Tuesday, June 5, 2012

KUIH BINGKA CRACKER

Resepi ambil dari CT Delima. Terima kasih kerana kongsi resepi ini. Buat untuk minum petang. Buat separuh adunan sahaja.


Bahan-bahan :
140 gm biskut cracker (biskut lemak)
85 gm tepung gandum
1 cawan gula castor
3 biji telur B
710 ml susu cair - 700 ml susu cair + 10 ml air biasa
1 sudu besar butter
1 sudu kecil pewarna kuning - x letak pewarna pun
1/2 sudu kecil esen vanila
Secubit garam

Hiasan :
Sedikit bijan untuk tabur - x letak

Cara-Cara :
1. Panaskan oven suhu 180' C selama 10 minit. Lengserkan loyang dengan minyak masak dan masukkan loyang dalam oven 5 minit masa terakhir.
2. Blend biskut cream cracker bersama tepung dalam blender hingga halus, ketepikan.
3. Blend telur, gula, susu cair, pewarna kuning, sedikit esen vanila dan secubit garam hingga gula larut. Masukan tepung yang telah diblender bersama biskut sedikit-sedikit dan blender lagi hingga sebati kecuali bijan.
4. Tuang ke dalam loyang yang dipanaskan sebentar dalam oven dan taburkan bijan rata-rata diatasnya jika suka.
5. Bakar selama 1jam atau sehingga atasnya keperangan.
6. Sejukkan betul-betul dahulu baru dipotong.

No comments:

Post a Comment