Tuesday, July 31, 2012

AYAM PANGGANG HALIA

Resepi dari home sweet home. Tq K.Umi atas perkongsian resepi yg sedap ini. C n P je.

AYAM BAKAR / PANGGANG HALIA
Resepi: Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)
Dirujuk dan Olahan Cara : Ummi @ Home Sweet Home


Bahan Utama:-
  • 1 ekor ayam (saiz sederhana) - guna ayam kampung
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
  • 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah
  • Cara Memasak:-
  • Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  • Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  • Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...)
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
  • Hidangkan bersama salad dan timun. (Akak makan dengan Nasi Bukhari dan kari daging.) - Memang sedaaappp ayam ni...selamat mencuba!!
  •  Makan ngan nasi putih je..

No comments:

Post a Comment