Sunday, March 18, 2012

KEK KEJU MARBLE KUKUS



Buat untuk minum petang. Resepi dari Izzah Muffin Lover, c n p je. Tq.

KEK MARBLE CHEESE (KUKUS)


Bahan-bahan

*5 keping slice cheese ( guna 6 keping )
*1/2 cawan susu cair
1 cawan gula kasar
1 cawan marjerin
2 cawan tepung kek ( guna tepung gandum biasa + 2camb baking powder )
2 sudu besar serbuk koko
1 penutup esen vanilla
3 biji telur

Cara-cara

panaskan bahan yg bertanda* hingga keju cair dan padamkan api,biarkan suam.masukkan gula kasar kacau sampai gula hancur. pukul telur dengan marjerin dan masukkan ke dalam bancuhan keju tadi,..masukkan tepung sedikit2 kacau sampai sebati,masukkan esen vanilla,..bahagi kpd 2 bahagian,..1 letak serbuk koko. tuangkan berselang seli ke dalam loyang yg telah di gris dgn marjerin,..lorekkan menggunakan hujung garpu supaya jadi corak marble,..da siap boleh kukus selama 45 minit hingga 1 jam atau hingga masak.
.