Wednesday, March 30, 2016

KUIH CARA BERLAUK

Setelah sekian lama tak makan dan tak buat kuih cara yg manis atau berlauk, hari ni merajinkan diri menyediakannya. Berpandukan resepi en Mat Gebu, adjust sikit2 mengikut citarasa :) Harap cik Mat tak marah. terima kasih atasa perkongsian resepi.



BAHAN-BAHAN INTI :-)
100 gram daging cincang ( guna ayam kisar )
1 biji bawang besar, cincang
2 ulas bawang putih, cincang
2 keping hirisan halia, cincang
1 biji cili merah, buang biji dan dadu kecil
1 camca besar penuh rempah kari daging
1 camca besar sos tomato ( x letak )
1 camca teh cili kisar
1/2 camca teh lada hitam kisar
1 pokok daun sup, hiris halus
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

BAHAN-BAHAN KASTARD :-)
75 gram tepung gandum
1 biji telur gred A
170 ml santan(kalau guna santan kotak, guna 100 ml santan + 70 ml air) - guna air je
2 camca besar mentega, dicairkan (boleh ganti dengan majerin)
Beberapa titik pewarna kuning makanan
Secubit garam


Cara - cara:
UNTUK INTI
Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 3 camca besar), tumis bawang putih. halia dan bawang besar hingga layu, masukka cili kisar dan sos tomato. Kacau rata dan masak sekejap. Tambah rempah kari, kacau dan tuang sedikit air. Sementara itu taruk daging cincang dalam tapis dan cuci dibawah air paip, toskan.

Masukkan daging cincang dalam kuali dan kacau rata. Masak dengan api kecil hingga daging berubah warna dan kering. Tambah lada hitam dan perasakan dengan garam secukupnya dan secubit gula. Kacu rata, akhir sekali masukkan 1/2 bahagian cili merah dan 1/2 bahagian daun sup. Gaul rata dan matikan api, biar inti sejuk.

UNTUK ADUNAN KUIH CARA
Ayak tepung dalam satu bekas, masukkan telur dan santan sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Tambah garam, mentega cair dan pewarna kuning makanan, kacau hingga rata dan tapis. Ketepikan sebentar, (boleh juga dikisar dalam blender).

UNTUK KUIH CARA BERLAUK
Panaskan acuan kuih baulu bentuk cermai, guna api dapur paling kecil. Lenser setiap lubang acuan dengan sedikit minyak masak (che mat guna daun pandan yang diikat dan diguntung hujungnya sebagai alat menlengser acuan). Tuang adunan kuih cara 3/4 penuh. Buat hingga siap, kemudian sudukan 1/2 camca teh inti pada setiap kuih cara tadi. Tabur atasnya baki cili merah dan daun sup. Tutup sekejap hingga kuih cara masak (kurang lebih 1-2 minit). Keluarkan dari acuan dan buat hingga siap. Boleh hidangkan waktu berbuka puasa nanti...Selamat mencuba!


Sunday, March 27, 2016

APAM LENGGANG

Pertama kali makan semasa kawan bawa ke sekolah. Cuba buat sendiri untuk makan malam. Buat kari ayam sekali untuk cicah. Sedap :))



Resepi google. Terima kasih penyumbang resepi.

1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu teh yis
7 - 8 sudu besar gula ( lain kali kena kurangkan sbb agak manis )
1 cawan air
1 cawan santan
1 biji telur ( utk elak lekat kat kuali, kalau guna non stick tak letak pun ok )

Campurkan semua bahan kecuali santan.
Gaul rata dan perap selama 2-3 jam.
Masukkan santan dan gaul lagi.
Panaskan kuali dan griskan sedikit minyak.
Ambil 1 senduk adunan dan lenggangkan seperti membuat kuih ketayap.
Tutup apam dengan tudung periuk. Bakar dengan api kecil 2-3 minit.
Bila kekuningan angkat. tak perlu terbalikkan.
Sedap dimakan bersama kari ayam or daging.


Selamat mencuba! :)


Saturday, March 26, 2016

AISKRIM SUMI

Aiskrim sumi yang sangat mudah dan sedap dimakan musim-musim panas atau sejuk :D


Bahan-bahan:
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air
Secubit garam
Sumi secukupnya

Cara-cara:
1. Campur susu pekat, susu cair, air dan garam
2. Masak sehingga mendidih
3. Biarkan sejuk seketika
4. Masukkan ke dalam plastik aiskrim dengan sumi
5. Bekukan dan makan! Nyum nyum

Selamat mencuba :)


Friday, March 18, 2016

KUNG PAO CHICKEN


Bahan-bahan:
Ayam bahagian dada (perap dengan lada putih dan garam)
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
Garam gula secukupnya
Daun bawang (hiris kasar)
Bawang besar
Bawang putih
Cili kering (hiris kasar)
Kacang tanah (goreng dan tumbuk sedikit)
Sedikit air

Cara-cara:
1. Goreng ayam yang diperap tadi sehingga sedikit garing
2. Masukkan hirisan bawang besar, bawang putih, daun bawang dan cili kering
3. Masukkan kicap, sos tiram dan sos tomato
4. Kacau sebati, masukkan garam dan gula, sedikit air jika perlu
5. Tuang kacang yang ditumbuk tadi, kacau seketika dan tutup api

Siap! Selamat mencuba :)


Saturday, March 12, 2016

JELLY KELAPA

Cuaca yang amat terik sekarang. Teringin cuba jelly kelapa. Kebetulan hubby beli kelapa muda , maka terjadilah jeey kelapa. Terima kasih Kak Nor secubit garam :)


Bahan-bahan:
1 paket agar2 serbuk ( 10g )
2.6 liter air kelapa ( atau air dari 3 biji kelapa)
Isi kelapa muda dipotong nipis memanjang
11 sudu gula - terpulang kpd citarasa
3 helai daun pandan

Cara-cara:
Masak air kelapa muda, serbuk agar2, gula dan daun pandan sehingga mendidih.
Masukkan isi kelapa dan tutup api.
Biarkan sejuk sedikit dan boleh dimasukkan ke dalam bekas yg sesuai.
Sejukkan dlm peti ais.
Sekiranya air kelapa tidak mencukupi, blh ditambah air biasa utk mencukupkan sukatan 2.6 liter.