Friday, April 3, 2015

BUTTER CHICKEN

Buat butter chicken lagi. Tapi kali ni buat telur tabur dan tambah daun kari. Lagi sedap :D Resepinya di sini

APAM SUSU


Teringin mencuba apam susu yang famous kebelakangan ini. Memang sedap dan lembut. Senang je cara2  nak buat. Jom tengok resepinya :

4 telur *
1 cwn gula *
1 sudu besar ovelette *
4 sudu besar susu pekat *
2 cawan tepung
Esen vanilla

Blend semua bahan bertanda * hingga gebu.
Bubuh tepung dan esen vanilla. Gaul sebati.
Bahagikan ikut warna yg disukai dan lapiskan ke dalam acuan yg dilenser majerin.
Kukus 30 minit/ masak.
( saya tutup acuan dengan aluminium foil utk elak air menitik )
Boleh potong dan nikmati bersama keluarga.