Tuesday, March 29, 2011

CUSTARD TEA CAKE

Kek ni memang famous kat blog masak. Tengok kt blog Mat Gebu, dan HaSue. Idea asal 1001 resepi. Tq pada semua. Memang sedap,


Resepi :

125g mentega ( guna majerin )
1/3 cawan gula halus
1 telur gred A
3/4 cawan tepung naik sendiri ( guna 1/2 cwn tepung gandum + 1 camt. baking powder )
1/2 cawan tepung kastad
1/2 camt. esen vanilla

Kastard:
1 camb. tepung kastard
1 camb. gula halus
2/3 cawan susu segar ( ikut mat gebu guna susu sejat campur sedikit air )
15g mentega ( guna majerin, lebih kurang 1 camt )
2 camt. vanilla

Kastard:
Satukan semua bahan kecuali mentega dan esen vanill Kacau rata dengan whisk, masak dengan api perlahan hingga pekat. Tutup api tambah mentega dan esen. Kacau2 dan sejukkan. Ketepikan.

Kek:
Panaskan oven 175 C. Lenser tin, ketepikan.
Pukul mentega dan gula hingga berkrim. Masukkan telur, pukul lagi hingga kembang. Campurkan esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung gandum dan tepung kastad berselang seli hingga habis. Gaul rata.
Masukkan 1/2 adunan ke dalam loyang, ratakan. Tuang kastad di atasnya dan ratakan. Tutup dengan baki adunan kek tadi. Bakar 30 minit/ hingga masak.
Sejukkan dulu sebelum dipotong. Ayak gula icing di atasnya jika suka.

No comments:

Post a Comment