Saturday, February 18, 2012
APAM DOT-DOT
Resepi yang dah lama nak buat, akhirnya berjaya dibuat oleh kakak. Tq Mamasya atas resepi. C & P saja.
Apam Dot Dot (Resepi 2)/Apam Strawberry
Sumber; Dapurmamasyablogspot
Bahan
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovallete
2 sudu esen vanilla
1 cawan susu segar ( guna susu cair yg dicampur dgn sikit air )
2 cawan self raising flour ayak terlebih dahulu ( guna tepung gandum je )
Jem strawberry -(utk mudah masukkan inti jem ke dlm plastik,gunting sedikit hujung/muncung ) - ( x letak inti pun )
pewarna yg disukai.
Cara.
1.Panaskan pengukus
2. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang dan bewarna putih.
3. Masukkan susu segar, gaul sebati
4. Masukkan tepung, sebatikan
5. Bahagikan adunan kpd 3 bahagian mengikut warna yg disukai.Isikan adunan kedlm beg plastik utk memudahkan mengisi dlm acuan.Letakkan alas mangkuk kertas dlm acuan (boleh guna acuan lompang atau tat).
6. Masukkan separuh adunan dalam acuan, kemudian masukankan sedikit jem strawberry,dan masukan lagi adunan keatas jem tadi sampai penuh.Hiaskan dot-dot ke atas adunan yg penuh itu mengikut kreativiti.
7.Kukus selama 10-15 minit dg api sederhana.(balut tutup kukusan)
** kukus sekejap saja, api jangan kuat, nanti jd apam mekar **
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment