Friday, January 11, 2019

KEK FRUIT PASTRY

Resepi dari adik Danish Harraz :)


Bahan-bahan:
226 gm tepung naik sendiri
160 gm gula kastor
150 gm butter (cairkan dan sejukkan sedikit)
3 biji telur gred A
100 ml buttermilk/ sour cream
1 sudu teh esen vanilla
Parutan lemon zest dari 1 biji lemon (parut kulit yang kuning sahaja)
500 gm buahan segar (jika guna buah dalam tin keringkan sebelum guna)

Caranya:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah. Gris dulang pembakar berukuran 9" dengan butter dan baking paper.
2. Masukkan tepung naik sendiri, gula, melted butter, telur, lemon zest, buttermilk dan esen vanilla.
3. Kaup balik guna senduk kayu sehingga sebati (jangan overmix).
4. Tuangkan adunan ke dalam baking tray.
5. Susunkan buahan secara perlahan dan bakar selama 40-50 minit. Hiaskan dengan gula aising sebelum dihidang. Sangat enak dan lembut.

Cara membuat buttermilk:
1. Masukkan 1 sudu besar jus lemon ke dalam measuring cup.
2. Tuang fresh milk sehingga bancuhan cukup 100 ml.
3. Biarkan selama 5-10 minit sebelum digunakan.


Selamat mencuba! ^^