Friday, December 12, 2014

CREAM PUFF


Tiba2 teringin nk makan cream puff pulak petang ni. Kalau selalu anak dara yg sulung tu rajin buatkan, hari ni kena buat sendri kerana kakak kerja.. Terima kasih Mas Duniaku atas resepi yg senang dan sedap. Cantik betul kejadiannya..

Cream Puff

Sumber : Anna Qawina
Bahan :

 125 grm butter
 1 cawan air (250ml) *boleh dicampur dengan susu segar jika mahu.
 150 grm tepung gandum  *diayak bersama 1 sudu kecil baking powder - Mas tambah   *diayak bersama  1 sudu besar gula kastor - Mas tambah   *diayak bersama  secubit garam   *diayak bersama  4 biji telur
 1 sdk esen vanila 

Cara :
 Satukan air dan butter dalam periuk, panaskan sehingga mendidih
 Masukkan bahan2 kering yang di ayak. 
Kacau cepat2 sehingga adunan tepung tak melekat didasar & sekeliling periuk. Tutup api  dan masukkan ke dalam mixer. 
Putar adunan tepung tadi dengan kelajuan sederhana, sehingga adunan menjadi suam. 
Masukkan telur satu persatu, pecahkan telur, kocok2 dengan garfu kemudian masukkan ke dalam mixer, dah sebati baru pecahkan sebiji lagi telur dan teruskan sehinggan 4 biji telur. 
Masukkan juga esen vanila.
 Pukul adunan dari speed medium kepada high speed, sehingga daunan kelihatan berkilat dan pekat.  Alas loyang dengan butter @ paper @ alum.foil, paipkan atau sudukan adunan puff tadi mengikut saiz dan bentuk yang anda ingikan. 
Buat sehingga habis, spray @ sapu atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik dengan cantik.  Bakar didalam oven dengan suhu 200'C selama 20 - 25 minit api atas bawah (bergantung kpd jenis oven anda dan juga saiz puff) (makin kecil puff makin pendek masa membakar) "On" kipas oven jika ada.
 Puff yang menjadi akan ringan dan berongga didalam, ketepikan untuk diisi dengan filling.

Resepi Filling Kastard 
Sumber : Kak Ida & Tun Telani 

Bahan2: ( Mas buat 2 1/2 adunan filling kastard tuk 1 adunan cream puff tu )
  2 camca besar tepung kastard
  2 camca besar gula kastor
 1 1/3 cawan susu segar  
30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh) 
2 camca teh esen vanilla 

Cara2: 
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. 
 Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.  
Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan. 

 Cara menyediakan Cream Puff 
Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu. paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff 
Sapu loyang dengan butter supaya senang tanggalkan cream puff setelah masak nanti. Bakar
cream puff hingga nampak coklat2 @ garing , baru cream puff tu tak turun bila sejuk.... Sila buat filling kastard awal dan sejukkkan dulu dalam fridge supaya senang paipkan nnti ke dalam cream puff tu...filling tu tak de meleleh2 sangat ...

No comments:

Post a Comment