sedikit air. Bahagi 2. ( 1/2 utk nasi 1/2 utk lauk)
Mesin bhn bertanda # . Bahagi 2 juga. Campur ke dalam rempah tadi.
Panaskan minyak sapi dan marjerin, tumis bhn bertanda @ hingga kuning.
Masukkan 1/2 bhgian rempah tadi.
Kacau hingga terbit minyak dan masukkan air stok , biarkan mendidih.
Tambah garam dan kiub jika ada. Rasa garamnya.
Bila ok masukkan beras dan masak seperti biasa.

LAUK NASI DAGING
1 1/2 kg daging potong sebesar 3 jari. Basuh dan rebus empuk
3cwn air
1/2 bhgian rempah yg dibahagi tadi
3 sudu besar cili kisar
3 - 4 sudu besar cili sos
2 sudu besar kicap masin
1/3 cwan kicap pekat
4 bwg merah)
3 bwg putih) - mayang
2" halia)
Minyak

Tumis bahan mayang hingga kuning.
Masukkan rempah dan kacau hingga terbit minyak. Bubuh cili kisar.
Tambahkan air, sos, kicap. Kacau sebentar.
Bila mendidih masukkan daging dan garam secukupnya.
Kecilkan api dan masak hingga sederhana pekat.

AIR ASAM TOMATO KERISIK
3 tomato hiris nipis
2 bwg besar hiris nipis
5 cili besar@
15 cili api - ikut pedas@
Belacan secukupnya@
Garam gula@
2 - 3 sudu kerisik
4 - 5 sudu cili sos
3 sudu besar air stok daging ( xde pun xpe )
Tumbuk / blend bhn bertanda @ dan gaulkan dgn tomato dan bwg hiris,kerisik dan cili sos.
Kalau blend airnya sikit je ye..

ACAR TIMUN
3 timun
1 karot
2 bwg besar
2 cili besar
Garam gula cuka makan

##Semasa nak hidang, tabur bawang goreng, kacang tanah dan kismis jika suka. Selamat mencuba!

Friday, June 19, 2015

SUP KEPALA IKAN JENAHAK & ASPARAGUS GORENG UDANG


Iftar ke 2
Ikan jenahak seekor yang beli kat Pasar Pasir Penambang sebelum puasa hari tu ada lagi. So kepalanya sedap buat sup. Jom tengok resepi mudah ni

Tumbuk beberapa ulas bawang putih, halia dan 1 bawang besar.
Tumis sampai wangi. Tumbuk sedikit lada hitam masukkan sekali.
Kacau2 dan letak air secukupnya untuk kuah.
Biar mendidih. Masukkan ikan, tomato yang dipotong wedges.
Biarkan ikan masak, rasa garamnya.
Nak hidang tabur daun sup daun bawang, bawang goreng, cili padi dan perah asam limau.

ASPRAGUS GORENG UDANG


Tumis bawang putih, bawang besar yg dihiris nipis.
Letak cili merah. Masukkan udang.
Kacau rata, masukkan garam, gula dan sos tiram.
Terus masukkan asparagus, cili benggala merah dan hijau.
Gaul sebati. Angkat.

Thursday, June 18, 2015

CUCUR JAGUNG


Iftar hari pertama
Terfikir nak buat apa dengan 3 ketul jagung yang dibeli di Cameron Highland beberapa hari lalu.
Tiba2 teringat untuk buat cucur jagung untuk berbuka puasa. Asyik jagung rebus je kan.
Senang sangat cara pembuatannya.

Jagung - ambil isinya
Udang kecil - buang kulit, cincang kasar
Bawang besar - cincang kasar
Lada merah - hiris halus
Daun sup dan daun bawang hiriis halus juga
Sedikit garam
Tepung gandum

Masukkan semua bahan dalam mangkuk, bancuh dengan air panas hingga sebati.
Sukatan tepung dan air ikut masing2.
Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan.
Angkat dan hidang bersama cili sos.