Friday, December 12, 2014

KARIPAP PUSING


Bila tengok karipap pusing, rasa macam  susah sangat cara nak buatnya. Itulah yang asyik tertangguh nak cuba. Tiba-tiba semalam terajin pulak nak mencuba. Sebelum masak untuk makan tengahari inti dah siapkan dulu. Petang cuma buat pastri untuk kulit je.
Resepi dari Masam Manis ( google blog lain pun lebih kurang sama je pembuatannya ). Tak susah mana pun. Alhamdulillah walaupun pusingnya kurang cantik, tapi okeylah untuk first timer kan :)
Terima kasih tuanpunya resepi.

KARIPAP PUSING
Resepi Oleh : Chahaya Shiela

Doh A
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar veg shortening
2 sudu besar marjerin


Untuk doh A:
Satukan semua bahan untuk doh A dalam bekas. Gaul hingga sebati. Boleh di kepal atau di bulatkan.
Kemudian bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama besar. Bulat-bulatkan dan ketepikan.


Doh B :
2 cawan tepung gandum
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
1 1/2 cawan air anggaran ~ air ni tuang sikit-sikit


Masukkan tepung ke dalam bekas. Buat lubang di tengahnya.
Kemudian panaskan minyak, dan tuang minyak panas kedalam kawah tepung yang dalam mangkok tadi.
Gaul rata dengan senduk atau sudu  AWAS MINYAK PANAS!!
Gaul sehingga ia menjadi serbuk roti.
Sementara itu garam kita bancuhkan bersama air hingga larut.
Tuangkan air garam  sedikit demi sedikit kedalam tepung sambil menguli.
Uli hingga sebati dan agak tak melekat di tangan.
Bahagikan doh B kepada 4 bahagian yang sama banyak dan bulat-bulatkan doh.

Canaikan satu bahagian doh B yang kita telah bahagikan tadi.
Letakkan satu bahagian doh A di tengahnya
Bungkuskan dan kemaskan padat
Kemudian di bulatkan, ketepikan
Ulang kaedah yang sama untuk baki doh-doh selebihnya.


Doh yang telah di satukan tadi, di canai sederhana ketebalannya. Tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis.
Gulung menjadi selinder yg panjang.
Canai sekali lagi.
Gulung semula menjadi selinder.
Ulang proses yang sama untuk doh yang selebihnya.
Kemudian doh ini direhatkan sebentar anggaran 15 minit agar ia sebati dan lembut.


Ambil satu bahagian doh dan potongkan kepada 6 kepingan
Ambil satu potongan dan canai sederhana tebal.
Jika nipis ia susah di kendalikan, mudah pecah semasa meletakkan inti. Jika tebal pula tidak enak 
pula untuk di nikmati nanti. 

Letakkan inti yang di sukai di bahagian tengahnya, jangan penuh sangat sebab takut pecah pula dohnya.
Lipat dan kemaskan tepinya agar tidak terbuka.
Klimkan kemas agar tidak terbuka semasa proses mengoreng nanti

Dah siap goreng dalam minyak yang betul2 panas.

No comments:

Post a Comment