Wednesday, July 31, 2013

TRUFFLE CHOC ALMOND


Biskut untuk raya dari blog Mamasya. Tq.


Truffle Chocolate Cookies
Sumber ; resipicitarasawan.blogspot....t.kasih kak Wan..

Bahan A
160gm mentega
1/8 tsp esen vanila
60gm gula ising

Bahan B
180gm tepung gandum
15gm serbuk koko
40gm tepung jagung
50gm kacang tanah di kisar halus
1/8 tsp baking powder

Bahan C - Hazelnut atau chocolate chips untuk isian dalam doh.- inti guna cho chip

Hiasan : Coklat masakan, hazelnut/kacang tanah cincang, cawan kertas.


Cara-cara :
1. Pukul bahan A hingga berkrim, masukkan bahan B dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Ambil 1 sudu teh doh, masukkan hazelnut dan bulatkan kembali.
2. Susun dalam loyang pembakar yang telah di gris dan bakar pada suhu 150C selama 20 minit atau keperangan.
3. Sejukkan dahulu dan celup biskut ke dalam coklat masakan cair, masukkan ke dalam cawan kertas, tabur dengan bahan hiasan atau yang di sukai.

*** Adunan yang dicampur serbuk kekacang biasanya agak kering selepas 2 jam, uli semula dengan sedikit mentega hingga lembut.

Monday, July 22, 2013

UDANG PEDAS BERMAYONIS


Lauk untuk berbuka. Memang sedap sangat, selongkar dapur Kak Nor Secubit Garam. Malas nak translate. Copy paste je lah...hehe. Tidak rugi mencuba.


HOT & SPICY MAYONNAISE PRAWN FRY 
recipe : Love2cook
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients :~
(A)
1 kg large prawn ~ skinned & veined, leave the tail intact
1 egg ~ beaten
1 tbsp oyster sauce
2 tbsp cornstarch
1 tsp salt

(B)
2 cm ginger ~ chopped
5 lemongrass stalks ~ sliced lengthwise
10 - 15 nos bird's eye chilli ~ chopped ( reduce or add as you wish )
3 - 4 tbsp chilli sauce / Thai chilli sauce
1 tsp sweet soy sauce
1/2 cup water
salt
1 1/2 tbsp mayonnaise
cooking oil

Method :~
In a bowl, mix together ingredients (A) and let to marinate for 15 minutes.
Fry the marinated prawn in oil until golden. Strain on a separate plate.
Reduce oil, stir fry ginger and lemongrass until fragrant. Add bird's eye chilli and mix.
Add chilli sauce and sweet soy sauce, stir. Add water and salt, let the gravy boil.
Mix in the fried prawns.
Quickly add mayonnaise and mix thoroughly. Ready to serve. ;)

Sunday, July 21, 2013

LASAGNA


Memang dah lama nak cuba buat lasagna. Kali ni jumpa kulit lasagna kat tesco terus ambil. Alhamdulillah berjaya juga buat setelah survey² resepi kat dapur maya. Ubahsuai intinya dengan bahan² yang ada kat rumah. Janji sedap.


Bahan - bahan :

1 kotak lasagna - takguna semua pun
                          celur sekejap bagi lembut
Inti :
1 paket ayam kisar Ramly
1 bawang besar
3 bawang putih
serbuk lada hitam
tomato puri
tomato sos
cili sos
oregano - semua ni agak² je la.

Sos putih :

1/2 liter susu segar
2 - 3 camb tepung gandum
2 camb butter
serbuk lada hitam
garam secukupnya
gula sedikit jika suka
2 keping keju cheesedale
mozarella cheese

Inti :

Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Masukkan ayam kisar,  kacau hingga agak kering airnya.
Masukkan sos², gaul sebati. Masukkan garam, gula dan rasa.
Biarkan hingga hampir kering.

Sos putih :

Panaskan butter, masukkan tepung. Kacau² sekejap.
Bubuh susu, kemudian masukkan cheesedale. Biarkan hingga agak pekat sambil dikacau.
Bubuh garam, serbuk lada hitam dan sedikit gula.
Angkat dan sejukkan.

Panaskan oven 180 C selama 10 minit.

Sapu acuan dengan sedikit butter, ratakan inti dulu.
Tuang sos putih biar meliputi.
Tabur mozarella cheese.
Lapiskan kulit lasagna, lapis inti seperti tadi hingga habis.
Diakhiri dengan sos putih dan mozarella.
Bakar selama 30 - 40 minit.


Monday, July 15, 2013

BEGEDIL TAHU BERUDANG


Resepi sendiri , buat untuk berbuka dan sahur sekali.


Bahan - bahan :

3 keping tahu *
Udang kecil secukupnya - buang kulit *
2 bawang putih *
3 biji kentang - potong wedges , goreng *
1 bawang besar - dadu
serbuk lada sulah
garam
sedikit tepung jagung
1 biji telur dipukul ringan
daun sup dan daun bawang hiris

Cara - cara :

Semua bahan bertanda * ditumbuk berasingan.
Gaul kesemua bahan hingga sebati.
Bulat²kan, celup telur dan goreng kekuningan.

Sangat mudah janji sedap.


Sunday, July 14, 2013

PUDING OREO LAPIS MILO


Puding yang dibuat untuk berbuka 5 Ramadhan. Kebetulan anak - anak balik bercuti semuanya, sempat jugak bawa ke asrama untuk berbuka. Resepi dari Dapur Mas Duniaku, tq. Kejadiannya tak secantik Mas tapi memang sedap rasanya.


Agar-Agar Milo Lapis Oreo


Bahan :


( Saiz: 8" persegi )
1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar

750ml Air
160g Gula - Mas ikut Ayu 140g gula
1 tin @ 400g  Susu Cair
3/4 cup Serbuk Milo
1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis

Cara :

1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.
Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.


2. Asingkan 2 cwn  ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.



3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.

Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
Taburkan biskut oreo.
Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.


4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.



TIPS UNTUK MELAPIS:


-  Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
-  Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.




Saturday, July 13, 2013

NASI ARAB MANDHI

Juadah Iftar ke 4, resepi di sini cuma tambah salad.


Salad :
Daun salad , celeri, timun, tomato dipotong halus. Bancuh dengan minyak zaitun,cuka epal, garam dan gula secukupnya. Gaul sebati.

Klik sini untuk resepi nasi arab mandhi dan ayam.




Sunday, July 7, 2013

CHILLI CRAB


Resepi : Dapur Kak Jee


Bahan-bahan : 

5 ekor ketam (dibersihkan dan belah dua) 
4 ulas bawang putih diketuk 
1 inci halia diketuk 
2 sudu besar cili kering kisar (ikut suka kepedasannya) 
2 sudu besar cili sos 
2 sudu besar hoisin sos (boleh guna sos tiram)
kicap nampla (sos ikan) atau garam secukup rasa 
sedikit aji 
2 butir telor ayam 
daun bawang dipotong 2 inci 

Cara-cara : 

Panaskan minyak dan goreng ketam separuh masak. Tepikan. 
Ambil minyak gorengan ketam tadi sebanyak dua sudu. Tumis bawang putih dan halia yang telah diketuk sampai agak garing. 
Kemudian masukkan cili kisar dan goreng hingga agak garing. Guna api sederhana. 
Lepas tu, tuanglah air ikut suka. Kalau nak lebih kuah, bubuhlah lebih sikit tapi janganlah sampai banjir lak. Masukkan sos cili dan sos sos hoisin (atau sos tiram). Kacau hingga rata dan kuahnya mengelegak.
Kemudian bubuhlah garam atau sos ikan (nampla) secukupnya. Kalau suka bubuhlah jugak pak aji yang naik motor tu. 
Selepas itu, masukkan ketam dan golek²kan sehingga sebati kuah dan ketam. 
Taburkan daun bawang. dan terus tuangkan dua biji telor yang telah dipukul manja dengan garfu. Kacau manja² dan terus tutup air. Kalau nak lagi pedas, sebaik sahaja api dipadam, taburkan juga cili padi yang telah dipotong kecik².



Thursday, July 4, 2013

MURTABAK CREAM CRACKER


Resepi yang dah lama nak buat, asyik tertangguh je. Resepi dari Yatie Memories. CnP , terima kasih Yati atas perkongsian resepi. Dah tak payah makan malam, makan ni pun dah kenyang..


Bahan-Bahan:-(loyang 9x9x3inci)

  • 18 keping biskut krackers (Yatie guna 27 keping sbb buat 3 lapis)
  • 500 ml santan (*Yatie letak 400 ml je)
  • 1 tin susu cair (Yatie letak 1 cawan je)
  • 6 biji telur

Untuk Lapisan Daging
  • 400 gm ayam/ daging kisar - guna ayam kisar
  • 3 biji bawang besar dicincang halus
  • 1 paket kecil serbuk kari daging- Yatie letak 3 sudu besar
  • 7 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang lobak merah diparut - xletak sbb xde stok
  • 1 tangkai cili merah- di cincang (Yatie tambah)
  • daun bawang daun sup dicincang
  • 3 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa, sedikit gula

Cara Masak Inti
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia hingga halus. Campurkan pada rempah kari sehingga menjadi pes basah.
  2. Panaskan minyak tumis pes basah sehingga gareng dan naik baunya. Masukkan bawang besar dan daging cincang.
  3. Masukkan 1/4 cawan air dan masak sehingga daging empuk.
  4. Masukkan garam, lobak merah dan daun bawang dan daun sup. Angkat dan sejukkan.

Cara Buat Lapisan Kraker.
  1. Rendamkan 9 keping krackers dalam campuran susu dan santan tadi. Rendam dlm 1 minit je.
  2. Oleskan 9 x 9 dulang pembakar dengar mentega.
  3. Susun krackers yang telah dicelup tadi ke dalam loyang.
  4. Lapiskan dengan lapisan daging.
  5. Pukul ringan telur dan tuangkan separuh dari telur ke atas lapisan daging tadi.
  6. Susun lagi krackers atas lapisan daging dan telur tadi.
  7. Tuangkan lagi separuh dari susu tadi.
  8. Ulangi proses lapisan sehingga habis, lebih kurang tiga lapis.
  9. Akhir sekali tuangkan baki susu sehingga habis. Bakar selama 45 minit pada kadar 190C. (Yatie buat 2 lapisan daging dan 3 lapisan biskut kraker, bahagian atas di akhiri dengan biskut krakers)

Tuesday, July 2, 2013

KUIH KASWI


Resepi kali ni tengok Azie Kitchen. Tq Azie atas perkongsian resepi.


Bahan bahan

1 cawan gula
1 cawan gula merah/gula melaka
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
3 sudu besar air kapur
5 cawan air
1/2 sudu kecil nescafe atau kicap pekat
1/2 biji Kelapa parut
1 sudu kecil garam


Cara-cara

Masak 2 cawan air dengan gula pasir dan gula merah. Ketepikan.

Campurkan kesemua jenis tepung dan bancuh dengan 3 cawan air. Masukkan air kapur dan sedikit kicap pekat. (Nota: boleh juga menggunakan tepung gandum menggantikan tepung beras)

Tuang air gula ke dalam bancuhan tepung. Kacau rata. Tapis dan tuang dalam acuan yang telah dilenser minyak dan dipanaskan terlebih dahulu.

Kukus selama 30 hingga 40 minit.

Potong bila dah betul betul sejuk dg menggunakan pisau plastik atau pisau yang dibalut dengan plastik.  

Gaul kuih yang dipotong dengan kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam. Jika suka, boleh juga dikukus kelapa parut tersebut sekejap supaya tahan lebih lama.