Menu iftar 8 Ramadan. Anak sulung yang buat sebab teringin sangat nak makan. Terima kasih Mamasya atas resepinya. Buat setengah adunan saja.
Kuih Puteri Ayu
Bahan-bahan;
270 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
240ml santan/ fresh milk- guna susu
1 sudu besar jus pandan- 1 sk perisa pandan
3 biji telur
240gm gula
*Kelapa parut (muda) digaulkan garam dan 1 sudu besar tepung kanji
Cara-caranya:
Telur dipukul bersama gula sehingga kembang. Masukkan santan,
ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati. Panaskan periuk
kukus dan sapukan sedikit minyak pada acuan. Ambil sedikit kelapa yang
telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat. Tuangkan adunan tepung
tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.
NOTA: kuih ini boleh juga ditukarkan jus pandan / perwarna lain dengan pes coklat.
No comments:
Post a Comment