ROTI GORENG RANGUP
Buat untuk makan petang semalam. Roti dah dekat expired, so jumpa resepi mamasya..tapi guna inti sardin sbb anak2 kurang suka serikaya. Tq mamasya..
Bahan-bahan:
8 keping roti gardenia ( or secukupnya )
ikan sardin ( hancurkan, campur bwg besar dan cili merah hiris )
2 cwn tepung
2 1/2 cwn air
1sudu kecil garam dan gul a( utk kilatkan kuih )
2 sudu besar majerin
pewarna kunig ( x guna )
Satukan tepung, majerin, garam dan gula dalam bekas. Bancuh ngan air, ketepikan. Kalau nak bubuh pwrna boleh.
Ambil 2keping roti, letak inti sardin. Potong 4 atau ikut suka.
Celupkan dalam adunan tepung dan goreng hingga keperangan.
Angkat dan hidangkan. Memang sedap.
*buat 1/2 adunan tepung saja, cukup untuk 8 keping roti.