Sarapan hari cuti 25 dec. Kuahnya simple cuma letak kobis, karot, suun dan fucuk, itu aje yang ada kat peti ais. Digandingkan dengan sambal sotong ( yg ni beli kat D' Muar, hehe )
Resepi dari majalah Rasa September 2009. Tq.
Bahan-bahan :
3 bungkus nasi impit
Bahan Kuah Lontong :
20g suhun
100g fucuk
150g bwang merah ( guna 2 labu ) - kisar
50g bwg putih ( guna 2 ulas ) - kisar
80g kunyit hidup ( guna 2 camca kecil serbuk kunyit )
50g cili kering ( guna 2 camb. cili mesin )
3 tahu ( x letak )
200g tempe ( x letak )
2 btg serai ( letak 3 ) dititik
1 helai daun kunyit disimpul ( x letak )
100g lobak merah ( guna 1 btg ) - hiris jejari
100g kobis bunga ( guna kobis ) - hiris kasar
80g udang kering ( guna dalam 2 camb, kisar bersama bawang )
1 liter santan ( guna 1 kotak santan )
gula dan garam secukupnya.
Cara :
Goreng suhun, fucuk, tahu dan tempe secara berasingan hingga garing. Ketepikan .( skip yang ini sebab cuma rendam fucuk dan suhun hingga lembut, toskan )
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan udang kering dan kacau seketika. ( Masukkan cili mesin ).
Selepas itu masukkan santan, serai,dan bahan lain. Juga garam dan gula secukup rasa.
Kacau hingga mendidih.
Bila cukup pekat, angkat dan hidang bersama nasi himpit tadi.
Wednesday, December 26, 2012
Tuesday, December 25, 2012
CUCUR JAGUNG
Berpandukan dari program Selera TV3, tapi bahan-bahannya ikut citarasa sendiri. Tq Ross Weiss.
3 cawan tepung gandum
1 camb baking powder
sedikit garam
1 tin jagung ( creamy style )
1 batang daun bawang dihiris
1 bawang besar dicincang
1/2 batang cili merah hiris halus
1 biji telur
Gaulkan semua bahan hingga sebati, Campur air secukupnya.
Rehatkan sebentar dan goreng hingga keperangan.
Makan dengan sos kegemaran.

Sunday, December 23, 2012
KERABU EPAL HIJAU
Resepi yang senang , tak ada lauk lain pun okey dah. Campak2 je.
Epal hijau - racik halus dengan kulitnya sekali
Bawang besar - hiris nipis
Cili merah dan cili padi ikut pedas - hiris nipis
Serai - potong nipis
Udang kering - goreng sekejap
Kacang tanah - goreng dan tumbuk kasar
Gaulkan semuanya, rasa garam gula. ( bila hampir nak makan baru gaul )

Friday, December 21, 2012
AYAM MASAK BURMA
Resepi yang dah lama masak, baru sempat masukkan entri. C n P dari dapur tanpa sempadan. Tq CMG.
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ayam, potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan*
3 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*disatukan, gaul rata dan perap 20 minit)
1 camca besar rempah kari daging (mat guna rempah Baba's) - sama
1 cawan air
1 kiub pati ayam
1 biji tomato, belah 4
15 helai daun pudina
Secubit gula
BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah, buang bijinya
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm halia
1 batang serai, hiris halus
CARA MEMBUATNYA :-)

- Satukan bahan kisar halus dengan serbuk kari. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar + serbuk kari tadi hingga harum, masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Tuang air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
- Masukkan pati ayam (hancurkan) dan secubit gula. Kacau dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan tomato dan daun pudina, kacau rata, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.
Friday, December 14, 2012
KEK COKLAT LAPIS CHEESE
Resepi dapat dari Puan Kalsum mak anak murid. Thank you very much..berjaya juga akhirnya dengan pertolongan kakak.. tima kasih kakak...
Resepi kek choc :
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula kastor
1 cwn susu pekat
2 biji telur [ A ]
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn air suam
1 cwn minyak kelapa
1 sudu kecil soda bikarbonat
1. Masak air suam dgn minyak hingga mendidih.
2. Ayak tepung, soda bikarbonat dan serbuk koko.
3. Pukul telur dgn gula hingga kembang.
4. Dah kembang, masukkan bahan2 ayak dengan minyak yg telah disejukkan.
5. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
Resepi lapisan cheese :
250g cream cheese
60g / 5 sudu besar gula kastor
25ml air
1 biji telur [ A ]
Cara melapis :
1. Masukkan 1/2 daripada adunan kek choc ke dalam loyang yg telah bergris.
2. Kukus selama 20 minit { pastikan air kukusan panas }.
3. Keluarkan loyang dari periuk kukusan dan tuangkan adunan cheese. Kukus selama lebih kurang 15 - 20
minit.
4. Keluarkan loyang, masukkan lebihan kek choc dan masak lagi selama 40 minit.

Thursday, December 13, 2012
SPAGGETI BOLOGNESE
Dah banyak kali buat baru kali ni dapat masukkan entrinya. Just a simple bolognese, ikut citarasa sendiri.
1 bungkus spagetti - rebus ikut arahan pada paket
1 bawang besar - dadu
2 bawang putih - cincang
1 karot - hiris halus
1 tin kecil tomato puri
1 tin button mushroom - hiris
3/4 paket daging kisar Ramly - basuh sekali lalu dan lerai2kan
tomato sos dan cili sos secukupnya
gula n garam
tumis bawang2 hingga layu, masukkan daging kisar.
Masak hingga air daging kering.
Bubuh air secukupnya, puri tomato, sos tomato dan sos cili.
Masukkan juga cendawan dan karot.
Masak hingga agak pekat. Rasa dan angkat.

Monday, December 10, 2012
KARI IKAN TENGGIRI
Hidangan untuk makan tengahari.
Bahan2 :
Ikan tenggiri yg siap dipotong [ guna kepala dan isi ]
2 bwg besar ]
2 bwg putih ] blend
halia ]
1camb halba caRmpur
3 camb serbuk kari ikan babas
2 tangkai daun kari
1 biji tomato potong 4
asam keping
santan secukupnya
Tumis bahan blend hingga wangi, kemudian masukkan rempah kari.
Bubuh sedikit air, kacau2 hingga terbit minyak dan garing.
Masukkan halba campur dan daun kari. Kacau2 sekejap.
Bubuh air dan santan pekat secukupnya untuk kuah. Kepekatan terpulang.
Bila hampir mendidih bubuh ikan, asam keping, tomato.
Rasa masin nya dan bila ikan masak, angkat

Subscribe to:
Posts (Atom)