Sunday, October 9, 2016

NASI GORENG PAPRIK AYAM


Bahan nasi goreng :
3 mangkuk nasi
2 biji bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
2 senduk kecil cili kering kisar
1 sudu besar pes tomyam
Isi ayam
Sayur kubis
2 sudu besar minyak masak
Garam gula secukup rasa

Bahan paprik campur :
Sedikit udang, sotong, hirisan ayam
2 ulas bawang putih (dicincang)
2 helai daun limau purut
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tomato
Sayuran (kubis bunga, lobak merah, kacang panjang)
Garam gula secukup rasa



Saturday, June 18, 2016

POPIA PANCAKE

Resepi yang mudah dah sangat enak untuk dimakan sebagai juadah minum petang. Resepi terjumpa di Facebook. Lupa dari siapa. Minta izin share ya :)


Bahan-bahan:
1 paket ayam kisar
Filet ketam *
Daun sup dan daun bawang *
Cili merah *
Serbuk lada hitam
1 biji telur
4 sudu besar tepung jagung
Garam secukup rasa

bahan bertanda (*) dipotong kecil. Kuantiti ikut selera masing-masing ya.

Cara-cara:
1. Gaulkan semua bahan
2. Sapukan atas kulit popia dan kapitkan dengan kulit popia lain.
3. Cucuk cucuk pankek dengan garfu.
4. Gorengkan di atas ceper dengan sedikit minyak.
5. Selepas garing, angkat dan potong ikut kreativiti.

Sangat sedap dimakan cicah sos cili. Selamat mencuba :)


Tuesday, May 24, 2016

AISKRIM SUMI CHOKI CHOKI

Resepi di sini. Cuma tukar perisa choki choki saja :D


Sangat sedap. Selamat mencuba!


Sunday, May 1, 2016

QUICHE TUNA DAN AYAM

Hujung minggu try buat dua jenis quiche untuk minum petang memang sedap. Resepi dari Kak Jee. Terima kasih :)

QUICHE TUNA


Bahan-bahan pastri:
200 gm tepung gandum
100 gm butter
Secubit garam
Air sejuk peti ais

Cara-cara:
Buatkan tepung dan butter sehingga menjadi serbuk roti
Tuangkan air sejuk sampai jadi doh
Balut dengan plastik dan rehatkan 1/2 jam dalam peti sejuk
Bulat2 kan menjadi 12 biji kecil (untuk acuan mini muffin)
Canaikan dalam bekas muffin yg disapu butter
Cucuk-cucuk dasar pastri dengan garfu dan bakar selama 20 minit (200 darjah celsius)

Bahan-bahan inti:
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Cendwan
Capsicum merah dan hijau
Tuna (dalam tin yang direndam minyak) dicampur 1 sudu kecil lada hitam

Bahan kastard:
5 biji telur
1/2 cawan susu cair

- Susun bahan-bahan inti yang telah dipotong ke dalam pastri
- Curahkan bahan kastard perlahan-lahan ke atas inti
- Susunkan kepingan ceddar cheese ke atas permukaannya (saya guna mozarella cheese)
- Bakar selama 40-50 minit dengan suhu 160 darjah
- Siap dihidang dengan sos cili :)


QUICHE SOSEJ AYAM

Untuk pastri resepi sama sahaja seperti di atas. Cuma intinya yang berbeza :)

Bahan-bahan inti:
3 biji sosej
1/4 biji capsicum hijau dan merah
1 labu bawang besar

- Tumiskan bahan-bahan di atas dengan sedikit minyak
- Perasakan dengan sedikit garam
- Ketepikan
- Susunkan bahan bahan inti ke dalam pastri yang dibakar
- Tuangkan bahan kastard (telur dan lada hitam)
- Susunkan kepingan sosej dan cheese ke atasnya
- Bakar sehingga kuning keperangan selama 25 minit, suhu 180 darjah

Selamat mencuba! :)


Saturday, April 16, 2016

COCONUT SHAKE

Resepi hari ini untuk musim panas. Selamat mencuba! :)


Bahan agak2 ye..
Air kelapa
Isi kelapa
Ais kiub
Air gula / gula secukupnya
Susu cair / susu segar
Aiskrim perasa vanilla ( atau blh pelbagaikan perasa yg disukai - saya guna aiskrim King's Cookies and Cream)

Cara-cara:
Masukkan ke semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga larut..
Isikan ke dalam gelas dan sudukan aiskrim di atasnya.

Sedap dinikmati di musim panas :)


Wednesday, March 30, 2016

KUIH CARA BERLAUK

Setelah sekian lama tak makan dan tak buat kuih cara yg manis atau berlauk, hari ni merajinkan diri menyediakannya. Berpandukan resepi en Mat Gebu, adjust sikit2 mengikut citarasa :) Harap cik Mat tak marah. terima kasih atasa perkongsian resepi.



BAHAN-BAHAN INTI :-)
100 gram daging cincang ( guna ayam kisar )
1 biji bawang besar, cincang
2 ulas bawang putih, cincang
2 keping hirisan halia, cincang
1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
1 camca besar penuh rempah kari daging
1 camca besar sos tomato ( x letak )
1 camca teh cili kisar
1/2 camca teh lada hitam kisar
1 pokok daun sup, hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

BAHAN-BAHAN KASTARD :-)
75 gram tepung gandum
1 biji telur gred A
170 ml santan(kalau guna santan kotak, guna 100 ml santan + 70 ml air) - guna air je
2 camca besar mentega, dicairkan (boleh ganti dengan majerin)
Beberapa titik pewarna kuning makanan
Secubit garam


Cara - cara:
UNTUK INTI
Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3 camca besar), tumis bawang putih. halia dan bawang besar hingga layu, masukka cili kisar dan sos tomato. Kacau rata dan masak sekejap. Tambah rempah kari, kacau dan tuang sedikit air. Sementara itu taruk daging cincang dalam tapis dan cuci dibawah air paip, toskan.

Masukkan daging cincang dalam kuali dan kacau rata. Masak dengan api kecil hingga daging berubah warna dan kering. Tambah lada hitam dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacu rata, akhir sekali masukkan 1/2 bahagian cili merah dan 1/2 bahagian daun sup. Gaul rata dan matikan api, biar inti sejuk.

UNTUK ADUNAN KUIH CARA
Ayak tepung dalam satu bekas, masukkan telur dan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Tambah garam, mentega cair dan pewarna kuning makanan, kacau hingga rata dan tapis. Ketepikan sebentar, (boleh juga dikisar dalam blender).

UNTUK KUIH CARA BERLAUK
Panaskan acuan kuih baulu bentuk cermai, guna api dapur paling kecil. Lenser setiap lubang acuan dengan sedikit minyak masak (che mat guna daun pandan yang diikat dan diguntung hujungnya sebagai alat menlengser acuan). Tuang adunan kuih cara 3/4 penuh. Buat hingga siap, kemudian sudukan 1/2 camca teh inti pada setiap kuih cara tadi. Tabur atasnya baki cili merah dan daun sup. Tutup sekejap hingga kuih cara masak (kurang lebih 1-2 minit). Keluarkan dari acuan dan buat hingga siap. Boleh hidangkan waktu berbuka puasa nanti...Selamat mencuba!


Sunday, March 27, 2016

APAM LENGGANG

Pertama kali makan semasa kawan bawa ke sekolah. Cuba buat sendiri untuk makan malam. Buat kari ayam sekali untuk cicah. Sedap :))



Resepi google. Terima kasih penyumbang resepi.

1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh yis
7 - 8 sudu besar gula ( lain kali kena kurangkan sbb agak manis )
1 cawan air
1 cawan santan
1 biji telur ( utk elak lekat kat kuali, kalau guna non stick tak letak pun ok )

Campurkan semua bahan kecuali santan.
Gaul rata dan perap selama 2-3 jam.
Masukkan santan dan gaul lagi.
Panaskan kuali dan griskan sedikit minyak.
Ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap.
Tutup apam dengan tudung periuk. Bakar dengan api kecil 2-3 minit.
Bila kekuningan angkat. tak perlu terbalikkan.
Sedap dimakan bersama kari ayam or daging.


Selamat mencuba! :)


Saturday, March 26, 2016

AISKRIM SUMI

Aiskrim sumi yang sangat mudah dan sedap dimakan musim-musim panas atau sejuk :D


Bahan-bahan:
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air
Secubit garam
Sumi secukupnya

Cara-cara:
1. Campur susu pekat, susu cair, air dan garam
2. Masak sehingga mendidih
3. Biarkan sejuk seketika
4. Masukkan ke dalam plastik aiskrim dengan sumi
5. Bekukan dan makan! Nyum nyum

Selamat mencuba :)


Friday, March 18, 2016

KUNG PAO CHICKEN


Bahan-bahan:
Ayam bahagian dada (perap dengan lada putih dan garam)
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
Garam gula secukupnya
Daun bawang (hiris kasar)
Bawang besar
Bawang putih
Cili kering (hiris kasar)
Kacang tanah (goreng dan tumbuk sedikit)
Sedikit air

Cara-cara:
1. Goreng ayam yang diperap tadi sehingga sedikit garing
2. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, daun bawang dan cili kering
3. Masukkan kicap, sos tiram dan sos tomato
4. Kacau sebati, masukkan garam dan gula, sedikit air jika perlu
5. Tuang kacang yang ditumbuk tadi, kacau seketika dan tutup api

Siap! Selamat mencuba :)


Saturday, March 12, 2016

JELLY KELAPA

Cuaca yang amat terik sekarang. Teringin cuba jelly kelapa. Kebetulan hubby beli kelapa muda , maka terjadilah jeey kelapa. Terima kasih Kak Nor secubit garam :)


Bahan-bahan:
1 paket agar2 serbuk ( 10g )
2.6 liter air kelapa ( atau air dari 3 biji kelapa)
Isi kelapa muda dipotong nipis memanjang
11 sudu gula - terpulang kpd citarasa
3 helai daun pandan

Cara-cara:
Masak air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan sehingga mendidih.
Masukkan isi kelapa dan tutup api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh dimasukkan ke dalam bekas yg sesuai.
Sejukkan dlm peti ais.
Sekiranya air kelapa tidak mencukupi, blh ditambah air biasa utk mencukupkan sukatan 2.6 liter.



Sunday, February 14, 2016

KEK GULA HANGUS


 Boleh cuba untuk hidangan minum petang keluarga.

1 cawan gula
1 cawan air
2 sudu besar mentega
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :
Masak gula hingga cair keperangan.
Masukkan air, kacau hingga gula larut.
Masukkan mentega. 
Biar sekejap.
Pukul telur + susu hingga sebati.
Masukkan tepung yg telah diayak dgn bikarbonat soda sedikit2. Gaul sebati.
Tuangkan gula hangus tadi, kacau rata.
Akhirnya, bubuh esen vanilla. Sebatikan.
Biarkan selama 1 - 2 jam sebelum dibakar. 
Acuan perlu dilapik baking paper dan disapu mentega.
Bakar selama 1j atau sehingga masak.

Selamat mencuba :)


Sunday, January 17, 2016

AYAM MASAK BALI


Resepi dari mat gebu. Sedap bila tukar2.selera masak ayam ni. Anak2 suka nnti blh masak lagi.
Terima kasih cik mat :)

BAHAN - BAHANNYA :-)
1/2 ekor ayam saiz sederhana, potong ikut suka, cuci bersih dan toskan*
1 camca teh penuh kunyit serbuk*
3/4 camca teh garam*(*disatukan, gaul rata dan perap sekejap)
6 batang serai, diketuk
4 pelepah daun kari
1 camca besar kicap lemak manis JALEN
1/3 cawan cili kisar
1 camca besar rata gula (atau secukup rasa)
Garam secukup rasa
1/2 cawan air

BAHAN - BAHAN KISAR HALUS :-)
4 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan

Cara membuatnya :
  1. Goreng ayam tadi hingga hingga masak, tapi jangan sampai garing, cuma embal2 saja (che mat goreng dengan api sederhana dan tutup kuali, goreng dalam 15 minit sambil dibalik2kan, kemudian angkat dan toskan).
  2. Dalam kuali yang sama, cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/4 cawan minya. Tumis serai hingga harum, masukkan daun kari dan masak sekejap. Tambah bahan2 kisar halus dan cili kisar. Kacau rata, masak hingga garing dan naik minyak.
  3. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Tambah ayam, gaul rata dan tuang air. Masak hingga pekat. Kacau sekali sekala. Akhir sekali masukkan kicap lemak manis, gaul rata dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas dan lauk2 lain....Selamat mencuba!