Setelah menyelongkar beberapa resepi donut, berkenan dengan resepi donut Izzah Muffin Lover. Nampak macam simple. Memang dah lama betul tak buat donut ni. Tapi dek rengekan anak yg setiap hari tanya ' umi nak donut '...so pagi ni terjadilah donut yg rupa kajadiannya taklah secantik mana, tapi sedapp. Terima kasih tuan punya resepi.
2 sudu kecil yis
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula
Semua bahan dicampur biarkan hingga berbuih
3 cawan tepung
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar susu tepung
1 telur
1/2cawan air
2 - 2 1/2 sudu besar majerin
Satukan tepung, gula, garam, susu tepung hingga rata.
Buat lubang di tengah2nya. Campurkan bahan yis, telur, air dan majerin.
Uli hingga licin dan tak melekat kat tangan.
Tutup dengan kain lembab hingga kembang.
Kemudian tumbuk2 adunan dan bentukkan.
Biarkan 15 - 20 minit. Goreng hingga kekuningan.
Biar sejuk sedikit baru tabur gula.
Monday, December 7, 2015
Wednesday, September 2, 2015
PUDING SUMI
Dessert yang sedap disajikan semasa cuaca panas. Amat senang disediakan sebab tak perlu masak :)
1/2 tin susu pekat *
1 tin susu cair *
1 botol kecil yogurt asli *
1/2 tin air masak *
1 tin fruit cocktail
1 tin nata de cocoa
1 paket sumi
1 tin buah peach
Bancuh kesemua bahan bertanda * hingga sebati.
Masukkan buah2an dan kacau rata. Kalau pekat boleh tambah sedikit air.
Sejukkan dalam peti ais.

Tuesday, September 1, 2015
CRACKERS BREAD PUDDING
8 biskut cream cracker
2 keping roti / kulit roti
1 1/2 cawan susu cair / segar
1/2 cawan susu pekat
2 telur
2 sudu besar serbuk koko
Rendam biskut dan roti dengan susu di dalm blender.
Campurkan telur dan susu pekat .
Blend hingga halus.
Bahagi 3, 1 bahgian campur serbuk koko.
Kukus satu bahagian satu bahagian dengan lapisan koko di tengah2.
Sejukkan sebelum dipotong.
Sedap dimakan sejuk2
Monday, August 31, 2015
IKAN BAWAL EMAS MASAK HALIA
Ikan dikelar dan lumur garam kunyit, goreng garing.
Halia muda biar lebih sikit dipotong batang mancis
Bawang putih dihiris nipis
Bawang besar potong nipis
Cili merah dan hijau hiris
Sedikit cili padi
kicap cair
sos tiram
sedikit gula
Tumis halia dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan bawang besar dan kesemua cili. Gaul sebati.
Masukkan sedikit kicap cair, sos tiram dan secubit gula.
Jika kering letak sedikit air untuk kuah.
Rasa dan curah ke atas ikan.
Boleh tabur daun bawang .
Sunday, August 30, 2015
AYAM GORENG KUNYIT BERSERAI
Hari ni cuba buat ayam kunyit teapi tambah serai, hidangan makan malam kami.
Sekeping dada ayam - potong dadu
Bawang holand potong nipis
Bawang putih hiris nipis
Cili padi hiris nipis
Lada merah hiris
Serai hiris nipis
Halia dipotong batang mancis
Tumis halia, bawang putih, serai hingga wangi.
Masukkan ayam, kacau2 sebentar.
Letakkan serbuk kunyit secukupnya, garam, gula sedikit.
Campurkan bahan lain. Gaul sebati.
Kacau hingga ayam masak.
Masukkan sedikit sos tiram. Gaul hingga elok masaknya.

Saturday, August 29, 2015
Friday, August 21, 2015
CONEY DOG
Coney Dog untuk makan petang atau malam. Senang dan sedap. Selamat mencuba!
Bahan-bahan :
1 pkt ayam kisar ( daging pun blh )
2 tomato - dadu
2 bwg besar - dadu
1 bwg putih - cincang
1 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 cwn sos tomato
1/2 cwn sos cili
1/2 cwn air
Garam
Sedikit serbuk oregano
Sosej secukupnya ( kelar2 sikit, goreng guna minyak sikit hingga agak2 perang )
Roti hotdog

Cara-cara :
- Tumis bwg2 hingga layu
- Masukkan ayam kisar, kacau rata
- Campurkan sos2, tomato, garam, air, serbuk lada hitam
- Kacau rata. Tabur oregano.
- Biarkan hingga pekat. Jgn lupa rasa dulu.
- Belah roti jgn putus, sapu butter, telangkupkan atas pan biar garing sikit.
- Letak sosej dan sos ayam di atasnya.
- Boleh letak hirisan cheesedale
- Panaskan sekejap utk cairkan cheese baru letak mayonis

SAMBAL PETAI DAN BILIS
Sessi menghabiskan petai yang masih elok tersimpan dalam freezer.
Cuma tumiskan bawang besar, bawang putih yg ditumbuk hingga wangi.
Masukkan cili kisar secukupnya. Masak hinga pecah minyak.
Bubuh gula dan garam. Kalau suka boleh letak sedikit saja air.
Masukkan petai dan ikan bilis yang telah digoreng garing.
Gaul sebati. Rasa ok dan angkat.
Wednesday, August 19, 2015
WANTAN BANTAL GORENG
Kali ni buat wantan goreng untuk minum petang. Cuma tukar cara lipat seperti bantal. Resepi di sini :)
Thursday, July 9, 2015
AYAM GORENG SERI WANGI
IFTAR KE-22
Menggunakan resepi Chef Wan yang sangat sedap walaupun bahan-bahanya ada yang tak cukup :)
Bahan-bahan:
- Ayam dipotong 12
- 2 batang serai (dihiris halus)
- 1 kuntum bunga kantan (dihiris halus)
- 10 tangkai cili padi
- 1 sb rempah tomyam (saya guna cili giling)
- 1/4 cawan air
- 1 st madu
- 1 1/2 sudu besar mayonis
- 3 helai daun limau purut (hiris nipis)
Bahan perap ayam:
- 2 sb sos tiram
- 1 biji telur
- 3 sb tepung jagung
Cara-cara:
- Gaul rata ayam dengan bahan perap (biarkan 15 minit)
- Goreng ayam sehingga garing
- Tumis serai, bunga kantan, cili padi dan rempah tomyam hingga naik bau
- Masukkan air, madu dan ayam goreng
- Angkat dari api dan masukkan mayonis, kacau rata
- Campur daun limau purut
- Enak dimakan dengan nasi putih panas :)

Wednesday, July 8, 2015
MEE GORENG BASAH
IFTAR KE-21
Bahan-bahan:
1 paket mee kuning (dibasuh)
Bawang besar
Bawang putih
Cili giling
Sawi
Tomato
Udang
Potongan ayam (direbus dahulu - air rebusan disimpan)
Kicap
Cili merah dan hijau dihiris
Sos tiram
Garam gula jika perlu
Cara-cara:
- Tumis bawang-bawang yang ditumbuk
- Masukkan cili giling, biarkan hingga pecah minyak
- Masukkan ayam dan air rebusannya
- Letak kicap, sos tiram, biar mendidih
- Masukkan sawi, udang, tomato
- Masukkan mee kuning tadi, biarkan mee meresap kuahnya sedikit
- Perasakan dengan garam gula
- Angkat
- Tabur bawang goreng dan daun sup, daun bawang
- Hidang dengan telur rebus atau telur dadar :)
Sunday, July 5, 2015
NASI HUJAN PANAS
IFTAR KE-18
Hidangan berbuka permintaan anak2. Buat nasi hujan panas, ayam masak merah dan acar.
Untuk kuih teringin nak makan ondeh2..
NASI HUJAN PANAS
2 1/2 tin beras basmathi (rendam sekeja, toskan)
1 bwg besar hiris
2 bwg putih hiris
halia hiris
kulit kayu manis, cengkih, bunga lawang, pelaga
planta, minyak masak
pewarna merah, hijau, kuning
Tumis bwg2 dan halia hingga wangi bersama rempah kasar.
Masukkan air secukupnya (ikut sukatan beras), biar mendidih baru masukkan beras.
Masak seperti biasa (guna rice cooker).
Bila masak, lubangkan beberapa tempat. Sudukan pewarna berlainan ke dalam lubang.
Kacau2 perlahan menggunakan chopstick.
AYAM TOMATO
Ayam potong 12 (digaram kunyitkan, goreng)
Kisar bawang besar, bawang putih, halia
Tumis bahan kisar hingga wangi
Masukkan cili giling, kacau lagi
Masukkan garam dan gula
Tambah sos cili dan sos tomato
Tambah sedikit air jika perlu
Masukkan ayam yang digoreng tadi
Boleh juga letakkan bawang kuning dihiris, tomato yang dipotong wedges
Gaul sebati, siap!
ONDEH - ONDEH
Tepung beras pulut dibancuh dengan air daun pandan secukup lembut
Leperkan dan letak inti ( gula melaka yg dipotong dadu ) di dalamnya
Tutup semula dan bulatkan
Masukkan ke dalam air yg mendidih, biarkan ia timbul. Angkat
Golek2 dalam kelapa parut putih hingga bersalut

Thursday, July 2, 2015
SALAD CAMPUR & KUEY TEOW SIMPLE
IFTAR KE-15
Menu simple untuk berbuka. Menghabiskan apa2 yg ada dalam peti ais.
Salad segar dan tomato ceri dibasuh
Kemudian ditaburkan sedikit olive oil, garam dan black pepper
Nugget ayam dan jejari ayam digoreng (ikut suka)
Sos cili dicampurkan dengan mayonis sebagai pencicah
KUEY TEOW GORENG
Bahan-bahan :
1 pkt kuey teow - basuh
Ayam kisar
Fish ball - potong kecil
Bawang merah, bawang putih, udang kering, cili padi ditumbuk
Taugeh
Sawi
Kicap, kicap cair, sos tiram
Telur
Garam gula jika perlu
Tumis bhn tumbuk hingga wangi.
Masukkan ayam kisar, kacau hingga masak.
Masukkan kicap cair, kicap lemak manis, sos tiram kacau rata.
Pecahkan telur, kacau2 sekejap.
Bubuh fish ball.
Masukkan kuey teow, sawi dan taugeh.
Gaul sebati.
Rasa dan angkat.

Sunday, June 28, 2015
KETUPAT SOTONG & SUP IKAN SALMON
IFTAR KE 11
Hidangan berbuka petang ni buat ketupat sotong. Dalam 12 ekor sotong yang agak besar beli kat Pasar Pasir Penambang hari tu.
Sotong
Beras pulut secukupnya - rendam sekejap. Gaul santan dan garam sedikit
Gula melaka
Santan
Daun pandan
Lidi
Masukkan beras pulut agak2 tiga suku penuh. Tutup sotong dgn kepalanya dan semat dengan lidi.
Masukkan dalam periuk berisi santan, gula melaka dan daun pandan.garam secubit jangan lupa.
Masak hingga sotong betul2 kembang dan agak pekat.
SUP IKAN SALMON
Selain tu buat juga sup kepala ikan salmon. Guna resepi sama dengan sup ikan jenahak dulu.
Cuma ikan salmon tak boleh masak lama sebab lembut.

Wednesday, June 24, 2015
PUDING KASTAD BERKUAH
IFTAR KE 7
1 cawan tepung kastard
2 1/2 cawan air
Bancuh tepung hingga sebati.
Masak hingga likat dan berkilat.
Masukkan dalam bekas dan sejukkan.
1 tin susu cair
1 1/2 tin air
8 sudu besar gula ( atau ikut kemanisan masing2 )
Masak hingga mendidih.
Fruit cocktail
Masukkan kastard ke dalam mangkuk, sudukan fruit cocktail dan curah susu ke atasnya.

Monday, June 22, 2015
PIZZA ROTI
Iftar ke 5
Sesi menghabiskan roti yang tinggal setengah paket lagi tu. bulan puasa ni kurang pulak makan roti, so buat pizza roti simple, guna bahan2 yang ada kat dapur.
Bahan :
- Roti
- Tomato puree
- Sosej
- Cheesedale/ Mozarella
- Capsicum merah dan hijau
Cara :
- Sapukan tomato puree atas roti, letak topping (sosej, capsicum merah dan hijau, cheese dll ikut suka)
- Bakar sekejap (10 minit sehingga cheese cair)
- Siap!

Sunday, June 21, 2015
WANTAN GORENG
IFTAR KE-4
Bahan :
Kulit wantan secukupnya
Ayam kisar
Crab stick, potong kecil
Bawang besar cincang
Daun bawang hiris halus
Capsicum hijau dadu
Serbuk lada putih
Sedikit garam
Cara :
- semua bahan digaul sebati.
- ambil 1 sudu kecil inti, letak atas kulit wantan.
- basahkan air di sekeliling kulit wantan.
Punjutkan kemas2.
- goreng hingga keemasan.
- makan dengan cili sos.
** bahan2 inti agak2 la ya...
Selamat mencuba :)
Saturday, June 20, 2015
NASI DAGING
IFTAR KE 3
Hujung minggu anak2 semua balik, jom kita masak nasi daging. Ni percubaan pertama buat,selepas belajar dari kawan, kak Umi namanya. Memang terer masak nadi daging ni maklumlah orang utara. Siap bagi rempah lagi, terima kasih banyak2 :). Sukatan boleh adjust sendiri kalau buat sikit.
Bahan nasi :
5 pot beras ( kalau guna basmathi rendam 3jam )
7 pot air + 1/2 kg tulang ( rebus jadikan stok ) - ikut jenis beras
6 sudu besar rempah nasi daging*
1 tin susu cair*
1 tin kecil tomato puree *
2 sudu gula batu*
1 kiub ayam ( optional )
3 sudu besar oren sunquick*
3 sudu besar badam serbuk*
3 sudu minyak sapi
3 sudu marjerin
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang, cengkih dan pelaga@
4 bwg merah@
3 bwg putih@
2" halia@
2daun kari@
10 bwg merah#
3 bwg besar#
1 lbu bwg putih#
3" halia#
Garam
Daun sup, daun bwang,daun pandan
Campur semua bahan bertanda * dalam bekas dengan sedikit air. Bahagi 2. ( 1/2 utk nasi 1/2 utk lauk)
Mesin bhn bertanda # . Bahagi 2 juga. Campur ke dalam rempah tadi.
Panaskan minyak sapi dan marjerin, tumis bhn bertanda @ hingga kuning.
Masukkan 1/2 bhgian rempah tadi.
Kacau hingga terbit minyak dan masukkan air stok , biarkan mendidih.
Tambah garam dan kiub jika ada. Rasa garamnya.
Bila ok masukkan beras dan masak seperti biasa.
LAUK NASI DAGING
1 1/2 kg daging potong sebesar 3 jari. Basuh dan rebus empuk
3cwn air
1/2 bhgian rempah yg dibahagi tadi
3 sudu besar cili kisar
3 - 4 sudu besar cili sos
2 sudu besar kicap masin
1/3 cwan kicap pekat
4 bwg merah)
3 bwg putih) - mayang
2" halia)
Minyak
Tumis bahan mayang hingga kuning.
Masukkan rempah dan kacau hingga terbit minyak. Bubuh cili kisar.
Tambahkan air, sos, kicap. Kacau sebentar.
Bila mendidih masukkan daging dan garam secukupnya.
Kecilkan api dan masak hingga sederhana pekat.
AIR ASAM TOMATO KERISIK
3 tomato hiris nipis
2 bwg besar hiris nipis
5 cili besar@
15 cili api - ikut pedas@
Belacan secukupnya@
Garam gula@
2 - 3 sudu kerisik
4 - 5 sudu cili sos
3 sudu besar air stok daging ( xde pun xpe )
Tumbuk / blend bhn bertanda @ dan gaulkan dgn tomato dan bwg hiris,kerisik dan cili sos.
Kalau blend airnya sikit je ye..
ACAR TIMUN
3 timun
1 karot
2 bwg besar
2 cili besar
Garam gula cuka makan
##Semasa nak hidang, tabur bawang goreng, kacang tanah dan kismis jika suka. Selamat mencuba!

Friday, June 19, 2015
SUP KEPALA IKAN JENAHAK & ASPARAGUS GORENG UDANG
Iftar ke 2
Ikan jenahak seekor yang beli kat Pasar Pasir Penambang sebelum puasa hari tu ada lagi. So kepalanya sedap buat sup. Jom tengok resepi mudah ni
Tumbuk beberapa ulas bawang putih, halia dan 1 bawang besar.
Tumis sampai wangi. Tumbuk sedikit lada hitam masukkan sekali.
Kacau2 dan letak air secukupnya untuk kuah.
Biar mendidih. Masukkan ikan, tomato yang dipotong wedges.
Biarkan ikan masak, rasa garamnya.
Nak hidang tabur daun sup daun bawang, bawang goreng, cili padi dan perah asam limau.
ASPRAGUS GORENG UDANG
Tumis bawang putih, bawang besar yg dihiris nipis.
Letak cili merah. Masukkan udang.
Kacau rata, masukkan garam, gula dan sos tiram.
Terus masukkan asparagus, cili benggala merah dan hijau.
Gaul sebati. Angkat.
Thursday, June 18, 2015
CUCUR JAGUNG
Iftar hari pertama
Terfikir nak buat apa dengan 3 ketul jagung yang dibeli di Cameron Highland beberapa hari lalu.
Tiba2 teringat untuk buat cucur jagung untuk berbuka puasa. Asyik jagung rebus je kan.
Senang sangat cara pembuatannya.
Jagung - ambil isinya
Udang kecil - buang kulit, cincang kasar
Bawang besar - cincang kasar
Lada merah - hiris halus
Daun sup dan daun bawang hiriis halus juga
Sedikit garam
Tepung gandum
Masukkan semua bahan dalam mangkuk, bancuh dengan air panas hingga sebati.
Sukatan tepung dan air ikut masing2.
Panaskan minyak dan goreng hingga kuning keemasan.
Angkat dan hidang bersama cili sos.
Friday, April 3, 2015
BUTTER CHICKEN
Buat butter chicken lagi. Tapi kali ni buat telur tabur dan tambah daun kari. Lagi sedap :D Resepinya di sini
APAM SUSU
Teringin mencuba apam susu yang famous kebelakangan ini. Memang sedap dan lembut. Senang je cara2 nak buat. Jom tengok resepinya :
4 telur *
1 cwn gula *
1 sudu besar ovelette *
4 sudu besar susu pekat *
2 cawan tepung
Esen vanilla
Blend semua bahan bertanda * hingga gebu.
Bubuh tepung dan esen vanilla. Gaul sebati.
Bahagikan ikut warna yg disukai dan lapiskan ke dalam acuan yg dilenser majerin.
Kukus 30 minit/ masak.
( saya tutup acuan dengan aluminium foil utk elak air menitik )
Boleh potong dan nikmati bersama keluarga.
Monday, March 16, 2015
NASI TOMATO
Sudah lama tak buat nasi tomato, so petang ni buat untuk dua anak dara yang berpuasa. Kuadah buka merangkap makan malam bagi yang tak puasa.
Nasi tomato masak macam nasi minyak biasa cuma letak tomato sos je..ringkas.
Ayam tengok resepi mamasya, memang sedap. Kali ni guna ayam kampung.
AYAM PERAP MASAK MERAH MADU
Sumber : asal Majalah Saji dari Blog ummizahaidi
Oleh; Dapurmamasya
Bahan:-
• 1 ekor ayam - potong 10 bahagian
• 2 sb. rempah kari ayam
• 1 sb. serbuk kunyit
• 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
• 2 inci halia (ditumbuk)
• 2 labu bawang besar (dikisar)
• 2 sb. cili kering kisar
• 5 sb. madu
• 1 sudu besar gula merah
• 2 sb. puri tomato - letak lebih + 1 biji buah tomato diblender
• garam secukup rasa
• 1 labu bawang besar - dipotong nipis bulat
Cara Memasak:-
1. Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan bersama bahan halia, bawang putih, kunyit, rempah kari dan perisakan dengan garam. Perap ayam selama 2 jam
2. Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak. (lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai bumbu kuah)
3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan. Masukkan bahan bumbu perapan dan cili kisar. Masak hingga garing.
4. Masukkan gula, madu, puri tomato, buah tomato kisar dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
5. Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam & bwg besar.
6. Biarkan kuah mesra dengan ayam sambil dibalik-balikkan ayam dengan api sederhana.
7. Perlahankan api dan biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah pekat.
8. Angkat dan hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.
Tuesday, March 3, 2015
KUEY TIAW SUP
Petang ni rasa nak makan kuey tiaw sup pulak, lagipun ada 2paket kuey tiaw yang beli kat pasar tani aritu belum buat apa2 lagi. Tengok dalam blog che mat gebu, dan kemudian ikut bahan2 yg ada dalam peti ais. Sedap pulak rasanya :)
1 paket kuey tiaw - cari produk muslim
*4bawang putih
*Sedikit halia
*1/2 labu bawang besar
Bahan * ditumbuk
2 pokok sayur bok choy potong pendek
1 biji tomato potong baji
Cili merah potong
Serbuk lada putih
Garam, gula
Udang dibuang kulit terpulang berapa ekor
Isi ayam dipotong kecil
Kiub ayam 1
2 biji telur
Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan ayam, kacau2 hingga bertukar warna.
Masukkan air untuk kuah.
Biar mendidih sekejap, letak kiub ayam.
Then letak batang bok choy. Masukkan tomato.
Masukkan serbuk lada putih, garam gula secukupnya.
Pecahkan 2 biji telur, jgn kacau. Biarkan sebentar.
Bubuh daun sayur dan kue tiaw yang telah dibasuh.
Dah elok rasa angkat.
* nak letak kemudian kuey tiaw pun boleh.
Saya masukkan terus sebab lepas tu terus makan.
Monday, February 16, 2015
SAGU BERKUAH KASTAD
Dessert yang sedap di makan sewaktu cuaca panas lebih2 lagi selepas disejukkan.
2 cawan sagu - rendam lebih kurang 1/2 jam
Masak dengan 2cawan air, 5 sudu besar gula dan pewarna merah.hingga jernih. Angkat dan siram air utk hilangkan kanjinya.
Kukus sebentar lebihkurang 20 minit.
Sudukan ke dalam bekas yang di sukai.
Kuah :
2 cawan susu cair
2cawan air
2 sudu besar kastad
Gula secukup manis
Sedikit garam.
Bancuh semua bahan dan masak hingga agak pekat.
Sejukkan, curah atas sagu tadi.
Boleh di makan..nyum nyum

Tuesday, February 3, 2015
BISKUT TIRAMISU
Versi tiramisu guna biskut krim kraker, dan guna kastad dengan susu untuk fillingnya. Rasa2 lebih sihat berbanding guna cheese. Resepi dari kawan2 alam maya.
4 sudu besar tepung kastad
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat ( kurangkan jika xsuka manis sangat )
1 cawan air
Biskut krim kraker secukupnya
Milo
Campurkan tepung kastad, air, susu pekat dan susu cair. Kacau sebati.
Masak hingga agak pekat.
Susun biskut, curah kastad, tabur milo.
Buat sehingga 3 layer.
Sejukkan.

Friday, January 23, 2015
ROTI PITA
Roti pita yang senang dibuat, bahan2 pun simple. Jom tengok resepinya.
Roti pita jenama Mission
Dada ayam - potong kiub, gaul dgn sedikit garam dan serbuk lada hitam. Rebus dgn sedikit air hingga kering airnya sambil dikacau2.
Tomato didadu
Bawang besar didadu
Mayonis
Salad
Timun jepun dipotong nipis
Semua bahan kecuali salad digaul bersama, sesuaikan rasanya.
Roti pita panaskan sekejap dalam oven.
Potong dua dan masukkan bahan inti ke dalam nya.
Boleh letak sos cili atau tomato jika suka.

Thursday, January 15, 2015
BUTTER CHICKEN
Terfikir-fikir nak masak apa dengan chicken breast yang dibeli. Anak2 cadangkan butter chicken, so googlelah cari resepi. Terima kasih Hana yg bagi resepi yang simple dan sedap. Cuma xbuat telur tabur tu dan xletak daun kari. Tapi rasa tetap sedap.
sumber : hanamemories.blogspot.com
sumber : hanamemories.blogspot.com
- 2 keping dada ayam - potong dadu
- 1 ulas bawang putih - parut
- 1 inci halia - parut
- 1sk kicap cair - hana guna syoyou(kicap jepun)
- tepung jagung
- Cili padi - ikut kepedasan masing2 - cincang
- 1 biji bawang besar holland - potong dadu
- 1 ulas bawang putih - cincang
- daun kari
- 2 sudu besar butter
- 2-3 kuning telur
- Perap ayam dengan bawang putih, halia dan juga kicap cair sebentar.
- Panaskan minyak. Lumurkan ayam ke dalam tepung jagung dan goreng hingga masak kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- Minyak ayam yang sama, campurkan sedikit butter. Kocakkan kuning telur dan tuang perlahan2 ke dalam kuali sambil kacau menggunakan chopstick supaya berjurai. Biarkan masak seketika. Kemudian angkat dan toskan. (untuk mendapatkan jurai2 yang halus, gunakan minyak yang banyak ketika menggoreng. boleh juga menggunakan acuan roti jala)
- Kuali lain, panaskan 2sb butter. Masukkan bawang, cili padi dan daun kari. Kacau hingga naik bau. Masukkan ayam dan gaul mesra. (jika anak2 tak tahan pedas cili, boleh gunakan blackpepper dan jika inginkan lebih creamy, bleh tambahkan sedikit susu cair).
- Akhir skali masukkan telur. Angkat dan hidangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)