Pertama kali masak ikan dori, rasanya memang sedap. Ikut resepi En.
Mat Gebu, cuma tak pakai sos plum sebab takda stok.
BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram fillet ikan dory (boleh beli kat pasaraya)
1 biji telur, ambik putih sahaja
Tepung beras secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam "aji-shio" - guna serbuk lada sulah je
1/4 red capsicum, didadu ]
1/4 green capsicum, didadu ]
1/4 yellow capsicum, didadu ] tak letak
1 batang saleri, hiris serong ]
1 biji bawang besar, hiris kasar
4 ulas bawang putih, diketuk
1 camca besar sos tiram
1 camca besar sos cili
2 camca besar sos plum - tak letak
1/2 cawan air
Sedikit garam dan gula
Hirisan daun sup untuk hiasan
Hirisan cili merah untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Ikan diperap bersama jus limau kasturi sekejap, cuci kembali dan lap kering, kemudian potong kiub saiz sederhana besar, tabur serbuk lada hitam berperisa rata2.
Golek2kan atas tepung kemudian masukkan dalam putih telur, toskan dan golek sekali lagi dengan tepung beras rata2.
Goreng terendam dalam minyak hingga garing, pastikan api jangan terlalu besar. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dalam kuali, tumis hirisan bawang besar, bawang putih dan saleri, tumis hingga harum.
Masukkan sos tiram, sos cili dan sos plum, kacau rata dan tuang air. Masukkan semua capsicum tadi dan masak sekejap.
Bila kuah hampir pekat, masukkan ikan dan perasakan dengan sedikit garam dan gula. Kacau rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikah api. Tabur hirisan daun sup dan cili merah sebelum dihidangkan.