Wednesday, February 27, 2013

AYAM PANGGANG ALA KENNY RODGERS

Resepi dari Izzah Muffin Lover. Memang sedap, tambah tambah guna pemanggang ajaib. Ayamnya memang lembut dan ' juicy '. Tq Izzah, c n p je.

AYAM PANGGANG ALA KENNY ROGERS
sumber: Kak Hana


Bahan-bahan

  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil) - guna ayam kampung
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam - aku tadak sos nih ganti ngan sos tiram+kicap pekat n lada hitam byk.
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir- hana gune gula perang
  • 2 sudu besar herba campuran - x letak sbb xada stok
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega

Cara-cara
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan.
  3. Perap selama 1 1/2 jam.- hana perap semalaman.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering. *saya buat setiap 15 minit selepas 1/2 jam pertama .
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.

Tuesday, February 19, 2013

ROTI JALA DAN KARI AYAM

Entri yang tertunggak..buat untuk breakfast masa semua anak2 balik bercuti. Roti jala memang kegemaran keluarga. Resepi dari cmg, thanks.


BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan tepung gandum
1/2 camca teh baking powder
3/4 cawan air
1/2 cawan susu segar - guna air sahaja
2-3 titik pewarna kuning makanan
3 camca besar mentega cair - x letak
1 biji telur
Garam secukup rasa
Pencicah pilihan anda (kuah kari, sambal tumis, sos cili, kuah durian atau jem) - cicah kari ayam

 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan diatas kecuali garam dan bahan pencicah, kacau hingga semua larut dan sebati, tambah garam secukup rasa, kacau lagi dan tapis. Atau lebih mudah anda masukkan dalam alat pengisar makanan (blender) dan kisar hingga semua rata. Rehatkan 10 minit.
  2. Panaskan non-stick pan bersaiz 9 inci atau ikut pilihan anda. Lenser dengan sedikit minyak, mat sapu dengan kitchen paper towel yang dicelop dalam sedikit minyak masak. Kemudian isi adunan tadi (kacau dulu) ke dalam acuan roti jala dan kirai hingga ia bersilang antara satu sama lain.
  3. Bila nampak permukaannya pucat, boleh angkat. Terpulang pada anda samada nak lipat atau gulung seperti kuih ketayap. Buat kaedah sama dengan baki adunan. Hidangkan bersama pencicah yang anda gemari...

Saturday, February 16, 2013

AYAM PERCIK

Lauk untuk hidangan tengahari, dah lama tak buat ayam percik. Resepi dari CMG, tq. Guna ayam kampung.


BAHAN-BAHANNYA :

3 keping bahagian dada ayam ( guna 1 ekor ayam kampung )
4 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah (tapi lagi sedap kuah pekat sendiri tanpa tepung jagung) ( x guna )
2 inci halia*
4 batang serai, hiris halus*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)

BAHAN UNTUK MEREBUS AYAM :

3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris
1 keping asam gelugor
Sedikit garam
Air untuk merebus


CARA MEMBUATNYA :
  1. UNTUK KUAH :- Satukan santan dengan bahan kisar halus, kacau rata. Masak dengan api sederhana sambik dikacau selalu hingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Ketepikan.
  2. UNTUK AYAM :- Ayam dibersihkan, cuci dan tos. Didihkan air bersama bahan2 untuk merebus ayam. Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk. Angkat dan toskan.
  3. UNTUK AYAM PERCIK KELANTAN :- Ayam tadi dibakar dengan api sederhana, sambil dibalik2kan. Sapu kuah pada keseluruh ayam tadi sambil terus dibakar hingga ayam masak. Angkat dan tuang baki kuah atasnya sebelum dihidangkan.

Monday, February 11, 2013

KEK COKLAT PUDING KARAMEL

Resepi yang telah lama disimpan akhirnya berjaya dibuat kakak petang tadi. Seronok sebab menjadi. Terima kasih tuanpunya blog home sweet home atas perkongsian resepi.

KEK COKLAT PUDING KARAMEL
Sumber : Chahaya Sheila


(A) Bahan (Gula Karamel) :-
  • 2 sudu besar gula pasir (jangan lebih, takut terlalu banyak lelehan pada kek nnt)
Cara-Cara:-
  1. taburkan pada dasar acuan silikon dan bakar pada suhu 180 C selama 5 - 8 minit/gula mencair perang keemasan (suhu bergantung kepada oven masing-masing. Oven akan berasap sekejap sebab kita bakar gula...jgn pelik lak yea...xpa kejap jer)
(B) Bahan Puding Karamel :-
  • 3 biji kuning telor
  • 1 cawan susu cair (*akak guna susu sejat Ideal)
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Cara-Cara:-
  1. Kacau sebati semua bahan (tak perlu kuat-kuat, kacau lembut jer)
  2. Tapiskan dan tuang atas gula karamel/gula hangus tadi.
  3. Bakar sekejap dalam oven dengan kaedah "bain-marie" (letak loyang kek dalam loyang berisi air) selama lebih kurang 20 minit hingga nampak mengeras sikit/pekat sikit permukaan puding tu...jangan terlampau keras lak, nnt takleh sebati dengan kek - (*akak set suhu 160 C je dan akak guna api atas bawah).
  4. Ketepikan dan sejukkan puding lebihkurang 30 minit....(sementara bakar tu sediakan adunan kek coklat.)
 (C) Bahan Kek Coklat:-
  • 1 cawan serbuk koko - akak guna brand Van Houten
  • 1 cawan susu cair - akak guna susu sejat Ideal
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 3/4 cawan gula (akak kurangkan sikit)
  • 1 cawan minyak masak *
  • 2 sudu besar mentega yang dilembutkan * (bahan * disebatikan bersama)
  • 3/4 cawan tepung gandum *
  • 1 sudu teh soda bikarbonat *
  • 1 sudu teh baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 4 biji telor - blend hingga halus

 Cara-Cara:-
  1. Campurkan dalam periuk serbuk koko, susu cair, susu pekat manis, gula, minyak masak dan mentega. Masak sambil dikacau selalu dengan api perlahan hingga semua bahan larut. Sejukkan sebentar.
  2. Masukkan telor yang telah diblend ke dalam adunan coklat, kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan senduk atau spatula jer. Kacau sebati semuanya.
  4. Tuang ke atas adunan puding karamel tadi perlahan-lahan (tuang atas sudu dulu di permukaan puding agar tidak pecah).
  5. Bakar pada suhu 160 C selama 1 jam secara "bain-marie" hingga kek masak sepenuhnya. Sejukkan lebihkurang setengah jam atau lebih baru diterbalikkan ke dalam pinggan sesuai.

Sunday, February 10, 2013

SOFT COTTON JAPANESE CHEESE CAKE

Kek yang sedap sangat, lembut dan gebu. Resepi dari Izzah muffin lover. Tima kasih kakak buatkan..

COTTON SOFT JAPANESE CHEESECAKE


Bahan-bahan : Loyang bulat 9 inci 

Bahan A:
250g cream cheese 
50g butter 
100 ml susu segar (fresh milk) @ susu cair 70ml + air 30ml 
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon @ 1 sdt esen vanila 
1/4 sdk garam 
60g tepung kek / tepung superfine @ guna tepung gandum, ayak 3 kali 
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch) 

Bahan B: 
140g gula kastor 
6 biji putih telur *izah guna 7 biji gred B
3/4 sdk jus lemon @ 1 sdt cream of tartar 

Cara-cara: 

Step I : Utk adunan A: 

Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Kacau2 dengan whisk sehingga sebati. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. 

Kemudian, campurkan ke dlm adunan cream cheese td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hingga sebati (gaul guna senduk kayu pun boleh, nak guna mixer pun boleh)

Step II : Utk adunan B: 

Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak) 

Step III : 

Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu kacau smpai sebati. 

Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 9 inci, yg digriskan bwhnye & dialas dgn kertas baking. Tepi loyang tak perlu gris ya. 

Tuang adunan kek dlm tin kek. Bakar kek dlm kira-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Waterbath = sediakan loyang yg lebih besar dari loyang kek, isikan air panas, kemudian letakkan loyang kek tadi di dalam loyang yg berisi air panas. 

Bakar hingga masak, test guna lidi ya, dah masak, off suis oven, renggangkan pintu oven sedikit dan biarkan kek di dalam hingga agak sejuk supaya kek tak mendap @ turun mendadak. Sisip tepi kek dan terbalikkan, hiaskan dengan filling kesukaan, sedap dimakan sejuk.