Thursday, March 27, 2014

SAGU GULA MELAKA


Desert yang amat sedap dinikmati dalam cuaca panas seperti sekarang. Dah lama tengok en Mat Gebu tayang kat blognya, baru terhasil semalam. Betul kata en mat tak cukup satu :)
Terima kasih en Mat. C N P je..

BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram biji sago rumbia
300 ml santan pekat + sedikit garam, kacau rata
60 gram gula Melaka, potong kecil*
100 gram gula pasir*
3/4 cawan air*
1 helai daun pandan, disimpul*(*dimasak hingga pekat, tapis dan sejukkan)

CARA MEMBUATNYA :-)
Didih 2 liter air, kemudian masukkan biji sago, masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu. Masak hingga biji sago kembang dan jernih (tiada lagi biji2 sago bewarna putih). Tapis dan bilis bawah air paip untuk membuang kanji sago.
Kemudian masukkan ke dalam acuan kegemaran anda (che mat guna acuan apam atau acuan agar2 berbentuk hati). Isi penuh2, buat hingga siap dan simpan dalam peti sejuk hingga sago kental (kurang lebih 30 minit).
Keluarkan dari acuan (longgarkan tepi2nya dengan hujung pisau) dan letak dalam mangkuk sesuai. Tuang santan secukupnya dan curah sedikit sirap gula melaka atasnya, hidangkan untuk pencuci mulut. Sedap dimakan sejuk.....hmm tak cukup satu lahh.

Sunday, March 16, 2014

IKAN DORY MASAM MANIS

Pertama kali masak ikan dori, rasanya memang sedap. Ikut resepi En. Mat Gebu, cuma tak pakai sos plum sebab takda stok.


BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram fillet ikan dory (boleh beli kat pasaraya)
1 biji telur, ambik putih sahaja
Tepung beras secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam "aji-shio" - guna serbuk lada sulah je
1/4 red capsicum, didadu     ]
1/4 green capsicum, didadu  ]
1/4 yellow capsicum, didadu ] tak letak
1 batang saleri, hiris serong   ]
1 biji bawang besar, hiris kasar
4 ulas bawang putih, diketuk
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
2 camca besar sos plum - tak letak
1/2 cawan air
Sedikit garam dan gula
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan diperap bersama jus limau kasturi sekejap, cuci kembali dan lap kering, kemudian potong kiub saiz sederhana besar, tabur serbuk lada hitam berperisa rata2.
Golek2kan atas tepung kemudian masukkan dalam putih telur, toskan dan golek sekali lagi dengan tepung beras rata2.
Goreng terendam dalam minyak hingga garing, pastikan api jangan terlalu besar. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan saleri, tumis hingga harum.
Masukkan sos tiram, sos cili dan sos plum, kacau rata dan tuang air. Masukkan semua capsicum tadi dan masak sekejap.
Bila kuah hampir pekat, masukkan ikan dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikah api. Tabur hirisan daun sup dan cili merah sebelum dihidangkan.