Sunday, April 23, 2017

KOREAN GRILLED CHICKEN

Resepi diambil dari instagram Hanis Zalikha. Memang sedap. Selamat mencuba :)


Bahan-bahan :
5 biji bawang putih
3 ketul bawang merah
1/2 biji buah pear
4 sb sos tiram
3 sb madu
2 sb maple syrup
Minyak bijan
Black pepper
Garam

Cara-cara :
1. Kisarkan bawang dan buah pear. Campurkan bahan lain kedalam kisaran.
2. Masukkan black pepper dan garam secukup rasa.
3. Perap selama 30 minit atau lebih.
4. Sedia untuk digril! 


Friday, April 21, 2017

AYAM SOS TIRAM


Bahan - bahan :
Ayam gaul bersama garam dan serbuk kunyit (digoreng)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
Sos tiram secukup rasa
Garam
Gula
Daun bawang (untuk hiasan)

Cara - cara :
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan sos tiram secukup rasa.
3. Masukkan ayam.
4. Masukkan air jika mahukan kuah.
5. Masukkan garam dan gula.
6. Hiaskan dengan daun bawang.


Friday, April 14, 2017

KEK GULA HANGUS


Bahan - bahan gula hangus :
2 cawan gula
2 cawan air panas mendidih
3 sudu besar mentega

Bahan kek :
7 biji telur
2 cawan tepung (ayak)
1/2 tin susu pekat
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 susu kecil esen vanila

Cara - cara :
1. Cairkan gula dan air, kemudian tambah mentega untuk gula hangus.
2. Pukul telur, bubuh susu dan esen vanila.
3. Ayak tepun dan masukkan dalam adunan.
4. Kacau rata dan masukkan gula hangus.
5. Bakar 1 jam hingga 1 1/4 jam (180 darjah celcius).



Tuesday, April 11, 2017

DONAT GEBU



Bahan - bahan :
1 kg tepung
1 paket yis
1/2 sudu besar susu pekat
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan minyak
2 1/2 cawan air

Cara - cara :
1. Larutkan garam, susu pekat dan air.
2. Gaulkan yis dan tepung.
3. Satukan minyak, gaul rata.
4. Satukan cecair, gaul rata gunakan hujung jari.
5. Rehatkan 15 hingga 20 minit,
6. Uli semula selama 2 hingg 3 minit hingga tidak melekat.
7. Bahagikan adunan menjadi bebola kecil.
8. Buat lubang di tengah-tengah bebola.


9. Biarkan 30 minit.
10. Goreng dan sejukkan sebelum digaul dengan gula (gula pasir / gula perang).