Sunday, June 10, 2012

AYAM GORENG SOS TIRAM DAN GAJUS

Resepi dari buku 30 minit Chef Kamarul. Simple dan sedap. Buat untuk makan malam.


200g ayam ( potong kecil ) * guna ayam isi
50g biji gajus * x letak
1 sudu kecil tepung jagung ( dicampur sedikit air )
4 tangkai cili kering ( gunting 2cm panjang )
1 biji putih telur
2 btg daun bawang ( dipotong 3 cm panjang )
1 cm halia ( dimayang halus )
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan * x letak
1sudu besar sos tiram
lada putih secukup rasa

Gaul isi ayam dengan putih telur, tpg jagung, minyak bijan,kicap cair dan lada putih. Perap sebentar.
Goreng ayam hingga kekuningan dan asingkan.
Kemudian tumis halia dan masukkan sos tiram.
Selepas itu masukkan cili kering dan ayamtadi, masukkan air jika perlu.
Akhir sekali masukkan biji gajus dan air tepung jagung.

No comments:

Post a Comment