Monday, January 28, 2013

KEK RED VELVET

Juga dari blog Duniaku.. sempat bawa ke sekolah untuk kawan-kawan rasa. Alhamdulillah sedap sangat. Thanks kakak buat untuk umi :)

Red Velvet Cake


Olahan : Anna Qawina

Bahan : 

5 biji telur gred B @ 4 biji telur gred A
250 gram mentega beku tanpa garam
*3 cawan tepung naik sendiri @ Tepung gandum + 2 1/2 sdt baking powder
*3 sudu makan serbuk koko
2 cawan gula kastor
2 sudu makan pewarna oil base
1 cawan buttermilk - kalau xde buttermilk blh tgk resipi kt bwh
1 sudu teh garam- x letak
1 sudu makan bicarbonate of soda @ baking powder - Ana guna baking powder
1 sudu makan cuka makan - Mas dan Ana guna cuka kurma - guna cuka epal

BUTTERMILK:

1 cawan susu segar
1 sudu makan cuka makan atau jus lemon 
Cara :

Satukan semua bahan dan biarkan selama 10 minit sebelum digunakan.
Resepi Krim Cheese :

Bahan :

500 grm whipping cream - brand VIVO
250 grm cream Cheese - brand Phillidephea
60 grm gula icing
110 grm butter
2 titik lemon paste

Cara :

Pukul whipping cream hingga kental. ketepikan
Dalam bekas lain, pukul krim keju bersama semua bahan lain hingga berkrim.
Satukan whipping cream tadi bersama krim keju, gaul sebati, boleh juga  pukul dengan mixer dengan kelajuan perlahan.
Boleh digunakan untuk menghias kek anda




RAINBOW CAKE

Percubaan kakak sempena birthday kawan yang juga roomatenya. Ambil dari blog Duniaku. Tq atas perkongsian resepi yang mendapat pujian kawan-kawannya.


Rainbow Cake @ Kek Pelangi
Resepi : Whisk Kid
Rujukan 1  : Zuraini Alias FB

Rujukan 2 : Kak Azlita dan Juwita
Bahan :

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder 
1/2 sdk garam 
1 cwn butter ~ suhu bilik 
2 cwn gula castor ~ Mas dan Ita guna 1 3/4 
5 biji putih telor ~ suhu bilik 
2 sdk esen vanila 
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik 
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Cara :

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang. Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter.  

Panaskan oven pada suhu 170C.  

Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih . Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan. Masukkan esen vanila. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.

*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung.

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan 
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar. 

Masukkan dalam loyang. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.

Bila dah masak letak atas redai. Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan. Kemudian boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan. 

*Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.


Cream Cheese Frosting 

Bahan :

250 g cream cheese
120 g gula
120 g butter

Cara :

Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu. Sedia untuk digunakan.

Untuk melapis:

Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran. Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan. Dengan menggunakan pengayak ayak serbuk coklat siatas laisan cream cheese tadi. * Mas tak buat. Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang stepa ini hingga habis. Setelah lapisan yang terakhir jangan ayakkan serbuk coklat sebaliknya buat lapisan cheam cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi disekeliling kek. Hias mengikut kreativiti masing-masing. 

Saturday, January 19, 2013

IKAN BAKAR PORTUGIS

Hidangan tengah hari diambil dari buku resepi Chef Wan. Memang sedap.


1/4 cwn minyak masak
air perahan dari 1/2 biji limau nipis
1/2 sudu besar kicap pekat - guna kicap manis
garam
gula
1 ekor ikan bawal - guna ikan siakap
daun pisang - guna foil je

Dikisar halus :
4 cili merah
4 buah keras - x letak
8 bwg merah
1 serai
1/2 sudu teh belacan - x letak
1 sudu besar cili serbuk - guna cili kisar
2 helai daun limau purut - x letak

1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi. Tambah air limau nipis, kicap, garam dan gula.
2. Lumurkan seluruh badan ikan dengan sambal tadi dan bungkus ikan dengan daun pisang ( foil ).
3. Bakar dalam oven 180 C selama 20 minit atau panggang atas bara hingga masak.

Thursday, January 17, 2013

TENGGIRI ALA FISH N CHIPS

Lauk makan malam juga.


Potong nipis ikan tenggiri bahagian isi, lumur dengan garam dan serbuk lada hitam.
Kemudian celup ke dalam tepung gandum, then telur yg dipukul dan salut serbuk roti.
Goreng hingga keemasan.
Boleh makan dengan sos cili atau begitu sahaja.

Wednesday, January 16, 2013

IKAN BAWAL MASAM MANIS

Resepi yang simple.


Cara-caranya :
Tumbuk halia dan bawang putih, pastu tumis bersama bawang besar yang dihiris hingga wangi.
Masukkan tomato sos, cili sos dan sos riram secukupnya.
Bubuh sedikit air untuk tidak terlalu pekat.
Tambah gula untuk manis sedikit.
Potong dadu buah tomato dan masukkan ke dalam sos tadi.
Rasa dan siap.

Tuesday, January 15, 2013

IKAN KERUTUP ALA JOHOR

Lauk untuk makan malam. Memang sedap, yang penting hb suka..sampai tak cukup. Terima kasih Ita dari Masam manis. C n P resepinya..


3 ekor ikan cencaru ~ ikan kembung, ikan parang, selar atau kerisi - guna ikan cencaru
4 sudu besar cili kering yang telah dikisar halus
6 ulas bawang merah ~ dikisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
1/2 inc halia ~ dikisar
1/2 inc kunyit hidup ~ dikisar
1/2 inc lengkuas ~ dikisar
1 inc belacan ~ dikisar
2 batang serai ~ 1 kisar dan 1 batang lagi dititik
1/2 biji santan kelapa
2 sudu besar air asam jawa
1 kiub ikan bilis jika suka - x letak
Garam dan gula secukup rasa

Ikan dibersihkan
Gaul ikan dengan kunyit dan garam
Kemudian goreng hingga garing
Setelah garing angkat dan ketepikan
Minyak untuk mengorengkan ikan di keluarkan dari kuali dan tinggalkan sedikit anggaran 1 senduk untuk menumis.
Tumiskan bahan-bahan yang dikisar hingga harum.
Masukkan serai yang telah dititik
Kemudian masukkan cili kering dan tumis hingga ia garing dan pecah minyak
Masukkan air asam jawa dan kacau sebati.
Jika kuah agak kering tambahkan sedikit air.
Tambahkan santan dan masak hingga merenih.
Masukkan garam dan gula secukup rasa
Jika suka boleh tambahkan kiub ikan.
Bila kuah dan mesra barulah masukkan ikan
Masak lagi hingga kuah meresap ke dalam ikan.
Sedia dihidangkan.

Friday, January 4, 2013

MEE UDANG ALA SINGAPURA

Hidangan makan malam 27 Jan, memang menyelerakan dan sedap. Hari tu makan dekat Pantai Puteri Melaka, terasa nak cuba buat sendiri. Terima kasih Che Mat Gebu dan Mamasya atas resepi yang menjadi kegemaran seisi keluarga. C n P redsepinya.

Mee Rebus Udang Ala Singapura
Sumber; CMG @ MYR
Oleh ; Dapurmamasya


Bahan-bahan ( 5 orang )

500 g mee kuning - guna spaghetti
2 keping tauhu, digoreng dan dihiris
3 - 4 biji telur rebus, dibelah dua
Limau kasturi secukupnya
Taugeh, dibuang ekor dan dicelur
2 - 3 kelopak salad kobis, dihiris halus - x letak
Hirisan cili hijau dan merah
Bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang
250 g udang sederhana besar- kupas & tinggal bbrapa ekor tak kupas

BAHAN-BAHAN UTK KUAH:-
 
3 ulas bawang putih*
6 biji bawang merah kecil*
1/2 cm halia*
2 camca besar udang kering, direndam 10 minit dan toskan*
2 camca besar taucu, dicuci dan toskan*(*dikisar halus)- tak cuci sbb guuna taucu yg dah lumat
2 camca besar rempah kari ikan, dibancuh dgn sedikit air
1 batang serai, dititik
1 inci lengkuas, dititik
3 biji kentang, direbus hingga empuk dan dilecek halus - ganti ubi kelerdek
1 camca besar tepung gandum,dibancuh dgn sedikit air. (optional)- x letak
1 biji tomato, dibelah empat

Cara-cara
 
Cuci udang, kupas kulitnya dan asingkan isinya. Dalam periuk tuang sedikit minyak dan goreng kulit udang hingga kemerahan. Tuang air (anggaran 1.5 liter), masukkan belahan bawang besar, dan lobak merah (jika ada). Renih 30 minit utk mendapatkan stok udang. Buang kotoran yg timbul (seakan2 buih bewarna merah ketika mendidih atau dipanggil "scum"). Ketepikan
Dalam periuk lain, tuang 1/2 cawan minyak masak, goreng udang yg tlh dikopek selama seminit. Angkat dan toskan. Dgn minyak yg sama masukkan serai dan lengkuas diikuti bhn2 kisar dan rempah kari. Tumis hingga terbit minyak.
Tuangkan air rebusan udang, kentang lecek dan belahan tomato. Perasakkan dgn garam dan gula secukupnya. Masak hingga kuah pekat. Boleh dimasukkan bancuhan tepung gandum jika kuah kurang pekat. Angkat dan boleh dihidangkan bersama mee.(kuah bergantung pada keperluan masing2)
UTK MENGHIDANG:- Celur mee dan masukkan ke dalam mangkuk, susun tauhu dan tauge. tuang kuah hingga 3/4 penuh. Hias dgn telur rebus, hirisan salad kobis, hirisan cili hijau/merah, udang yg tlh digoreng tadi, bwg goreng, daun sup/bawang dan belahan limau kasturi (boleh juga dgn carikkan daging ayam)... Bolehlah dihidangkan