Sunday, June 30, 2013

KEK PISANG

Menghabiskan pisang yang dibawa dari kampung. Resepi dari CMG. Tq


BAHAN-BAHANNYA :-)

150 gram mentega atau marjerin (kalau guna marjerin rasa lain sikit) guna planta
200 gram tepung kek (mat guna tepung naik sendiri)*
1/4 camca teh soda bicarbonat*(*disatukan dan diayak)
100 gram gula perang (resipi asal 150 gram gula kastor) guna gula halus biasa
3 biji telur
100 ml susu segar
100 gram pisang, dilecek halus
Beberapa titik esen pisang
50 gram coklat urai (chocolate rice)
1/3 cawan pisang yang didadu besar semua lecek
1/4 cawan cincangan kacang gajus secukupnya xletak

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega, alas dadar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula perang hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan berkrim. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata.
  3. Masukkan pisang lecek dan esen pisang gaul dengan spatula. Tambah coklat urai dan pisang yang telah didadu tadi, gaul hingga semua rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan tabur dengan cincangan kasar kacang gajus.
  4. Bakar selama 40 - 50 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan untuk minum petang....

Saturday, June 29, 2013

UDANG GORENG NESTUM



Resepi simple untuk makan malam.

Udang dikopek kulit, buang urat hitam. Gaul dengan garam dan lada sulah.
Celup dalam  telur yang dipukul , golek2 dalam campuran nestum dan oat.
Goreng... dah siap. Memang sedap.

Wednesday, June 19, 2013

KARIPAP SARDIN

Buat karipap sardin atas permintaan anak bongsu. Tengok resepi Azie Kitchen terus buat, tapi inti buat sendiri. Tq Azie Kitchen, karipap memang cantik tapi berjerawat sikit. Mungkin ada salah teknikal kot.


Karipap Sardin

Bahan Kulit:

1/2 kg tepung gandum
1/2 cawan majerin yang dicairkan
225ml air  dari peti ais
Garam

Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam bekas yang besar. Buat lubang tengah-tengah timbunan tepung. 
Panaskan majerin atas api yang kecil hingga mendidih. Tuangkan majerin yang dah dicairkan tadi. Gaulkan dengan sudu sehingga bancuhan tepung menjadi seperti serbuk roti.
Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga mendapat tahap kelembutan yang sesuai. Doh menjadi lembut dan tidak melekat pada tangan.
Masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti ais sekejap.


 Bahan Inti Sardin:

1 tin sardin cap Ayam Brand
3 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1-2 biji ubi kentang - potong dadu
1 biji bawang besar - potong dadu
1 biji cili merah - hiris
Sedikit cili kisar (ikut pedas disukai)  
Daun sup/daun bawang
Garam secukupnya

Sardin diasingkan ikan dan kuahnya. Hancur hancurkan isi ikan. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan ubi kentang dan masak sehingga agak lembut.
Masukkan isi ikan, bawang besar dan cili merah. Goreng sehingga masak.
Akhir sekali, masukkan garam dan daun sup. Jika terlalu kering, masukkan sedikit kuah sardin. Biarkan sejuk seketika.


Cara cara menyediakan karipap:

Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan canai di atas papan pencanai yang ditaburkan sedikit tepung gandum. Tekap dengan acuan atau dengan gelas.
Masukkan inti sardin yang telah disejukkan. Tekan tekan di bahagian tepi sebelum dikelim.
Goreng di dalam minyak panas yang banyak hingga tenggelam dengan api yang perlahan. Sentiasa dibalik balikkan dengan perlahan.

Monday, June 17, 2013

PUDING TRIFLE


Buat triffle lagi sekali. Colouring merah dah habis stok guna colour kuning je. Resepi di sini .

Saturday, June 15, 2013

TALAM GULA MERAH

Resepi dari buku chef Liza 1 hari 1 resepi. Memang menjadi walaupun baru pewrtama kali mencuba buat talam. Berjaya juga kakak membuatnya. Tq .


Bahan A ( lapisan bawah ) - gula merah:
1 cwn gula merah1/2 cwn gula pasir*
5 cwn air*
2 helai daun pandan disimpul*
( * dimasak hingga mendidih, sejukkan )
2 cwn tepung gandum
2 sudu makan tepung ubi
garam secukup rasa

Bahan B ( lapisan atas ) - tepung bersa
3 cwn santan pekat
1 cwn tepung beras
1 sudu teh garam

1. Panaskan kukusan, sapu loyang dengan sedikit minyak.
2. Gaul bahan A. Tapis dalam kuali tak lekat dan panaskan seketika.
3. Tuangkan dalam loyang dan kukus 20 minit.
4. Apabila masak cakar2 permukaan dengan garfu.

Lapisan Atas :
1. Gaulkan bahan B dan tapis. Masdak hingga naik wap sahaja.
2. Tuang perlahan2 ke atas adunan pertama tadi.
3. Kukus 20 minit atau hingga masak.
4. Sejukkan dahulu sebelum potong.