Tuesday, April 23, 2013

PUDING ROTI SOS KASTAD

Buat untuk minum petang, juga dari blog Mas. tq.

Puding Roti Sos Kastard
Resepi :  maya zakry@myresepi.com Dan Juga  F&N@myResepi.com

Copy : Kak Hana , Izah



Bahan  :

8 keping Roti
* 500 ml Susu segar
* 4 sudu besar Gula halus
* 2 sudu besar Butter - cairkan
* 2 biji Telur
* 1 sudu teh Esen vanilla
* 1 sudu besar Tepung Jagung
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon - Mas tak letakk
2 sudu besar Kismis

Cara membuatnya :

Koyakkan roti dan susun dalam loyang yang telah digris dengan sedikit butter.
Gaul rata bahan-bahan bertanda * dan tuang ke atas roti tadi.
Biarkan sebentar dalam 20 - 30 min agar roti terendam sepenuhnya.
Taburkan kismis diatas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.

Untuk Sos Kastad :

1 tin susu cair
2 sudu besar tepungkastad - hana letak 11/2 sudu besar  je..
2 sudu besar gula

Untuk membuat kuah sos kastad :

Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat dengan api perlahan.
Tuang ke atas puding roti tadi.


Tuesday, April 16, 2013

CREAM PUFF

Resepi dari Mas Duniaku. Hasil tangan anak sulung, tq kedua2nya. 

Cream Puff 

Sumber : Tun Telani 

Bahan2 :

125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder 
100 gm butter 
250 ml air 
1/2 sudu teh gula 
3 biji telur 

Cara 2 :

Panaskan oven pada suhu 220 darjah C. Satukan butter, air dan gula dalam periuk. 
Panaskan sehingga butter cair. Selepas ia mula mendidih, terus masukkan tepung. 
Kacau dengan pantas sehingga ia kurang melekat pada dinding periuk. Konsistensi perlulah kental. 
Biarkan adunan betul-betul sejuk. 
Selepas sejuk, masukkan telur satu persatu. Kacau sehingga rata dahulu sebelum dimasukkan telur seterusnya. Mas pukul guna mixer hingga adunan licin. 
Gunakan beg paip dan paipkan mengikut bentuk yang anda suka di atas dulang yang telah disapu marjerin. Renjiskan cream puff dengan sedikit air. 
Bakar dalam oven dengan suhu 200c hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. 
Suhu yang panas membantu puff naik dengan sempurna. Pastikan puff telah benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari oven. Ia kelihatan ringan,bahagian bawahnya tidak melekat di dulang dan telah berwarna kuning kecoklatan sedikit. 
Jika dikeluarkan sebelum cukup masak, puff akan turun dan tidak berongga di dalamnya. 
Selepas dibakar. Buatlah lubang dibawah atau belah dua secara melintang dan paipkan dengan krim pastri atau sebarang krim yang anda suka dan salutkan atas dengan coklat cair atau ayakkan dengan sedikit gula icing. 


Custard Filling 

Sumber:Tun Telani 

Bahan2: 

2 camca besar tepung kastard 
2 camca besar gula kastor 
1 1/3 cawan susu segar 
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh) 
2 camca teh esen vanilla 

Cara2: 

Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.

Friday, April 12, 2013

STEW AYAM

Resepi dari buku 1 hari 1 resepi chef liza. Ubahsuai ikut bahan2 yang ada kat dapur. Tq kak Liza.


Bahan2 :
500g ayam - guna 1 ekor ayam kampung
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
1 batang lobak merah - gnti dgn kentang
1 biji tomato ( potong 4 )
2 sudu makan minyak masak

Bahan B ( dibancuh ) :
1/2 cawan air
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh minyak bijan - x letak
garam secukup rasa

Bahan C ( dihiris ) :
5 bawang merah
2 bawang putih
1" halia
2 cili merah

1. Bersihkan ayam, potong kecil.
2. Tumis bahan hiris hingga layu.
3. Masukkan ayam, kacau rata. Biarkan kembut.
4. Masukkan semua sayu kecuali daun bawang dan daun sup.
5. Apabila layu, masukkan bancuan tepung jagung dan kacau rata. Biarkan mendidih.
    ** letak air lebih sikit untuk kuah **
6. Tutup api dan taburkan daun2 tadi.
7. Hidang bersama nasi atau roti.
    ** makan dgn nasi **