Tuesday, July 31, 2012

AYAM PANGGANG HALIA

Resepi dari home sweet home. Tq K.Umi atas perkongsian resepi yg sedap ini. C n P je.

AYAM BAKAR / PANGGANG HALIA
Resepi: Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)
Dirujuk dan Olahan Cara : Ummi @ Home Sweet Home


Bahan Utama:-
  • 1 ekor ayam (saiz sederhana) - guna ayam kampung
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
  • 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah
  • Cara Memasak:-
  • Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  • Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  • Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...)
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
  • Hidangkan bersama salad dan timun. (Akak makan dengan Nasi Bukhari dan kari daging.) - Memang sedaaappp ayam ni...selamat mencuba!!
  •  Makan ngan nasi putih je..

Monday, July 30, 2012

BUBUR BUTIR NANGKA

Tengok dari dapur Kjee. Walaupun selalu buat tapi refer juga untuk resepinya. tq Kjee.


BAHAN2NYA:

4 cawan tepung pulut
3 cawan santan pekat
gula ikut citarasa
sedikit garam
pewarna
daun pandan.

CARANYA:

Tepung pulut dicampur secubit garam dan diayak ke dalam bekas. Kemudian bubuhlah air sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan. Bagilah tiga bahagian. Warnakan ikut suka.

Masak air setengah periuk. Bila air sudah hendak mendidih, mulakan dengan satu warna dulu. ambil sedikit atau sebesar guli kaca, bulatkan dan leperkan. Terus campak perlahan2 ke dalam air panas tadi. Guna api sederhana sahaja. Apabila satu warna sudah siap, keluarkan dengan menggunakan sudip yang berlubang2 dan masukkan ke dalam satu bekas yang diisi dengan air sejuk (air paip). Ulang membuatnya sampai habis semua doh. keluarkan dan masukkan dalam bekas air sejuk tadi.

Masukkan santan, gula dan sedikit garam ke dalam periuk bersama daun pandan yang telah disimpul. Biarkan santan mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak pecah santan. Kemudian masukkan semua pulut tadi yang telah ditoskan airnya. kacau perlahan2, selama kira-kira 7 minit, rasa dan tutup api. alihkan periuk dari dapur. itu jer. minum petang yang simple dan murah belanja. selamat mencuba.

(BUTIR NANGKA YANG TELAH DIREBUS, DIMASUKKAN KE DALAM BEKAS MENGANDUNGI AIR BIASA SUPAYA IA TIDAK MELEKAT ANTARA SATU SAMA LAIN)

Sunday, July 29, 2012

BERGEDIL TAHU BERUDANG


Resepi ilham Ketuk-ketuk ramadan Sheila Rusly. Menu iftar ke 9. Gunakan tahu basah biasa je.

3 keping tahu basah - hancurkan
4 keping dada ayam - blend halus
1 cawan udang kecil - buang kulit dan blend
daun sup (hiris)
daun bawang (halus)
1 bwg besar dadu
cili merah hiris cincang
garam
1 telur
sedikit tepung jagung

Gaulkan semua bahan, gentelkan dan goreng hinga kekuningan.

ROTI GORENG FARINA VERSI UMI

Menu iftar 9 ramadan. Inti ayam lebihan buat roti john, terfikir untuk resepi ini.


Inti :  Ayam kisar
        Bawang merah & putih cincang
        Serbuk rempah kari daging
        Garam dan gula

Roti gardenia
Kulit popia
Sos cili
Sedikit tepung gandum + sikit air untuk jadikan gam

Tumis bwg2 hingga wangi, masukkan rempah kari, kacau2. Bubuh sikit air, bila naik minyak masukkan ayam kisar yg dah dibasuh ( masukkan dalam penapis dan siram je air sekali lalu ). Kacau2 dan bubuh air sedikit. Letak garam n gula. Bila kering t utup api.

Ambil roti, sapu sedikit sos cili, letak inti dan lipat dua. Gamkan tepinya dgn gam tepung . Potong 2 dan balut dgn kulit popia. Goreng hingga keemasan.

Saturday, July 28, 2012

KUIH PUTERI AYU

Menu iftar 8 Ramadan. Anak sulung yang buat sebab teringin sangat nak makan. Terima kasih Mamasya atas resepinya. Buat setengah adunan saja.

Kuih Puteri Ayu
Bahan-bahan;
270 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
240ml santan/ fresh milk- guna susu
1 sudu besar jus pandan- 1 sk perisa pandan
3 biji telur
240gm gula
*Kelapa parut (muda) digaulkan garam dan 1 sudu besar tepung kanji

Cara-caranya:
Telur dipukul bersama gula sehingga kembang. Masukkan santan, ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati. Panaskan periuk kukus dan sapukan sedikit minyak pada acuan. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat. Tuangkan adunan tepung tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.


NOTA: kuih ini boleh juga ditukarkan jus pandan / perwarna lain dengan pes coklat.

NASI AYAM CHEF WAN

Menu iftar ke-8. Resepi dari buku resepi Chef Wan. Tq.

NASI
1/2 cawan marjerin
2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
2cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus.
3 ulas bawang putih,dikupas dan dicincang halus-halus
1cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan,  disiat-siat dan disimpul
4 cawan beras basmathi, dicuci dan ditoskan
5 1/2 cawan air rebusan ayam
Garam

AYAM
1 ekor ayam, dibersihkan dan dibelah dua
Garam
Lada hitam yang baru dikisar
2cm halia, dikupas dan ditumbuk
2 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar marjerin

CARA MENYEDIAKAN NASI
Cairkan marjerin di dalam periuk panas dan tumis bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis, bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.
Masukkan beras dan goreng sebentar.Tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam.Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api.
Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak.

CARA MENYEDIAKAN AYAM
Lumur ayam dengan garam, lada hitam, bawang putih, dan kicap.Lumur pula dengan marjerin.Bubuh ayam di dalam dulang pembakar.
Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180C selama 30-40 minit sehingga masak.
Potong ayam kecil-kecil dan hidang dengan nasi.

Thursday, July 26, 2012

MEE REBUS CIK ANI

Menu Iftar ke 6. Ambil dari buku resepi Chef Wan. Memang sedap, tak rugi mencubanya. Tq Chef Wan.  Bagi yg keluarga tak ramai pandai2 lah adjust.


2 kg mi kuning - guna 2 paket mi kuning
200g tauge, buang ekor dan celur sejurus sebelum hidang - x celur sebab suka yg rangup

KUAH :
4 keping tahu - goreng terendam dan potong 6
3 tgkai cili hijau - hiris2
2 tngkai cili merah - hiris2
4 tangkai daun bawang - hiris2
4 tangkai daun sup - hiris2
1/2 cawan bawang goreng
3 biji telur rebus dan potong
6 limau kasturi - guna limau nipis

KUAH :
1/4 cawan minyak masak
3 sudu besar rempah kari daging
1/2 cawan taucu
1kg daging lembu - guna ayam yg dipotong kecil2
10 cwn air
1kg keledek - guna kentang, rebus dan lecek
1 cm lengkuas
5 tomato - potong 4
1/2 cwn kacang tanah, goreng tanpa minyak dan tumbuk
garam dan gula

Di tumbuk lumat:
10 bwang merah
6 bwg putih
1cm halia

CARA
Panaskan minyak masak di dalam periuk dan tumis bahan tumbuk sehingga naik baunya.Masukkan rempah kari serbuk , tauco, dan kacau sehingga wangi.
Masukkan daging, air, keledek dan lengkuas dan didihkan lagi selama 20 minit.
Tambah tomato dan kacang tanah dan renihkan. Perasakan dengan garam dan gula.

CARA MENGHIDANG
Bubuh sedikit mi kuning yang dicelur ke dalam mangkuk-mangkuk hidang kecil dan tambah tauge di atasnya.
Tuang kuah ke atas mi. Hias dengan tauhu goreng, cili hijau dan merah, daun saderi, daun bawang, bawang goreng, telur rebus dan limau kasturi.

Friday, July 20, 2012

KEK COKLAT BLACK BEAUTY

Kek coklat buat untuk bawa ke sekolah.Masing2 cakap sedap :) Terima kaaih Wa buatkan untuk umi. Resepi c n p dari dapur mamasya. tq..

BLACK BEAUTY CHOC. CAKE
sumber : chef zubaidah copy dari Blog Mak Lang Azie


Oleh; Dapurmamasya 

BHN A
2 cwn tepung gandum/superfine - guna tpg gandum
¾ cwn serbuk koko
2st soda bikarbonat
2st b/powder

BHN B
2 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn myk masak @ butter dicairkan- guna minyak jagung
1 cwn air panas suam
1sb emulco
3 biji telur

Cara
Ayak Bhn A, ketepikan
Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
Masukkan Bhn B dan gaul rata
Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah.
Guna loyang 8x8

nota dapurmamasya
bakar api bawah saja 175'C selama 45-50 min/hingga masak.

Topping Jimat :
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn gula
2 1/2 cwn air /susu cair - guna susu
1/2 cwn tpg jagung
2sb majerin - mama ganti dg minyak jagung

Cara
Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur ngan api kecil, sentiasa dikacau.
nota dapurmamasya; topping dah sebati dan nampak pekat, bolehlah tutup api dan terus kacau.sejukkan dulu sebentar sebelum sapu di kek.


###Untuk topping guna resepi lain :
1 can ( 160 ml ) nestle thick cream/ whipping cream
250g ( 1 bar ) milk chocolate
1 tsp instant coffee ( x letak )


Mix well cream with instant coffee.
Heat cream in pot till bubbles appear on sides.
Then break in chocolate & continue stirring fast until combined n smooth.
Remove from heat.
Smooth the chocolate frosting on the cooled cake and chill for 1/2 hour before slicing.