Saturday, December 3, 2011

BLENDED ORANGE CAKE

Kek yg senang sangat buatnya, dari blog Hasue. Tq

Blended Orange Cake
Resepi:Kak Fida@myresipi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com



Bahan-bahan ( loyang 9 inc )

* 1 bji buah limau
* 1 cawan minyak
* 2 cawan gula halus > hasue guna 1 cawan aje
* 3 biji telur
* 2 cawan tepung gandum*
* 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
hasue tambah sedikit pewarna oren - tambah 2 camb jus oren

Cara-cara

1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
2 Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
3. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
4. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

Thursday, December 1, 2011

KEK BATIK

Resepi dari anak kawan, namanya Iman yg tgh buat medik kat Mesir. Dah banyak kali buat sebab senang dan sedap sangat. Tq Iman.


1 1/2 bungkus biskut merie
1 tin susu pekat
8 - 9 sudu besar vico/milo
3 - 4 sudu besar koko powder
1 ketul buttercup

1. Cairkan butter.
2. Masukkan susu pekat. Kacau rata.
3. Masukkan milo/vico. Kacau sebati.
4. Masukkan serbuk koko, kacau2 dalam beberapa minit samapai agak sebati.
5. Tuangkan ke atas biskut yg telah dipatah2kan dan gaul sebati.
6. Masukkan dalam loyang, tekan2,tolak2 bg mampat betul2 dan ratakan.
7. Biarkan sejuk seketika.
8. Boleh potong dan hidangkan.

Saturday, November 19, 2011

UBI KENTANG LENYEK CROQUETTE


Dari buku resepi 30 minit chef kamarul, dah dua kali buat, memang sedap. Mudah je nak buat.

Bahan2 :
500g ubi kentang ( guna 5 biji )
1 sudu besar mentega ( guna 2 sudu besar soft majerin naturel )
sedikit garam
lada sulah secukupnya
100g tepung gandum ( guna 2 sudu besar )
100g serbuk roti
4 biji telur ( guna 2 biji saiz A )
minyak untuk goreng

Lenyek ubi kentang yg direbus dan campurkan dgn mentega.
Masukkan pula garam dan lada sulah.
Kemudian bentukkan bentuk selindar dan gaul/golek2kan dgn tepung gandum.
Celupkan dalam telur yg dipukul dan akhir sekali gaulkan dgn serbuk roti.
Goreng hingga kuning keemasan.

## kami makan dgn cili sos or mayonis##

Friday, November 18, 2011

PUDING ROTI MARBLE COKLAT

Resepi untuk minum petang, ambil dari blog Izzah Muffin Lover..c n p je. Tq


RESEPI PUDING ROTI MARBLE COKLAT
source : hanamemories

Bahan-bahan

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys

Cara-cara :

Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.

Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

Thursday, November 17, 2011

MAKARONI BAKAR

Buat untuk minum petang. C n P dari blog dayang jack, tq


Baked Pasta
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan
  • 2 cawan makaroni + 1 cawan pasta spirals (direbus ala dente* dan toskan) - guna makaroni sahaja
  • 150 g minced beef/chicken - guna ayam
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
  • 1 tin kecil puri tomato atau 1 botol kecil sos spagetti
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar mentega
Sos Putih :
  • 2 cawan susu segar - guna susu cair tambah sedikit air
  • 1 sudu besar mentega
  • sedikit lada sulah
  • 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 slice cheesedale atau 30 g krim keju - guna cheesedale
  • sedikit garam dan gula
  • lain-lain : keju parut dan oregano
Cara-cara :

  1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan daging/ayam cincang dan kacau hingga airnya kering.
  3. Barulah dimasukkan puri tomato atau sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  4. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata. Boleh juga letak mushroom jika suka.
  5. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim ke ju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula.
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
  7. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
  8. Taburkan keju parut dan oregano. ( tabur oregano saja, x ada stok cheese )
  9. Bakarlah selama 35-40 atau hing ga keperangan dengan suhu 160C.

* al dente : cooked enuf to be firm but not so soft / tak keras dan tak lembut sgt
**cara merebus pasta : didihkan air bersama sedikit garam dan kemudian barulah dimasukkan pasta. masa memasak lbh kurang 7-9 minit ikut instruction pd bungkusannya.

Wednesday, November 16, 2011

DONUT BALL INTI KASTAD

Pertama kali wat donut. Untuk minum petang, guna resepi Izzahdaut untuk donut dan kastad dari myresepi. Memang lembut dan sedap. Tq. Resepi c n p je.


DONUT BALL( Resepi II)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang


bahan-bahan:


2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)
gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)


Cara-cara :
Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.


Inti Kastad :
125 ml susu segar/cair
25g gula
15g kastad
Kacau semuanya atas api perlahan hingga pekat.

Tuesday, November 15, 2011

KUETIAW HAUFAN

Memenuhi permintaan anak bongsu nak sangat makan kue tiaw. Resepi c n p dari dapur maDiHaa. Tq kerana resepinya mmg sedap.


Kuetiaw Haufan
Resepi : Mas Duniaku
Sumber : MaDiHaA a.k.a Ratna

Bahan A :

* 500gm kuetiaw
* 3 sudu besar kicap campur
* sedikit minyak untuk menumis

Bahan B :

* 3 cawan stok ayam - kalau tak ada air biasa pun boleh (MaDiHaA letak suku kiub ayam untuk 1 resepi) -ikut madihaa
* 1 pokok sawi - basuh dan potong2
* 12 ekor udang
* 3 sudu besar tepung jagung
* 3 sudu besar kicap campur
* 2 biji telur
* sedikit lada sulah

Cara memasak :

1. Panaskan minyak, masukkan kuetiaw ( kalau suka pedas masukkan cili padi yang diketuk sekali ) dan kacau, masukkan kicap campur dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan.
2. Masukkan stok ayam dalam periuk, apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, udang dan sawi, apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur (kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi), kacau, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah, kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur kedalam kuah tadi dan terus tutup api.
3. Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi.Tabur lada sulah diatasnya. Sedia dimakan. (MaDiHaA makan dengan cili hijau jeruk juga.. cili hijau potong + cuka + air panas + garam + gula.. ekspress punya.. hihi.. )
-------------------------------------------------


Untuk resepi kicap campur ni.. MaDiHaA buat separuh resepi je sebab sos ikan tinggal setengah cawan jer.. hihi.. Itupun dapat banyak dah.. boleh simpan peti ais utk guna lain kali..


Kicap Campur
Resepi : Mas Duniaku
Bahan :

* 1 cawan kicap pekat
* 1 cawan kicap cair
* 1 cawan sos ikan
* 1cawan sos tiram
* 1/2 cawan gula
* 1/2 cawan garam
* 1/2 cawan ajinamoto

Cara membuatnya :

* Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.
* Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.....

Monday, November 14, 2011

UBI KAYU GETUK

Kuih kegemaran anak - anak. Ubi bawa dari kampung, esoknya terus buat. C n P dari blog Izzah. Tq


UBI GETUK

Bahan :

2 cawan ubi kayu rebus
1 cawan kelapa parut putih
1/2 cawan gula *saya tambah beberapa sudu lagi
sedikit garam

Campur semua bahan dan gaul sebati dan rata. Kepalkan bulat bulat kecil.

Bancuhan tepung goreng :

1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 sudu teh garam
air
- satukan semua bahan dan kacau hingga sebati

Bancuhkan semua bahan dan kacau sebati. Celup bebola ubi getuk tadi dan goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing kekuningan. Toskan minyak dan hidang.

Sunday, November 13, 2011

CEK MEK MOLEK

Sesuai untuk minum petang.


Bahan2 :
Ubi keledek kupas kulit dan rebus empuk. Lenyekkan masa panas2 supaya hancur.
Tepung gandum secukupnya digaul dgn keledek tadi sehingga jadi doh yg boleh dibentuk.
Ambil sedikit adunan, leperkan dan isi 1 sudu gula or agak2, tutup dan bentukkan lonjong. Kalau melekat kat tgn, sapu sedikit tepung.
Dah siap goreng hingga kuning keemasan.
Bila nak makan tggu sejuk sedikitsebab ada gula di dalamnya..takut melecur..

Saturday, November 12, 2011

CUCUR UDANG

Resepi dari home sweet home.TQ


CUCUR UDANG CHEF HANIELIZA

Bahan A:-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung beras
  • daun kucai
  • taugeh (akak x letak ni..aiman xnak...)
  • cili merah [cincang] (akak letak 1 1/2 biji)
  • garam
  • serbuk kunyit
  • minyak untuk menggoreng
  • udang kertas secukupnya (akak guna udang sederhana besar)

Bahan Mesin:-
  • 1 s/b udang kering
  • 1 labu bawang besar
  • 2 cawan air

Cara-Cara:

1. Gaulkan rata semua bahan kecuali minyak dan udang kertas.
2. Panaskan minyak.
3. Sendukkan adunan dan letakkan udang diatas adunan.
4. Curahkan adunan yg berisi udang ditepi kuali dan biarkan ia meluncur jatuh dalam minyak.
5. Biarkan gorengan sehingga garing.
6. Angkat dan toskan.
7. Potong kecil dan hidangkan dengan sos cili.

Cucur yg sedap dan simple.

Friday, November 11, 2011

NASI MANDHI

Hidangan keluarga 11.11.11 yg lalu..anak2 semua ada kt rumah. Memang menyelerakan, dah lama tgk resepi kt mamasya, arini br jadi kenyataan. Hb sampai 3 kali tambah..alhamdulillah.
Resepi c n p dari blog mamasya.

Nasi Mandhi

Sumber : Blog Resepiraidah


Bahan
4 cawan/pot beras basmathi ~ rendam 20 minit dan toskan
3 camca besar minyak sapi ( guna minyak masak + planta )
4 cawan air atau secukupnya - **tambah air supaya nasi lembut
1 biji bawang besar ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ hiris halus
1 inci halia ~ hiris halus btg mancis
1/3 cwn kismis
Rempah tumis ~ 1 batang kayu manis, 1 kuntum bunga lawang, 3 biji buah pelaga, 5 kuntum bunga cengkih
Sedikit pewarna kuning- guna 1 sk kunyit campur dgn sikit air ( sama juga )
Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
1. Panaskan minyak tumis rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan bawang layu. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan pula air, biar mendidih.
2. Bila mendidih, padamkan api dan tuang ke dalam rice cooker. Masukkan beras dan garam secukup rasa, kacau rata dan masak seperti biasa.
*3. Bila nasi kering, buat lubang ditgh nasi dan letakkan foil. Masukkan 1 sudu minyak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 2minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.
4. Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
5. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, kacau/gembur nasi dan masak nasi sehingga masak.

## xikut step3 dan 4. Cuma lubangkan nasi dgn btg senduk kayu, titikkan bancuhan serbuk kunyit, kacau2 sikit.


Ayam Bakar Nasi Mandhi
Sumber asal ;Blog Resepiraidah

first time buat, tak cantik sangat

ni second time buat


Bahan-bahan ayam:
1 ekor ayam ~ dibelah 2 dan di cuci bersih - potong 4 (guna ayam kampung )
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar - letak 1 sk
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk kabsa ( kalau tak ada,gantikn dgn rempah campuran )-letak rempah kari (sama )
2 biji bawang besar ~ dihiris bulat
2 biji lemon ~ dihiris bulat
Garam
Sedikit pewarna kuning (x letak )
Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

1. Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.
2. Alaskan/balutkn bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.
3. Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

nota dapur mamasya
** bakar suhu 250'c selama 50 min,buka alumium foil.. balikkan ayam bakar menu grill selama 15-20 minit..balikkan lagi ayam masak api grill 15-20 min.

Tuesday, November 8, 2011

IKAN SIAKAP TOMYAM

Lauk makan malam. Buat ikut selera sendiri, yg penting liciinn..



Bahan2 :
1 ikan siakap - gaul garam knyit,tabur tpg jagung rata2
3 serai hiris halus
3 bwg putih hiris
halia dihiris panjang nipis
5-6 cili padi hiris nipis
1 1/2 kiub tomyam
bawang besar potong bulat
daun ketumbar diracik halus
tomato dipotong 4

Ikan digoreng garing. Angkat.
Keluarkan sedikit minyak, tumis bhn2 hiris hingga wangi.
Masukkan sedikit air, pecah2kan kiub tomyam. Kacau2 hingga sebati.
Masukkan bwg besar dan sedikit gula.
Bila agak pekat, tutup api.
Curahkan atas ikan dan tabur daun ketumbar.
Makan panas2.

LAKSA SARAWAK

Hidangan raya haji ke2..jamu mak sedara anak beranak yg datang berziarah. Pes laksa adik ipar yg dok Kuching tolong poskan. Resepi c n p dari dayang jack. Tq keduanya. Kali ni guna 2 paket perencah.


Laksa Sarawak


bahan-bahan : 6-8 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan) - sama
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo udang basah
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat ( guna santan kotak )
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan.
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
Resepi Sambal Udang Kering

bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.

Sunday, November 6, 2011

RENDANG AYAM

Buat rendang ayam untuk juadah hari raya aidil adha. Makan dengan lemang.
Terima kasih k.umi home sweet home kerana kongsi resepi. Guna ayam kampung.


RENDANG AYAM (CHEF HANIELIZA a.k.a KAK LIZA)

Bahan A:-
  • 1 ekor ayam (dipotong kecil) (guna ayam kg 2 ekor)
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
  • 1/2 cawan kerisik
  • 2 helai daun kunyit (disiat)
  • 2 keping asam gelugor (*ni akak tambah)
  • 1 keping kecil gula kabung (*akak tambah ni) -( guna gula melaka )
  • Garam secukup rasa

Bahan B (Dikisar):-

  • 3 labu bawang besar (akak guna 1 labu bawang besar + 10 bj bawang merah)
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai (ambil bahagian putih/lembut)
  • 3 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 15 tangkai cili kering
  • 15 biji cili api ( x letak )

Cara Memasak:-

  1. Ayam dibuang kulit, dibersihkan dan toskan.
  2. Masukkan kesemua bahan (kecuali kerisek, daun kunyit, garam dan gula) ke dalam kuali besar dan kacau sebati atas api perlahan.
  3. Masak hingga ayam lembut dan kuahnya sebati..Kacau sekali sekala.
  4. Masukkan garam, gula dan kerisik, daun kunyit dan kacau rata. Seimbangkan rasa. Masak hingga kuah agak pekat atau terpulang masing2.
  5. Tutup api, angkat dan hidangkan dengan pulut, lemang, ketupat.

Tuesday, November 1, 2011

BINGKA ROTI KUKUS PANDAN

Resepi dari home sweet home. Sedap juga kuih ni, sesuai untuk minum petang.


Bahan2 :
9 roti putih
200 ml santan ( guna santan kotak )
200 ml air
1 cwn gula ( guna 3/4 cwn )
2 telur ( guna 3 je )
1 camt garam halus
1/2 cmt pes pandan
2 helai daun pandan disimpul
1cmt pewarna hijau ( tambah )

Kacau santan, air, gula, telur, garam dan pes pandan ( nak senang blend je semua ).
Rendam roti dalam adunan selama 10 minit.
Pindahkan roti ke dalam loyang bersama lebihan adunan tadi.
Letak daun pandan.
Kukus selama 15 - 20 minit.
Sejukkan dan potong.

MI GORENG MAMAK

Mee ni buat untuk breakfast. Terima kasih Izzah Muffin Lover untuk perkongsian resepi. Guna bhn2 yg ada kt dapur. Mmg sedap anak2 suka.


Bahan2 :
500g mee kuning
100g daging ( guna ayam )
100g fish cake ( x guna tiada stok )
100g taugeh ( x letak )
1 mangkuk sawi
3 camb cili mesin
1 camb rempah kari
3 camb kicap pekat ( guna kicap manis)
2 camb minyak
1 labu bwg besar cincang halus
2 bwg putih cincang ( tambah sndri )
1 cwn telur putih/3 biji telur ( guna 2 telur je )
3 cili hijau/merah
tomato potong
2 keping tahu ( tambah ) digoreng dan potong

Tumis bwg2 hingga wangi. Masukkan cili kisar, kacau2 hingga garing. Campurkan rempah kari yg dibancuh, masak hingga garing.
Masukkan ayam/daging, kacau2 biar masak.
Bubuh kicap, fish cake, sayur2 , tahu,cili dan mee. Kacau sebati.
Ketepikan mee, pecahkan telur kacau2 sedikit dan gaulkan semua.
Rasa dan siap untuk dihidangkan.

Thursday, October 27, 2011

PUDING TRIFFLE

Puding yg senang tapi sedap. Resepi dari mamasya..tq




Lapisan bawah :
Swiss Roll - Potong dan susun dalam bekas.Tuang air koktel biar lembap.Ketepikan

Lapisan kedua :
*1 tin susu cair
*1 tin air
*7 sudu makan gula
4 sudu besartepung kastard ditambah dengan setengah tin air.
=Masak bahan bertanda bintang atas api hingga mendidih.Kecilkan api .
Masukkan bancuhan tepung kastard dan air.Kacau hingga likat.Tuang atas kek.

Lapisan ketiga :
Tabur buah-buahan koktel atas kastard.Biarkan.

Lapisan keempat :
Jerang air panas mengikut sukatan kotak jelly.
Masukkan jelly,tunggu sejuk sedikit tapi masih cair.
Tuang atas buah-buahan tadi.

Lapisan kelima :
Bila jelly beku,paipkan yogurt atau whiping cream yang dipukul hingga gebu.
Sejukkan.


#Lapisan lima sy x buat sbb stok yogurt dan whiping cream dah abis.Selamat mencuba!

Wednesday, August 17, 2011

IKAN TENGGIRI HALIA

Lauk untuk berbuka puasa.

Bahan2:

Isi ikan tenggiri bubuh garam kunyit, goreng
Bawang putih hiris
Halia muda hiris panjang2
Lada hidup merah dan hijau potong panjang2
Bawang besar potong bulat
Kicap gair
Sos tiram
Garam dan gula

Tumis halia dan bwg putih hingga wangi, bubuh bwg besar dan cili. Kacau2 hingga layu.Masukkan sedikit air, sos tiram, kicap cair. Tambah garam jika perlu ( sos tiram dan kicap cair dah masin ) dan sedikit gula. Masukkan ikan, kacau2. Untuk pekatkan bubuh sedikit bancuhan air tepung jagung. Angkat dan hias dgn hirisan daun bawang.

Sunday, August 14, 2011

GARLIC BREAD


Bahan2 :
Roti wholemeal hiris nipis
Bawang putih cincang halus
garam sediikiit je
daun pasley cincang - xde guna daun sup cincang
butter - guna olive oil

Gaul semua bhn rata2, sapu atas roti. Panggang sekejap. Makan panas2.

Thursday, August 11, 2011

GERMAN COOKIES

Biskut hasil tangan anak2 dara untuk raya. Ambil dari dapur Mamasya..sedap dan cair di mulut.
Bahan-bahan

125 gm butter
40 gm gula icing - diayak
1 teaspoon esen vanilla
125 gm potato starch
80 gm tepung kek/tepung gandum

Cara-cara

Pukul butter dan gula icing hingga gebu dan ringan.
Masukkan esen vanilla dan gaul rata.
Ayak tepung kek dan potato starch ke dalam adunan.
Gaul menggunakan spatula hingga mendapat doh yang lembut.
Sekiranya doh terlalu lembik dan sukar dibentuk, balut dengan plastik dan simpan di dalam peti sejuk 10-15 minit .
Gentel doh menjadi bebola-bebola kecil dan susun di atas loyang pembakar.
Tekan setiap bebola dengan garfu untuk mendapatkan corak.
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 C selama 15 minit di rak yang paling atas.

Monday, August 8, 2011

BISKUT OREO

Satu lagi biskut raya yg sedap, ambil dr blog masam manis. Tq tuan punya.

Bahan-bahan

280 gm mentega
200 gm gula castor
250 gm tepung gandum
50 gm serbuk koko
30 gm tepung jagung
20 gm biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
1/2 sudu teh baking powder

Biskut oreo - dikisar halus buang dulu krim dia
Coklat masakan putih cairkan

Cara-cara

Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang.
Satukan tepung gandum, tepung jagung, serbuk koko dan baking powder, kemudian ayak dan masukkan dan gaul.
Kemudian masukkan serbuk oreo dan gaul hingga menjadi doh yang lembut.
Gentelkan bulat-bulat.
Golek-golekkan atas serbuk oreo.
Bakar pada suhu 150C selama 25-30 minit
Keluarkan biskut setelah masak.
Tunggu biskut sejuk.
Paip kan dengan coklat putih.

Friday, July 29, 2011

PUDING KASTAD

Bahan-bahan (Kastad)

1 cawan tepung kastad
1 1/2 cawan air
sedikit gula

Air susu :
1 tin susu cair
1 cawan air
1 cawan gula

Cara-cara

Bancuh bahan-bahan untuk membuat kastad dan masak sehingga pekat dan likat (meletup-letup)
Masukkan dalam bekas dan biarkan ia sejuk dan beku
Masak kesemua bahan untuk membuat susu sehingga mendidih
Hidangkan

Wednesday, July 27, 2011

BUBUR SOM-SOM PANDAN


Bahan-bahan

100g tepung beras
100g tepung jagung
1.6ml santan (500ml + air)
100ml air pandan
1camt garam

Air gula :
500g gula melaka
1liter air
2 daun pandan

Cara-cara

Masak kesemua bahan-bahan hingga pekat dan likat (meletup-letup)
Masukkan dalam acuan. Sejukkan.
Masak kesemua bahan untuk membuat air gula.

Monday, July 25, 2011

PUDING ROTI BERKEJU

Buat untuk minum petang. Resepi dari dapur Ibundo, tp adjust sendiri mengikut apa yg ada kt dapur.

Bahan2 :
10 keping roti gardenia - guna lebihan roti yg buat aiskrim goreng dulu
2 biji telur
3/4 cwn gula
2 cwn susu cair
1 cwn cream cheese yg telah dipukul dgn whipping cream - guna lebihan cream frosting untuk kek velvet
esen vanilla

Roti dicarik2 dan rendam bersama susu cair hingga kembang.
Pukul telur bersama gula hingga sebati. Campurkan cheese tadi. Gaul sebati.
Tuang roti adunan telur ke dalam roti, gaul rata.
Masukkan dalam acuan yg telah disapu butter. Bakar selama 40 -45 minit.
Sejukkan dan potong.,

Friday, July 22, 2011

KEK RED VELVET


Dah lama nak buat kek ni, akhirnya terlaksana juga. Terima kasih anak dara umi yg tolong baked kan..:)).

Resepi tgk dari blog masak tp lupa siapa. Tq bnyk2.

250g tepung kek
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar serbuk koko - guna milo sbb stok koko habis
1/2 cwn butter
160g gula kastor
2 telur saiz A - guna 3 telur saiz B
1 sudu kecil vanilla
1 cwn buttermilk ( resepi di bwh )
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil cuka - guna cuka nipah
1 sudu kecil soda bikarbonate

CREAM CHEESE FROSTING :
227g cream cheese
227g mascarpone -ganti cream cheese juga
1 cwn guka kastor
1 1/2 cwn whipping cream
tambah susu segar ckit

BUTTERMILK :
1 cwn susu segar + 1 sudu mkn cuka. Biar 10 - 15 minit hingga susu jadi agak pekat. Boleh ganti cuka dgn jus lemon / cream tartar dgn sukatan sama.

Cara membuat kek :
Panaskan oven 170 C. Sapu loyang dgn butter.
Satukan gula dan butter. Pukul lembut 1 - 2 minit.
Campurkan telur sebiji2, pukul hingga kembang dan gebu.
Dalam cwn buttermilk, satukan pewarna merah, pukul sebati.
Kurangkan kelajuan mixer,campurkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebnyk 3 kali ( tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung )
Dalam mangkuk kecil satukan bicarbonate soda dan cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 dalam adunan kek. Kaup balikkan.
Tuang dalam loyang, bakar 30 - 40 minit hingga masak.
Sejukkan dan sandwichkan.

CREAM FROSTING :
Sementara tunggu kek sejuk, satukan cream cheese dan mascarpone cheese dan putar hingga smooth. Campurkan gula, esen. Pukul lagi hingga sebati.
Sapukan pada setiap lapisan kek dan sandwichkan.
Sejukkan dalam peti lg sedap.

Wednesday, July 6, 2011

PUDING SAGU DENGAN PATI SANTAN



1/2 cawan sagu - basuh, rendam setengah jam, tos
1/4 cawan tepung ubi / tepung jagung
3 cawan air
1/4 cawan air pandan pekat
2/3 cawan gula or 9 camca besar

PATI SANTAN

1 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 cawan tepung beras
1 camca besar gula
1/2 camca kecil garam

Sagu, air, tepung ubi / tepung jagung dan air pandan di masukkan dalam periuk. Kacau hingga pekat. Tambahkan gula, kacau hingga larut dan bertukar jernih. Sendukkan dalam bekas. Sejukkan.

Masak semua bahan untuk pati santan hingga pekat. Sudukan atas puding sagu. Sejukkan baru sedap.

Friday, June 17, 2011

LAKSAM


LAKSAM DAN SETNYA

Sesuai untuk breakfast.

LAKSAM :

Tepung beras dibancuh dengan air suam sehingga cair. Panaskan pengukus, sendukkan adunan
ke dalam acuan ( tutup periuk atau loyang ) sehingga meliputi dasar acuan.
Lenser dulu acuan dengan minyak masak. Kukus hingga adunan kelihatan menggelembung permukaannya. Sejukkan sebentar dan gulung.

KUAH LAKSAM:

Santan secukupnya
Ikan sardin rebus - asingkan isinya *
Bawang merah *
Lada hitam *
Sedikit halia *

Blend bahan bertanda * hingga halus bersama santan. Masak atas api bersama sekeping asam keping. Bubuh garam dan gula secukupnya.

ULAM-ULAMAN:

Timun potong nipis
Kacang panjang
Taugeh dll

Bila nak makan, hiris laksam nipis2, tabur ulam2an dan curah uah di atasnya. Nak letak sambal
pun boleh. Tumbuk cili padi campur sedikit garam.

Wednesday, June 15, 2011

POTATO WEDGES


Resepi dari Home Sweet Home. Tq K.Umi.

3 kentang ( kupas kulit, potong wedges, sejukkan dlm fridge 15 min )
3 camb minyak zaitun
2 bwg putih - cincang halus
1/4 camt serbuk lada hitam
1/4 camt paprika
garam secukup rasa

Atur kentang dalam bekas pembakar.
Perasakan dengan semua bahan2, kemudian tabur minyak zaitun.
Bakar pada suhu 200 C selama 15 minit atau hingga masak.
Selepas 5 minit balik2kan.
Makan ngan sos cili dan mayonis.

Sunday, June 12, 2011

AISKRIM GORENG


First time buat aiskrim goreng. Ingatkan susah rupa-rupanya senang sangat.

- Aiskrim sebarang perisa
- Roti

Ambil sekeping roti, sudukan aiskrim ke atas roti. Tutup dengan sekeping lagi roti.
Gunakan cawan or gelas untuk tekapkan ke atas roti untuk menjadikannya bulat.
Simpan roti berisi aiskrim ke dalam plastik dan letak dalam petisejuk. Nak makan baru goreng.

**guna periuk untuk goreng roti, guna minyak yang banyak**

Tuesday, May 17, 2011

KERABU MANGGA

Kakak sebelah rumah bagi mangga dari pokoknya. Terus buat kerabu untuk dinner.


Bahan2nya:
2 mangga muda - sagat halus
serai hiris halus
bawang besar hiris nipis
lada merah hiris nipis
lada api hiris nipis
sedikit udang kering - goreng ngan sikittt je minyak, tumbuk
kacang tanah - goreng dan tumbuk kasar2

Campur kesemua bahan hingga sebati, bubuh gula, garam secukupnya. Bila nak makan baru letak kacang.

Saturday, May 14, 2011

BREAD AND BUTTER PUDDING


Resepi ni tengok dalam blog Dari Dapur Kak Jee. Memang sedap, terima kasih tuan punya.

Bahan A :
5 keping roti gardenia
1/4 ketul butter ( guna planta dalam 2 sudu besar )
2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis ( x letak )

Bahan B :
5 telur
2 1/2 cwn susu segar
1/2 cwn gula ( nak manis tambah )
1 sudu teh esen vanilla

Panaskan oven.
Roti potong 2. Campurkan butter, gula dan serbuk kayu manis ( jika guna ). Sapukan pada roti.
Susun roti atas tray pembakar dan bakar 15 minit sampai garing.
Pecahkan telur, campurkan susu dan gula. Pukul dengan whisk hingga rata. Bubuh vanilla dan ketepikan.
Bila roti cukup garing, keluarkan dan susun dalam bekas yg bersapu mentega dan disapu tepung ( x buat step ni sebab terus guna bekas bakar roti tadi ).
Tapis bhn B ( lupa nak tapis he2 ) ke atas roti. Biar 20 minit hingga serap.
Bakar 50 minit atau hinga masak. Jika masi ada rasa lembab, bakar lagi hingga puas hati.

NASI MINYAK



Buat nasi minyak masa cuti hari pekerja untuk lunch. Guna perahan air daun pandan untuk masak nasi.
Makan ngan ayam tomato, daging hitam dan acar timun. Ayam tomato dan acar dah pernah letak dulu, resepi untuk daging pulak. Resepi daging masak hitam ambil resepi chef wan dari buku ' Sedapnyaaaa..'



DAGING MASAK HITAM CIK DAH
I kg daging lembu hiris nipis
3/8 cwn minyak masak
3 keping asam gelugur
1/4 cwn gula perang ( guna gula melaka )
4 cwn air
1/2 cwn kicap pekat manis

Dikisar halus :
3 sudu besar cili serbuk/pes cili
8 bwg merah
4 bwg putih
2 sudu teh halia cincang
4 serai hiris halus
1 sudu teh kunyit serbuk

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan daging, asam gelugur, gula perang dan air. Renihkan hingga daging empuk.
Tambah kicap dan masak hingga hampir kering.