Monday, January 20, 2020

ROTI TITAB

Buat untuk sarapan suami. Boleh buat kat rumah sahaja lagi jimat :)


2 biji telur
2 keping roti
Kaya secukupnya

Tengah roti ditekan dengan bahagian bawah cawan sebagai tempat meletak telur nanti.
Telur direbus setengah/3suku masak ikut suka masing2.
Bakar roti dan pecahkan telur di tengah roti di tempat yang ditekan tadi.
Letakkan kaya secukupnya.
Boleh dinikmati bersama secawan kopi panas.
 

Saturday, January 18, 2020

TORTILLA PIZZA



Bahan sos:
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 paket ayam kisar
1 tin sos spagetti
Serbuk oregano, lada hitam
Garam gula secukup rasa

Caranya:
1. Tumis bawang yang dikisar.
2. Masukkan isi ayam, gaul sehingga air sedikit kering.
3. Masukkan sos spagetti, serbuk oregano dan lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

Bahan pizza:
Roti tortilla
Lada benggala merah + kuning + hijau
Cendawan butang
Bawang holland (potong dadu)
Kepingan sosej goreng
Keju mozarella

Caranya:
1. Sapukan sos tumis tadi ke atas tortilla. Taburkan bahan-bahan kering di atas pizza diakhiri dengan keju mozarella.
2. Bakar selama 5 - 10 minit atau sehingga keju cair. Siap untuk dimakan panas-panas!