Thursday, December 19, 2019

SAMBAL BUNGA KANTAN


Bahan-bahan:
Bunga kantan
Bawang merah
Cili padi
3 cawan air
Ikan bilis digoreng

Caranya:
1. Gorengkan bawang merah dan cili padi. Setelah layu, kisar kasar.
2. Kemudian, tumis semula bahan kisar tadi. Setelah naik bau, masukkan bunga kantan dan air.
3. Masak hingga naik minyak.
4. Setelah sambal sejuk, masukkan ikan bilis goreng supaya kekal garing.
5. Siap. Boleh dimakan bersama nasi panas.

Thursday, December 12, 2019

KUIH BAKAR PANDAN



Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 suku cawan gula
2 cawan santan
3 setengah cawan air daun pandan
Secubit garam

Caranya:
1. Sapu marjerin dalam loyang tebal-tebal.
2. Kacau semua bahan. Tapis dan bakar.
3. Bakar sehingga anda berpuas hati dengan keraknya.

Resepi dari Puan Nuraishah binti Ibrahim di group facebook Masak Apa Hari Ni


Sunday, October 6, 2019

IKAN SIAKAP STIM ALA THAI HANIS ZALIKHA


Bancuh :
1 cawan air panas + 1 kiub pati ayam
1 sudu sos tiram
2 sudu sos ikan
6 sudu gula perang
Batang ketumbar hiris
1 biji besar limau nipis [perah]
5 biji bawang putih tumbuk halus
3 cili padi hiris

Sumbat ikan :
5 bawang putih hiris
4 batang serai ketuk
Daun ketumbar

Hiasan akhir :
1 biji limau nipis [hiris untuk hiasan]
5 biji bawang putih [cincang dan goreng]

Ikan dikelar dan sumbatkan bahan2 sumbat di celah kelaran dan di dalam perut ikan.
Curahkan bahan bancuh dan kukus ikan hingga masak.
abur bahan hiasan di atasnya bersama2 minyak gorengan bawang putih.

Wednesday, August 21, 2019

APAM BALIK JAGUNG


Bahan A:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 sudu teh serbuk penaik
1/2 sudu teh garam

Bahan B:
2 cawan susu segar / 1 cawan susu cair + 1 cawan air
1/2 cawan minyak masak
2 biji telur

Bahan C:
1 tin jagung

Caranya:
1. Gaulkan bahan A.
2. Masukkan bahan B dan kacau rata.
3. Panaskan kuali non stick dan sendukkan adunan. Ketebalan ikut citarasa masing-masing.
4. Apabila hampir masak, letakkan jagung, gula dan kacang tanah.
5. Lipatkan dan sedia dihidang.


Sunday, August 11, 2019

BIHUN SOTO



Hidangan mudah tapi sedap di pagi Aidil Adha bersama keluarga ^^

Tuesday, July 9, 2019

TELUR BISTIK

Resepi dari Khairulaming :)


Bahan-bahan:
1/2 biji bawang holland
3 ulas bawang putih
100gm ayam
1/2 cawan air
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
1 sudu sos tiram
Mixed veggies
Cili
Garam secukup rasa

Caranya:
Tumis bawang hingga masak dan masukkan ayam. Tuangkan air.
Masukkan kesemua sos, gaul hingga sebati.
Masukkan mixed veggies, cili dan garam.
Goreng telur dadar dan tuangkan bahan tumis di atas telur.
Siap untuk dimakan dengan nasi putih.


Saturday, June 15, 2019

KUIH KASWI



Resepi dari zulfadreamland.blogspot.com
Terima kasih :)

Bahan-bahan:
1 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
Daun pandan

Masak gula hingga cair dan sejukkan. Kemudian campurkan dengan :

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1 sudu besar air kapur (bancuh kapur dengan air dan biarkan mendap dan ambil airnya yang jernih untuk mengelakkan rasa pedo)
2 sudu besar kicap pekat/ masin/manis

Kacau sebati dan tapis adunan suapaya tiada tepung yang berketul.
Minyakkan loyang dan panaskan pengukus.
Kacau adunan dan tuang dalam loyang.
Kukus selama 30 minit kalau guna besar dan 15 minit untuk loyang kecil



Sejukkan dan potong.
Gaul dengan kelapa parut yang digaul sedikit garam.

Friday, May 31, 2019

IFTAR 26: GRILL SALMON


Caranya:
1. Perapkan salmon dengan sos worcestershire dan lada hitam dan gril.
2. Brokoli dan lobak merah dikukus seketika. Peraskan dengan garam.
3. Hidangkan bersama nasi goreng biasa dan kentang goreng.

Sangat mudah, sihat dan sedap! :)

Wednesday, May 15, 2019

SAHUR 10: SOLOK LADA


Bahan-bahan:
lada hijau 10 biji ( kalau tak nak pedas belah memanjang tapi jgn sampai putus dan buang biji)
kelapa parut 1/2 biji atau 1 cwn desiccated coconut/kelapa kering (dicampur dgn air panas,kacau dan panaskan sekejab dlm microwave) - guna kelapa parut
* ikan 2 ekor ( yg tlh dikukus/rebus-ambil isinya)
* santan cair secukupnya utk merebus solok lada
* 7-9 biji lada hitam- tumbuk
* 4 ulas bawang merah
*1 biji telur saiz kecil - pukul sedikit - tak letak
*garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
1. Tumbuk lada hitam,halia,bawang merah dan ikan hingga separuh lumat dan masukkan kelapa dan tumbuk lagi sekejab.
2. Gaul bahan-bahan tersebut dgn gula dan garam dan telur (masukkan telur sikit,tengok kalau 1/2 telur dah cukup utk dikepal bahan-bahannya tak perlu letak semua telur)
3. Isikan bahan yang digaul ke dalam lada padat2
4. Susun dalam periuk dan masukkan santan. Masak sampai mendidih dan lada empuk.


Tuesday, May 14, 2019

IFTAR 9: PAPRIK AYAM THAI & POPIA KETAM CHEESE

Menu untuk iftar hari ini:
 nasi goreng paprik ayam dan popia ketam cheese oleh dua anak dara saya.
Jom kita cuba :D



Bahan-bahan paprik ayam that:
Dada ayam dipotong kecil (lumur garam kunyit)
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm halia
1 batang serai diketuk
3 helai daun limau purut
2 sudu besar cili boh
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar pes tomyam
Garam
Air

Caranya:
1. Gorengkan ayam hingga separuh masak.
2. Tumis bawang dan halia yang ditumbuk, masukkan cili boh, serai dan daun limau purut.
3. Masukkan kesemua sos-sos, kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan isi ayam dan sayuran piihan (kacang hijau, lobak merah, kobis putih, bawang holland).
5. Perasakan dengan garam dan air.Kacau hingga sedikit pekat dan siap!


Bahan-bahan popia ketam cheese:
Kulit popia
Isi ketam frozen dipotong 2 memanjang
Keju mozarella

Caranya:
1. Di atas kulit popia, susunkan separuh isi ketam, dan taburkan keju mozarella.
2. Tutupkan rapat-rapat dan gamkan dengan bancuhan telur supaya isi tidak melimpah ketika goreng.
3. Goreng dengan minyak yang panas ddan api sederhana.
4. Siap! Sedap dimakan panas-panas dan dicicah sos cili.

Selamat mencuba :)



Friday, January 11, 2019

KEK FRUIT PASTRY

Resepi dari adik Danish Harraz :)


Bahan-bahan:
226 gm tepung naik sendiri
160 gm gula kastor
150 gm butter (cairkan dan sejukkan sedikit)
3 biji telur gred A
100 ml buttermilk/ sour cream
1 sudu teh esen vanilla
Parutan lemon zest dari 1 biji lemon (parut kulit yang kuning sahaja)
500 gm buahan segar (jika guna buah dalam tin keringkan sebelum guna)

Caranya:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 160 darjah. Gris dulang pembakar berukuran 9" dengan butter dan baking paper.
2. Masukkan tepung naik sendiri, gula, melted butter, telur, lemon zest, buttermilk dan esen vanilla.
3. Kaup balik guna senduk kayu sehingga sebati (jangan overmix).
4. Tuangkan adunan ke dalam baking tray.
5. Susunkan buahan secara perlahan dan bakar selama 40-50 minit. Hiaskan dengan gula aising sebelum dihidang. Sangat enak dan lembut.

Cara membuat buttermilk:
1. Masukkan 1 sudu besar jus lemon ke dalam measuring cup.
2. Tuang fresh milk sehingga bancuhan cukup 100 ml.
3. Biarkan selama 5-10 minit sebelum digunakan.


Selamat mencuba! ^^