Tuesday, December 26, 2017

CHEWY BROWNIES




Bahan A:
115 gm butter
250 gm dark chocolate
30 gm serbuk koko

*Cairkan menggunakan teknik double boiler

Bahan B:
3 biji telur Gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm gula perang
100 gm gula kastor

*Dipukul rata menggunakan whisk

Bahan C:
95 gm tepung naik sendiri /
90 gm tepung gandum + 1 sudu besar baking powder (jika tiada tepung naik sendiri)

Cara-cara:
1. Masukkan bahan A ke dalam bahan B, gaul rata. Masukkan bahan C sedikit demi sedikit. Kacau rata.
2. Panaskan oven 180 darjah celcius. Sapukan majerin pada loyang sebelum dilapiskan dengan kertas pembakar. Tuangkan campuran brownies ke dalam loyang.
3. Turunkan suhu kepada 140 darjah dan bakar selama 35-40 minit. Penting untuk turunkan suhu supaya kedut brownies lebih cantik :)



Hiaskan dengan milk coin/ chocolate syrup/ caramel ikut cita rasa :)


Tuesday, November 14, 2017

POPCORN CHICKEN

Goreng popcorn chicken menggunakan tepung goreng Bestari yang viral di blog masakan akhir-akhir ni. Boleh dibeli di pasaraya berdekatan. Memang sedap dan senang :D


Bahan-bahan:
Ayam dada dipotong kecil
Lada sulah
Tepung goreng Bestari (saya guna perisa pedas)
Telur

Cara-cara:
1. Salut isi ayam dengan lada sulah.
2. Celup isi ayam dengan tepung - telur - tepung, untuk salutan yang lebih tebal dan rangup.
3. Goreng dalam minyak penuh sehingga garing. Siap :)



Tepung goreng Bestari perisa pedas



Saturday, November 11, 2017

IKAN SIAKAP ALA THAI


Bahan-bahan:
Seekor ikan siakap
Garam dan lada hitam
Tepung jagung

Bahan sos:
6 biji cili hijau
3 biji cili merah
4 ulas bawang putih
Sos ikan
Gula
Air secukup rasa

Daun bawang sebagai hiasan

Cara-cara:
1. Siang dan potong ikan siakap, perapkan seketika dengan garam dan lada hitam.
2. Salutkan dengan tepung jagung dan goreng garing.
3. Untuk sos, kisar bawang dan cili.
4. Tumis bahan kisar hingga naik bau, masukkan sos ikan, gula dan air secukup rasa.
5. Tutup api. Masukkan daun bawang yang dihiris kasar. Kacau seketika. Siap! Taburkan sos di atas ikan yang digoreng tadi. Enak dimakan dengan nasi panas :)



Tuesday, September 26, 2017

KUIH TEPUNG BUNGA

Resepi diambil dari instagram Raffie Yusoff. Terima kasih. Sangat mudah, kenyal, manis dan lembut. Selamat mencuba!





Bahan-bahan :
200 gm tepung pulut
200 ml santan kotak (kalau doh masih keras tambah sedikit)
Sedikit garam
(Uli sehingga menjadi doh yang senang digentel)

Cara-cara :
Gentel bulat-bulat kecil dan picit di bahagian tengah
Pukul seiji telur, celup dan goreng hingga kuning keemasan
Toskan dan gaul sehingga gula rata. Siap! :)


Tuesday, June 13, 2017

IFTAR 18 : MURTABAK POPIA



Bahan-bahan :
1/2 paket ayam kisar
1 biji bawang besar dipotong dadu
3 ulas bawang putih
Serbuk kari ayam
Garam gula secukup rasa
Kulit popia secukupnya
1 biji telur

Cara :
1. Tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan serbuk kari ayam, tumis sehingga naik minyak.
3. Masukkan ayam kisar, gaul rata, perasakan dengan garam gula.
4. Sejukkan seketika dan gaul dengan sebiji telur.
5. Lapiskan inti ayam diantara kulit popis dan goreng garing dengan minyak sedikit.
6. Potong mengikut citarasa dan siap!


Sunday, June 11, 2017

IFTAR 16 : NASI AYAM CHEF WAN


Bahan-bahan nasi :
1/2 cawan marjerin
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia muda
1 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan diikat simpul
4 cawan beras biasa/ beras wangi/ beras basmathi
5 1/2 cawan air rebusan ayam
Sedikit garam

Cara - cara :
1. Panskan periuk nasi atas dapur. Cairkan marjerin dan sedikit minyak. Tumis bawang, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang hingga naik bau.
2. Masukkan beras yang telah dibasuh, goreng sebentar dan perasakan dengan garam. Masukkan air rebusan ayam dan biar menggelegak seketika. Masukkan daun pandan. Kacau sekejap-sekejap dan pindahkan pada bekas elektrik nasi. Biarkan masak seperti biasa.



Bahan-bahan ayam :
1 ekor ayam dipotong 4 bahagian (direbus sehingga separuh masak)
1 sudu besar lada hitam diksar
2 cm halia ditumbuk
2 ulas bawang putih ditumbuk
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar marjerin

Cara-cara :
1. Lumurkan ayam dengan halia, bawang, lada hitam kemudian baru dicampur kicap dan marjerin.
2. Bakar selama 30-40 minit dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah celcius.

Bahan-bahan sos cili :
5 biji cili merah
1 kiub pati ayam
2 biji tomato
2 ulas bawang putih
Garam dan gula secukup rasa

Semua bahan dikisar sedikit kasar

Bahan kicap pedas :
5 biji cili padi ditumbuk dan masukkan kicap, gaul rata.

Sup :
Menggunakan air rebusan ayam tadi, perasakan dengan garam dan kiub ayam. Hiaskan dengan daun sup, daun bawang, bawang goreng dan perasakan dengan limau nipis.


Friday, June 9, 2017

IFTAR 14 : AKOK

Resepi akok yang sangat mudah dan sedap. Selamat mencuba! :)



Bahan-bahan :
5 biji telur
200 ml pati santan
100 ml air
150 gm gula melaka
30 gm tepung gandum
3 daun pandam (disiat-siat)
2 cubit garam halus

Cara-cara :
1. Masak air bersama gula melaka dan daun pandan hingga mendidih. Tututpkan air.
2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur dan tepung. Blender sehingga rata. Tapiskan.
3. Panaskan oven pada suhu 200C. Panaskan acuan bahulu/ muffin ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih akan megembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.




Sunday, May 28, 2017

IFTAR 2 : MEE BANDUNG

Resepi dari Azie Kitchen. Terima kasih :)



Bahan-bahan :
1 bungkus mee kuning - celur
4-6 ekor udang basah
1-2 ekor sotong - potong bulat
50 gm udang kering
1/4 cawan kacang tanah gorang - tumbuk
Sawi
Air rebusan daging (guna 1 kiub ayam)
4 biji telur
Gula dan garam

Bahan kisar :
1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering

Bahan hiasan :
3 keping tahu goreng - hiris nipis
Bawang goreng
Hirisan cili merah
Limau nipis

Cara-cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak. Masukkan udang kering yang telah diblend hingga naik bau.

2. Masukkan air rebusan daging, kacang, udang basah, hirisan daging dan sotong. Didihkan, masukkan gula dan garam.

3. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur separuh masak. Masukkan sawi.

4. Tutup api. Curahkan kuah ke atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tahu goreng, hirisan cili dan limau nipis. Siap untuk dimakan :)


Saturday, May 27, 2017

IFTAR 1 : KUIH CARA MANIS



Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
Air secukupnya
Secubit garam
Pewarna hijau

Cara-cara :
Bancuh semua bahan di atas. Kacau rata. Cairnya agak-agak seperti bancuhan goreng pisang. Masukkan ke dalam acuan separuh, tabur gula dah tekup penuh acuan. Tutup acuan dan biar sekejap hingga masak. Siap. Sangat mudah dan enak :)


Wednesday, May 17, 2017

KERABU KACANG BOTOL



Bahan-bahan :
Kacang botol dihiris nipis
Bawang besar
Cili padi
Cili merah
Udang kering (rendam sekejap dan tumbuk)
Garam dan gula
Air asam limau

Campurkan semua bahan. Gaul sebati. Rasa. Siap!


Sunday, April 23, 2017

KOREAN GRILLED CHICKEN

Resepi diambil dari instagram Hanis Zalikha. Memang sedap. Selamat mencuba :)


Bahan-bahan :
5 biji bawang putih
3 ketul bawang merah
1/2 biji buah pear
4 sb sos tiram
3 sb madu
2 sb maple syrup
Minyak bijan
Black pepper
Garam

Cara-cara :
1. Kisarkan bawang dan buah pear. Campurkan bahan lain kedalam kisaran.
2. Masukkan black pepper dan garam secukup rasa.
3. Perap selama 30 minit atau lebih.
4. Sedia untuk digril! 


Friday, April 21, 2017

AYAM SOS TIRAM


Bahan - bahan :
Ayam gaul bersama garam dan serbuk kunyit (digoreng)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
Sos tiram secukup rasa
Garam
Gula
Daun bawang (untuk hiasan)

Cara - cara :
1. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih.
2. Masukkan sos tiram secukup rasa.
3. Masukkan ayam.
4. Masukkan air jika mahukan kuah.
5. Masukkan garam dan gula.
6. Hiaskan dengan daun bawang.


Friday, April 14, 2017

KEK GULA HANGUS


Bahan - bahan gula hangus :
2 cawan gula
2 cawan air panas mendidih
3 sudu besar mentega

Bahan kek :
7 biji telur
2 cawan tepung (ayak)
1/2 tin susu pekat
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 susu kecil esen vanila

Cara - cara :
1. Cairkan gula dan air, kemudian tambah mentega untuk gula hangus.
2. Pukul telur, bubuh susu dan esen vanila.
3. Ayak tepun dan masukkan dalam adunan.
4. Kacau rata dan masukkan gula hangus.
5. Bakar 1 jam hingga 1 1/4 jam (180 darjah celcius).



Tuesday, April 11, 2017

DONAT GEBU



Bahan - bahan :
1 kg tepung
1 paket yis
1/2 sudu besar susu pekat
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan minyak
2 1/2 cawan air

Cara - cara :
1. Larutkan garam, susu pekat dan air.
2. Gaulkan yis dan tepung.
3. Satukan minyak, gaul rata.
4. Satukan cecair, gaul rata gunakan hujung jari.
5. Rehatkan 15 hingga 20 minit,
6. Uli semula selama 2 hingg 3 minit hingga tidak melekat.
7. Bahagikan adunan menjadi bebola kecil.
8. Buat lubang di tengah-tengah bebola.


9. Biarkan 30 minit.
10. Goreng dan sejukkan sebelum digaul dengan gula (gula pasir / gula perang).