Friday, June 15, 2012

NASI BERIANI & SETNYA

Buat lagi sekali nasi beriani, guna rempah beriani adabi. Kali ini makan dengan kari daging, ayam berempah Chef Kamarul dan acar. Guna juga beras basmathi Pusa yang panjang tu. Resepi dah ada dalam entri dulu.

Sunday, June 10, 2012

AYAM GORENG SOS TIRAM DAN GAJUS

Resepi dari buku 30 minit Chef Kamarul. Simple dan sedap. Buat untuk makan malam.


200g ayam ( potong kecil ) * guna ayam isi
50g biji gajus * x letak
1 sudu kecil tepung jagung ( dicampur sedikit air )
4 tangkai cili kering ( gunting 2cm panjang )
1 biji putih telur
2 btg daun bawang ( dipotong 3 cm panjang )
1 cm halia ( dimayang halus )
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan * x letak
1sudu besar sos tiram
lada putih secukup rasa

Gaul isi ayam dengan putih telur, tpg jagung, minyak bijan,kicap cair dan lada putih. Perap sebentar.
Goreng ayam hingga kekuningan dan asingkan.
Kemudian tumis halia dan masukkan sos tiram.
Selepas itu masukkan cili kering dan ayamtadi, masukkan air jika perlu.
Akhir sekali masukkan biji gajus dan air tepung jagung.

Tuesday, June 5, 2012

KUIH BINGKA CRACKER

Resepi ambil dari CT Delima. Terima kasih kerana kongsi resepi ini. Buat untuk minum petang. Buat separuh adunan sahaja.


Bahan-bahan :
140 gm biskut cracker (biskut lemak)
85 gm tepung gandum
1 cawan gula castor
3 biji telur B
710 ml susu cair - 700 ml susu cair + 10 ml air biasa
1 sudu besar butter
1 sudu kecil pewarna kuning - x letak pewarna pun
1/2 sudu kecil esen vanila
Secubit garam

Hiasan :
Sedikit bijan untuk tabur - x letak

Cara-Cara :
1. Panaskan oven suhu 180' C selama 10 minit. Lengserkan loyang dengan minyak masak dan masukkan loyang dalam oven 5 minit masa terakhir.
2. Blend biskut cream cracker bersama tepung dalam blender hingga halus, ketepikan.
3. Blend telur, gula, susu cair, pewarna kuning, sedikit esen vanila dan secubit garam hingga gula larut. Masukan tepung yang telah diblender bersama biskut sedikit-sedikit dan blender lagi hingga sebati kecuali bijan.
4. Tuang ke dalam loyang yang dipanaskan sebentar dalam oven dan taburkan bijan rata-rata diatasnya jika suka.
5. Bakar selama 1jam atau sehingga atasnya keperangan.
6. Sejukkan betul-betul dahulu baru dipotong.

Friday, June 1, 2012

AYAM GORENG BEREMPAH

Ayam berempah ambil dari buku Saji Mei 2012, resepi Chef Kamarul  Makan dengan nasi minyak pandan, gulai daging, acar timun dan sambal..


Bahan - bahan :
1 ekor ayam dipotong 6
3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung goreng ayam segera
1 sudu besar serbuk rempah kari
gula dan garam secukupnya

Bahan kisar :
2 labu bwg besar
3 cm halia
3 btg serai

Campurkan tepung beras, tepung goreng ayam, garam, gula dan bahan kisar ke dalam bekas yang besar. Gaulkan dengan ayam dan perap 2 - 4 jam. Goreng hingga kekuningan.