Monday, January 28, 2013

RAINBOW CAKE

Percubaan kakak sempena birthday kawan yang juga roomatenya. Ambil dari blog Duniaku. Tq atas perkongsian resepi yang mendapat pujian kawan-kawannya.


Rainbow Cake @ Kek Pelangi
Resepi : Whisk Kid
Rujukan 1  : Zuraini Alias FB

Rujukan 2 : Kak Azlita dan Juwita
Bahan :

3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder 
1/2 sdk garam 
1 cwn butter ~ suhu bilik 
2 cwn gula castor ~ Mas dan Ita guna 1 3/4 
5 biji putih telor ~ suhu bilik 
2 sdk esen vanila 
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik 
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau

Cara :

Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang. Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter.  

Panaskan oven pada suhu 170C.  

Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan. Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih . Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan. Masukkan esen vanila. Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.

*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga.
maksudnya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung.

Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan 
*timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar. 

Masukkan dalam loyang. Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak.

Bila dah masak letak atas redai. Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan. Kemudian boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan. 

*Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain.


Cream Cheese Frosting 

Bahan :

250 g cream cheese
120 g gula
120 g butter

Cara :

Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu. Sedia untuk digunakan.

Untuk melapis:

Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran. Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan. Dengan menggunakan pengayak ayak serbuk coklat siatas laisan cream cheese tadi. * Mas tak buat. Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang stepa ini hingga habis. Setelah lapisan yang terakhir jangan ayakkan serbuk coklat sebaliknya buat lapisan cheam cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi disekeliling kek. Hias mengikut kreativiti masing-masing. 

No comments:

Post a Comment