Sunday, October 26, 2014

BROWNIES MUDAH


Teringin pulak nak makan brownies malam2 so anak dara sorang ni google la cari resepi. Jumpa kat blog Kak Umi Home Sweet Home. Terus godek bahan2 dan siap...

BROWNIES MUDAH
Resepi : Wssary@MyR
Versi: Hana

Bahan-bahan

  • 6 sb serbuk koko
  • 1/4 cawan mentega cair
  • 1 cawan gula- hana buh 1/3cwn gula putih, 2/3cwn gula perang
  • 1/2 sk vanilla
  • 1/4 sk garam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 butir telur
  • 1 cawan kekacang - optional
Cara membuatnya:
  • Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius.Taburkan sedikit tepung dalam loyang empatsegi berukuran 18cm - hana sapu loyang dengan butter
  • Masukkan mentega cair,koko,gula,vanilla,garam,tepung dan telur ke dalam mangkuk.
  • Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
  • Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30min.

Thursday, October 23, 2014

CENDAWAN SISIR MASAK LEMAK


Terjumpa cendawan sisir masa pergi ke Pasar Tani Saujana Impian hari Sabtu lepas. Musim2 hujan ni memang banyak cendawan jenis ni tumbuh. Terus beli 2 piring kecil, 1 piring rm3 kalau beli 2 rm5.
Balik rumah terus masak, memang sedap :)

Bahan-bahan :
Cendawan dibasuh dan buang semua kotoran. Rendam sekejap dengan sedikit garam.
Sedikit ikan bilis  )
Cili padi
Kunyit hidup
Bawang merah
Udang hidup
Santan secukupnya

Cara-caranya :
Tumbuk ikan bilis, cili, kunyit dan bawang hingga lumat.
Masukkan ke dalam periuk bersama santan.
Masukkan asam keping sedikit.
Kacau atas api hingga agak2 nak mendidih, masukkan cendawan yang telah diramas2 dan diperah bersih.
Bila hampir masak, masukkan udang.
Biarkan seketika hingga udang masak, rasa dan angkat.

Wednesday, October 22, 2014

ROTI POKET


Selongkar resepi menggunakan roti, last2 jumpa resepi yang sedap ini kt dapur Madiha. Paling seronok tengok bila roti mula menggelembung masa goreng. Terima kasih anak bongsu umi tolong buatkan A - Z hehe. Fillingnya gunakan tuna dan goreng sosej.

Roti Poket Tuna by Khariah dari Resipi.net. (resepi asal roti goreng berinti)
Sumber : Kak Nor Secubit Garam

Bahan2:
Roti Gardenia
Serbuk roti
Telur 
Daun salad
Tomato [MaDiHaA tambah]

Bahan2 Inti
Mayonis [MaDiHaA letak 3 ~ 4 sudu besar]
Cream cheese [MaDiHaA tak letak]
Lada sulah / lada hitam [MaDiHaA letak ½ sudu kecil]
Ayam [MaDiHaA gantikan dengan 1 tin tuna dalam air ~ ambil isinya saja)
2 biji scramble egg [MaDiHaA tambah]
Bawang Besar hiris
Cili Benggala potong dadu [suku biji]

Cara2 Menyediakan Roti Poket:
1. Lapiskan dua roti
2. Gelekkan dgn kayu penggelek sampai nipis.. tak der penggelek botol sos pon boleh..
3. Gunakan Acuan bulat (kalau ikut gmbr deme guna tutup thermos, tin pon boleh) utk memotong roti.. [MaDiHaA guna tupperware bulat (bukan tipuware yer.. hehe) yang ngam2 saiz dengan roti ~ kalau tak putus juga roti tu.. boleh gunakan pisau & potong keliling]
4. Celupkan dlm telur kemudian gulingkan dalam serbuk roti n gorengkan hingga kuning keemasan dengan api sederhana. Confirm akan menggelembung.

5. Toskan.


Cara menyediakan inti :
1. Tumiskan bawang.
2. Masukkan cili benggala.
3. Masukkan tuna, scrambled egg n lada sulah/lada hitam
4. Masukkan mayonis & Cream cheese [MaDiHaA masukkan mayonis kemudian setelah inti diangkat dari kuali]
5. Kacau2.. rasa.. kalu tak cukup garam tambah lah yer..

Penyudahnya:
1. Potong roti yg telah digoreng kepada dua bahagian dengan menggunakan gunting yang bersih.
2. Letakkan hirisan daun salad & tomato ke dalam poket roti.
3. Masukkan inti yg siap dimasak. Siap untuk dihidangkan sebagai sarapan atau minum petang.


## tuna dihancurkan , campur mayonis, tomato dan timun jepun dipotong dadu, dan serbuk lada hitam. Gaul sebati. Rasa dan masukkan dalam poket.

Sunday, October 19, 2014

POTATO FRITTERS


Buat untuk minum petang semalam. Kudapan yang makin famous masa kini, kita pun tak nak ketinggalan mencuba. Resepi dari Ita Masam Manis.

Resepi Oleh : Noraida Durani
Rujukan : Yatie

Bahan-bahan :
3 biji kentang ~ di sagat jangan halus sangat ya
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang atau daun sup
1 tangkai cili merah
Sedikit lada sulahSedikit lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak

Cara :
- Satukan kentang yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk lada sulah, garam dan sedikit gula
- Gaul sebati
- Panaskan minyak masak dalam kuali leper
- Pastikan minyak benar-benar panas supaya kentang tak menyerap minyak
- Sudukan sedikit adunan dalam kuali dan leperkan
- Taburkan sedikit lada hitam
- Biar garing baru terbalikkan sebelah lagi
- Bila dah masak angkat dan letakkan atas tisu supaya serap minyaknya
- Sedia di hidangkan bersama sos cili.

Sunday, October 12, 2014

NASI AYAM CHEF WAN


Nasi :
1/2 cwan marjerin
2 bawang besar dicincang
2 cm halia muda dicincang halus
3 bawang putih dicincang
1 cm kulit kayu manis
4 bunga cengkih
2 helai daun pandan disiat2 dan disimpul
4 cawan beras basmathi ( guna beras biasa )
5 1/2 cawan air rebusan ayam
garam

Ayam
1 ekor ayam dibelah 2
garam
lada hitam yg aru dikisar
2 cm halia ditumbuk
2 bawang putih ditumbuk
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar marjerin

Cara :
Nasi :  Cairkan marjerin dan tumis bwg besar, halia, bwg putih, kulit kayu manis, cengkih dan daun
            pandan hingga naik baunya.
            Masukkan beras dan goreng sebentar. Tambah air rebusan ayam dan garam.
            Masak seperti biasa.

Ayam : Lumur ayam dengan semua bahan tumbuk dan kicap. lumur pula dengan marerin.
             Bakar selama 30 - 40 minit hingga masak.
             Potong kecil2 dan hidang.

IKAN BAKAR PORTUGIS


Buat Ikan bakar portugis lagi. Kali ni bakar dengan daun pisang. Resepinya di sini.

BISKUT RANGUP CHIP COKLAT


 Biskut yang sedap sangat2, rangup. Ambil dari buku Resepi 30 minit Chef Kamarul. Buat 2 adunan.

Bahan² :
1 1/2 cwn tepung naik sendiri
200g mentega
1/3 cwn gula kastor
1/2 cwn susu pekat
200 g cip coklat
1 sudu besar serbuk koko
100 g campuran kekacang ( badam, gajus, hazel - guna badam saja )

Cara :
Panaskan oven 180C
Pukul mentega & gula sehingga sebati. Masukkan susu pekat
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis
Masukkan secubit garam, serbuk koko, cip coklat & kacang.
Gunakan sudu & susun seperti biji guli ke dalam dulang pembakar. Tekan sedikit dengan garfu
Bakar selama 15 min
Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

BLUEBERRY CHEESECAKE

Kakak yg sulung buat untuk birthday kawannya. Terima kasih kepada penyumbang resepi.
Kek ni tak payah bakar cuma sejukkan dalam petisejuk. memang sedappp.



Lapisan bawah :

2 cawan biskut marie (tumbuk) - guna biskut digestive 400g
150 gram mentega cair

Campurkan kedua2 bhan hingga sebati. Tekan2 dalam acuan biar padat.

Lapisan atas :

500 gram krim cheese philladelphia
200ml krim
1/2 cawan gula kastor
3 cmb jus lemon / limau
1/2 cwn air mendidih = bancuh
1 cmb serbuk agar-agar = bancuh

*pukul krim cheese & gula , masuk krim ,
masuk jus. Bancuh agar agar dan tuang atas lapisan biskut .sejukkan.

*topping : blueberry topping/ coklat Snickers + sos karamel + sos coklat

Snickers Cheesecake

Wednesday, October 8, 2014

WRAP


Bahan2:
Kepingan wrap
Salad
Tomato dihiris
Fish fillet jenama Figo goreng dan potong
Telur goreng hancur
Sosej atau apa2 yg disukai

Panaskan kejap wrap, sapu mayonis dan susun bahan2 filling diatasnya.
Curahkan sos cili, sos tomato dan sedikit serbuk lada hitam .
Gulung kemas2.



Tuesday, October 7, 2014

KIMBAB



Teringin makanan korea pulak hari ni )
Jom kita buat kimbab simple umi style. Bahan2 agak2 je la

- seaweed
- beras wangi ( atau blh guna beras Sumo utk sushi, tapi mahal sikit la )
masak macam biasa biar lembik sikit ( lebihkan air )
- timun jepun potong panjang
- telur dadar
- dada ayam yg disalut tepung dan digoreng
- crab stick digoreng sekejap


Lapiskan seperti dalam gambar dan gulung ketat2 menggunakan " bamboo roll ".
Potong.


CHEESEKUT


Memang sedap..sekejap je habis. Mula2 tengok nampak macam susah tapi senang je.. Resepi Cik Epal di sini

Tak rugi mencuba :))

WAFFLE



Terjumpa resepi waffle yang sedap dari en goole..lupa pulak siapa.
Resepi Mat Salleh, dah siap translate sekali hehe..terima kasih kat anak bongsu yang beriya - riya mencari... sebab nak makan sangat kan..:)

1 3/4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
3 biji kuning telur dipukul
3 biji putih telur dipukul
1 3/4 cawan susu segar
1/2 cawan minyak jagung

Campurkan semua bahan kering hingga rata.
masukkan telur kuning dan susu. Kacau rata.
Bubuh minyak dan gaul sebati.
Perlahan - lahan masukkan putih telur yg dipukul.
Jangan " over mixed ".
Tuang ke dalam acuan waffle yg telah dipanaskan dan biar hingga masak.
Sapu dengan topping yg disukai.

SHEPHERD PIE


Pertama kali mencuba buat sherperd Pie setelah sekian lama. Alhamdulillah menjadi..anak2 pun suka. resepi dari buku Chef Hanieliza 1 hari 1 Resepi. Terima kasih kak liza. Jom tengok resepinya..

Bahan A ( inti ):
500g daging kisar - guna 1 paket ayam kisar Ramly
1 labu bwg besar - dadu
1 ulas bwg putih - cincang halus
1 cawan kacang panggang - x letak
8 cendawan butang - hiris nipis
5 tomato yg masak - x letak
1 lobak merah -dadu - xletak
1 pokok daun pasli - x letak
1sudu makan tepung jagung -( bancuh dgn 1 cawan air )
1 sudu makan serbuk lada hitam1 kiub stok daging - guna stok ayam
minyak
garam

Bahan B ( untuk pai )
1 kg kentang - dadu
1/2 cwn susu segar
2 sudu mkn mentega
1 sudu teh serbuk lada sulah
garam

Inti
Tumis bwg besar dan bwg putih hingga wangi.
Masukkan daging kisar dan cendawan. Kacau hingga daging masak.
Masukkan tomato dan bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung. Kacau hingga masak.
Rasa , angkat dan masukkan dalam acuan yg disukai.

Cara membuat pai
Kentang direbus dgn air dan sedikit garam hingga air rebusan kering.
Lecek  dan gaulkan dengan susu segar, serbuk lada sulah dan mentega.
Masukkan kentang dalam acuan yg disukai.
Masukkan inti dan tutup dengan kentang lecek semula.
Bakar selama 30 minit suhu 200 C.
Sejukkan dan hidang.

SOLOK LADA

Dah lama betul tak update entri, dah bersawang kot.. Disebabkan kebizian dan kemalasan yang melanda.
Hari ni cuba rajinkan diri postkan satu resepi yang dah lama tersimpan. Lada hijau yang dibawa dari kampung. Rasanya lada hijau macam ni hanya ada kat Kelantan kot. Memang sedap buat solok, resepi dari Mamasya. Tq.



Solok Lada
Bahan-bahan
lada hijau 10 biji ( kalau tak nak pedas belah memanjang tp jgn sampai putus dan buang biji)
kelapa parut 1/2 biji atau 1 cwn desiccated coconut/kelapa kering (dicampur dgn air panas,kacau dan panaskan sekejab dlm microwave) - guna kelapa parut
* ikan 2 ekor ( yg tlh dikukus/rebus-ambil isinya)
* santan cair secukupnya utk merebus solok lada
* 7-9 biji lada hitam- tumbuk
* 4 ulas bawang merah
*1 biji telur saiz kecil - pukul sedikit - xletak
*garam dan gula secukupnya

Cara-cara
1. tumbuk lada hitam,halia,bawang merah dan ikan hingga separuh lumat dan masukkan kelapa dan tumbuk lagi sekejab.
2.Gaul bahan2 tersebut dgn gula dan garam dan telur (masukkan telur sikit,tengok kalau 1/2 telur dah cukup utk dikepal bahan2nya tak perlu letak semua telur)
3.Isikan bahan yg digaul ke dlm lada padat2
4.Susun dalam periuk dan masukkan santan.Masak sampai mendidih dan lada empuk.

SPAGHETTI AGLIO OLIO

Percubaan pertama berjaya dilakukan oleh Najwa, terima kasih Awa. Lain kali kena buat lebih sikit tau..
resepi dari mesra.net tapi dah diubahsuai mengikut apa yang ada dalam petisejuk.




Bahan-Bahan:
200 gm spaghetti yg telah dicelur
2 sudu besar minyak zaitun
2-3 ulas bawang putih
3-4 ekor udang sederhana besar * xletak
3-4 ekor isi kepah (Mussle) * xletak, ganti dengan sosej ayam & crab stick
Button mushroom (ikut suka)
1 sudu teh pati ayam
2-3 potong capsicum hijau (potong dadu atau memanjang)
1 sudu teh oregano flakes * letak cili flakes
daun parsley (dicincang)
cili padi (jika mahu pedas)
garam secukup rasa

Cara:
Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih yg telah dicincang. Hingga hampir kuning, terus masuk udang,mussle & pati ayam. Setelah udang kemerahan, masukkan pula capsicum dan button mushroom. Dan akhir sekali masukkan spaghetti dan kacau. Garam secukup rasa, cili padi, oregano dan daun parsley.

Cadangan Hidangan:
Sekiranya spaghetti nampak kering, boleh ditambah minyak zaitun. Tidak perlu risau jika hidangan nampak berminyak kerana minyak zaitun tiada kolesterol.
Tambahan:
Boleh ditambah isi ayam, sotong atau apa2 seafood atau peeled tomato mengikut selera.

Selamat mencuba...