Wednesday, December 26, 2012

LONTONG DAN KUAH LODEH

Sarapan hari cuti 25 dec. Kuahnya simple cuma letak kobis, karot, suun dan fucuk, itu aje yang ada kat peti ais. Digandingkan dengan sambal sotong ( yg ni beli kat D' Muar, hehe )
Resepi dari majalah Rasa September 2009. Tq.


Bahan-bahan :
3 bungkus nasi impit

Bahan Kuah Lontong :
20g suhun
100g fucuk
150g bwang merah ( guna 2 labu ) - kisar
50g bwg putih ( guna 2 ulas ) - kisar
80g kunyit hidup ( guna 2 camca kecil serbuk kunyit )
50g cili kering ( guna 2 camb. cili mesin )
3 tahu ( x letak )
200g tempe ( x letak )
2 btg serai ( letak 3 ) dititik
1 helai daun kunyit disimpul ( x letak )
100g lobak merah ( guna 1 btg ) - hiris jejari
100g kobis bunga ( guna kobis ) - hiris kasar
80g udang kering ( guna dalam 2 camb, kisar bersama bawang  )
1 liter santan ( guna 1 kotak santan )
gula dan garam secukupnya.


Cara :
Goreng suhun, fucuk, tahu dan tempe secara berasingan hingga garing. Ketepikan .( skip yang ini sebab cuma rendam fucuk dan suhun hingga lembut, toskan )
Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan udang kering dan kacau seketika. ( Masukkan cili mesin ).
Selepas itu masukkan santan, serai,dan bahan lain. Juga garam dan gula secukup rasa.
Kacau hingga mendidih.
Bila cukup pekat, angkat dan hidang bersama nasi himpit tadi.


Tuesday, December 25, 2012

CUCUR JAGUNG

Berpandukan dari program Selera TV3, tapi bahan-bahannya ikut citarasa sendiri. Tq Ross Weiss.


3 cawan tepung gandum
1 camb baking powder
sedikit garam
1 tin jagung  ( creamy style )
1 batang daun bawang dihiris
1 bawang besar dicincang
1/2 batang cili merah hiris halus
1 biji telur

Gaulkan semua bahan hingga sebati, Campur air secukupnya.
Rehatkan sebentar dan goreng hingga keperangan.
Makan dengan sos kegemaran.

Sunday, December 23, 2012

KERABU EPAL HIJAU

Resepi yang senang , tak ada lauk lain pun okey dah. Campak2 je.


Epal hijau - racik halus dengan kulitnya sekali
Bawang besar - hiris nipis
Cili  merah dan cili padi ikut pedas - hiris nipis
Serai - potong nipis
Udang kering - goreng sekejap
Kacang tanah - goreng dan tumbuk kasar

Gaulkan semuanya, rasa garam gula. ( bila hampir nak makan baru gaul )

Friday, December 21, 2012

AYAM MASAK BURMA

Resepi yang dah lama masak, baru sempat masukkan entri. C n P dari dapur tanpa sempadan. Tq CMG.


BAHAN-BAHANNYA :-)
500 gram ayam, potong pada saiz sederhana, cuci bersih dan toskan*
3 camca besar sos tiram*
1/2 camca teh serbuk kunyit*(*disatukan, gaul rata dan perap 20 minit)
1 camca besar rempah kari daging (mat guna rempah Baba's) - sama
1 cawan air
1 kiub pati ayam
1 biji tomato, belah 4
15 helai daun pudina
Secubit gula

BAHAN KISAR HALUS :-)
3 biji cili merah, buang bijinya
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 cm halia
1 batang serai, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan bahan kisar halus dengan serbuk kari. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan kisar + serbuk kari tadi hingga harum, masukkan ayam, gaul rata dan masak sekejap hingga ayam kecut. Tuang air, kacau dan masak dengan api sederhana hingga mendidih.
  2. Masukkan pati ayam (hancurkan) dan secubit gula. Kacau dan masak hingga pekat. Akhir sekali masukkan tomato dan daun pudina, kacau rata, masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat.

Friday, December 14, 2012

KEK COKLAT LAPIS CHEESE

Resepi dapat dari Puan Kalsum mak anak murid. Thank you very much..berjaya juga akhirnya dengan pertolongan kakak.. tima kasih kakak...


Resepi kek choc :
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula kastor
1 cwn susu pekat
2 biji telur [ A ]
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn air suam
1 cwn minyak kelapa
1 sudu kecil soda bikarbonat

1. Masak air suam dgn minyak hingga mendidih.
2. Ayak tepung, soda bikarbonat dan serbuk  koko.
3. Pukul telur dgn gula hingga kembang.
4. Dah kembang, masukkan bahan2 ayak dengan minyak yg telah disejukkan.
5. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.


Resepi lapisan cheese :
250g cream cheese
60g / 5 sudu besar gula kastor
25ml air
1 biji telur [ A ]

Cara melapis :
1. Masukkan 1/2 daripada adunan kek choc ke dalam loyang yg telah bergris.
2. Kukus selama 20 minit { pastikan air kukusan panas }.
3. Keluarkan loyang dari periuk kukusan dan tuangkan adunan cheese. Kukus selama lebih kurang 15 - 20
    minit.
4. Keluarkan loyang, masukkan lebihan kek choc dan masak lagi selama 40 minit.

Thursday, December 13, 2012

SPAGGETI BOLOGNESE

Dah banyak kali buat baru kali ni dapat masukkan entrinya. Just a simple bolognese, ikut citarasa sendiri.


1 bungkus spagetti - rebus ikut arahan pada paket
1 bawang besar - dadu
2 bawang putih - cincang
1 karot - hiris halus
1 tin kecil tomato puri
1 tin button mushroom - hiris
3/4 paket daging kisar Ramly - basuh sekali lalu dan lerai2kan
tomato sos dan cili sos secukupnya
gula n garam

tumis bawang2 hingga layu, masukkan daging kisar.
Masak hingga air daging kering.
Bubuh air secukupnya, puri tomato, sos tomato dan sos cili.
Masukkan juga cendawan dan karot.
Masak hingga agak pekat. Rasa dan angkat.

Monday, December 10, 2012

KARI IKAN TENGGIRI

Hidangan untuk makan tengahari.


Bahan2 :
Ikan tenggiri yg siap dipotong [ guna kepala dan isi ]
2 bwg besar ]
2 bwg putih  ] blend
halia             ]
1camb halba caRmpur
3 camb serbuk kari ikan babas
2 tangkai daun kari
1 biji tomato potong 4
asam keping
santan secukupnya

Tumis bahan blend hingga wangi, kemudian masukkan rempah kari.
Bubuh sedikit air, kacau2 hingga terbit minyak dan garing.
Masukkan halba campur dan daun kari. Kacau2 sekejap.
Bubuh air dan santan pekat secukupnya untuk kuah. Kepekatan terpulang.
Bila hampir mendidih bubuh ikan, asam keping, tomato.
Rasa masin nya dan bila ikan masak, angkat

Tuesday, November 27, 2012

SAMBAL UDANG PETAI

Resepi kegemaran anak yang no 3. Selalu buat dengan ikan bilis kali ni tukar udang pula.


Bahan-bahan :
Udang - buang kulit dan buang urat hitam kat belakangnya
Petai - asingkan dari kulit, buang selaput putihnya
Bawang besar (blend)
Bawang putih (blend)
Cili kisar
air  asam jawa
garam dan gula

Cara-caranya :
Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing/
Masukkan gula, garam.
kacau2 dan masukkan udang.
Bubuh air asam jawa. Gaul rata.
Bila udang hampir masak bubuh petai.
Gaul rata, rasa dan angkat.

Monday, November 26, 2012

JEMPUT-JEMPUT ROTI BERUDANG

Sesuai untuk minum petang. Resepi tengok dari buku resepi Gardenia, ubahsuai ikut citarasa sendiri.


Bahan2nya :
Roti Gardenia - ikut suka banyak mana ( potong dadu )
Udang kecil - buang kulit, cincang kasar
Bawang besar - cincang
Daun bawang - hiris halus
telur dipukul dengan sedikit garam

Campurkan semua bahan, gaul sebati. Kepal2kan jadi bulat dan goreng hingga perang.
Sedap makan panas - panas.

Saturday, November 24, 2012

JUS ROSELLE

Alhamdulillah berjaya buat home made jus roselle  yang ditanam sendiri.


Bahan2 :
 15 kuntum roselle - basuh, dikopek kelopaknya, biji buang.
gula secukupnya
air
Masak air dengan gula hingga hancur, masukkan roselle. Agak2 roselle dah lembut, manisnya ok dan warna merahnya elok tutup api. Tapis dan boleh diminum.

JEM ROSELLE

Kelopak roselle yg ditapis tadi diblend denan sedikit jusnya. Masak hingga pekat. Boleh dicampur sedikit gula untuk rasanya. Boleh dimakan dengan roti.
Jem yg sihat tanpa pengawet.

Friday, November 23, 2012

RICH COCOA PUDDING

Resepi dari CMG, sedap pudingnya . Tq.


BAHAN-BAHAN PUDDING :-)
4 1/4 cawan air
1/2 cawan serbuk koko, diayak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu tepung, diayak
1/2 camca teh garam (mat tak letak)
4 camca besar tepung jagung
1/2 camca teh esen vanilla
10 g serbuk jelly (mat guna konnyaku jelly) - guna agar2 serbuk
3 camca besar mentega

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
1 tin buah2 cocktail, asingkan jus dan isinya
1 tin sus sejat "IDEAL"
Sedikit ceri merah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan semua bahan2 untuk pudding kecuali mentega dalam periuk, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Jerang atas api sederhana sambil dikacau tanpa henti. Bila bancuhan menjadi pekat, matikan api dan masukkan mentega, kacau rata dan tuang dalam acuan pilihan. Biar beku.
  2. Keluarkan rich cocoa pudding tadi dan isi dalam bekas sesuai. Masukkan juga isi buah2an cocktail tadi, susu sejat dan sedikit jus dari buah2 tadi. Sesuaikan tahap kemanisannya. Sejukkan dalam peti sejuk atau letak air batu. ( xbuat pun sosnya ) 

Tuesday, November 13, 2012

ROTI DAGING LAPIS BERKEJU

Resepi terjumpa dalam fb kawan tapi ubahsuai sendiri kat intinya. Tq atas idea.


Bahan2nya inti  :
1 paket ayam kisar Ayamas ( resepi asal guna daging )
1 bawang besar
2 bawang putih
sedikit halia
2 sudu besar cili giling
serbuk lada hitam
garam & gula secukupnya.

12 keping roti
300 ml susu cair ( lebihkan sedikit kalau xcukup )
6 keping slice cheese
3 telur

INTI :  Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yg didadu hingga wangi. Masukkan cili giling kacau2 hingga garing. Masukkan ayam kisar , letak1 cawan air. Bubuh garam n gula secukupnya. Janag lupa sebuk lada hitam. Kacau2 hingga kering airnya. Tutup api. 

ROTI : Sapu acuan dengan butter.
Telur dicampur dengan susu, pukul sedikit hingga rata. Celup roti dan susun roti hingga penuh bhg bawah.
Tuang inti hingga meliputi roti, ratakan. Susun cheese, tutup dengan roti lagi. Ulang proses yg sama hingga habis roti dan inti.
Lastly tabur cheddar cheese parut or slice cheese yg dipotong kecil2, dan lebihan susu jika ada.
Bakar 180 C selama 35 - 40 minit.

Sunday, November 11, 2012

IKAN SIAKAP KUKUS TOMYAM

Hidangan yg simple untuk dinner.


1 ekor ikan siakap
2 serai hiri halus
1 bwg besar hiris
4 bwg putih hiris
1 cili merah hiris
halia muda dihiris batang mancis
1 kiub tomyam hancurkan
sos tiram
garam gula
air asam limau nipis secukup rasa


Semua bahan2 ditabur atas ikan, letak sedikit air. Kukus hingga ikan masak.

Sunday, November 4, 2012

TIRAMISU


Resepi dari Home Sweet Home. TQ :)

Bahan A:-
  • 24 keping biskut tiramisu
  • 250 gm cream cheese
  • 150 ml yogurt asli (plain yogurt)
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1/2 cawan air *
  • 1 sk. nescafe * (dibancuh bersama)
  • serbuk koko secukupnya (*akak guna Vouchelle)
Bahan B:-
  • 150 ml air
  • 1 sb. serbuk agar-agar
Cara-Cara:-
  1. Susunkan 12 keping biskut tiramisu dalam loyang yang sesuai.
  2. Basahkan biskkut tadi dengan air nescafe.
  3. Pukul keju dan gula hingga gebu.
  4. Masukkan yogurt dan pukul lagi hingga rata dan sebati.
  5. Masak bahan B hingga mendidih dan masukan dalam adunan, kacau rata.
  6. Sapukan sebahagian adunan keju ke atas biskut tadi.
  7. Ulang lagi dengan menyusun baki biskut di atas keju pula (*akak ayak serbuk koko dulu atas keju sebelum susun lagi biskut di atasnya)
  8. Lapiskan pula baki keju tadi di atas lapisan biskut yang akhir.
  9. Ayakkkan rata-rata serbuk koko atas permukaan atas keju.
  10. Sejukkan beberapa jam di dalam fridge sebelum dihidangkan.

Monday, October 15, 2012

MEE KUNGFU

Buat untuk makan malam sebab anak2 yg 2 org ada kt rumah xnak  makan nasi pulak. Resepi dari CMG yang guna kue tiau, tapi tukar dengan mee kuning. Tq Che Mat.


BAHAN A :-)
500 g kuetiau  ( guna mee kuning )
5 biji telur

BAHAN B :-)
100 g udang basah, dibuang kulit
150 g daging ayam, dihiris (tak letak sebab tak de)
100 g sotong, dibersihkan, hiris (tak de dalam resipi asal)
100 g sawi kailan, dipotong (mat ganti dengan kobis) - guna kobis jg
100 g bunga kobis, dipotong
100 g lobak merah, dihiris
3 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar minyak masak
2 camca besar tepung jagung (mat letak 1 camca besar je)*
1/2 cawan air*(*dibancuh rata)
1 cawan air rebusan ayam
2 camca besar sos tiram
1 camca besar lada sulah
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KUAH :- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga kekuningan. Masukkan udang, sotong dan ayam. Tuang air rebusan ayam, lada sulah, sos tiram dan lobak merah. Bila mendidih, masukkan bunga kobis dan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan masukkan kailan tadi. Biar mendidih perlahan dan tambah garam secukup rasa. Jika suka boleh tambah belahan tomato, matikan api. Ketepikan.
  2. UNTUK KUETIAU :-Panaskan minyak, kemudian goreng telur bersama kuetiau dalam kuantiti yang sedikit sehingga agak garing (biar kuali panas betul2, kalau tak kuetiau melekat, atau guna kuali non-stick), kemudian alih ke dalam bekas sesuai (mat tambah sedikit kicap cair masa menggoreng, anggaran 100 g kuetiau = 1 biji telur)...
  3. PENYEDIAAN KUETIAU KUNG FU :- Isi kuetiau dalam bekas sesuai, tuang kuah bersama isi2 nya. Kalau suka hias dengan hirisan daun bawang, bawang goreng dan hidangkan segera bersama cili hijau jeruk atau cili kicap.

Sunday, October 14, 2012

MEE GORENG SIMPLE


Masak untuk kawan suami sekeluarga yg datang ke rumah. Resepi campak2 ikut apa yg ada kt dapur.

2 paket mi kuning - basuh, toskan
Bawang besar *
Bawang putih *
udang kering *
(bahan * dikisar)
sawi, kobis dihiris
tomato hiris
daun bawang hiris nipis
udang, sotong, isi ayam
kicap cair dan kicap manis
sos tomato dan sos cili
sos tiram
garam, gula secukupnya

Tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili giling. Goreng hingga garing.
Masukkan isi ayam. kacau2 sekejap.
Diikuti udang, sotong dan sedikit air.
Letakkan semua bahan sos, sayur2. Kacau2 hingga rata.
Rasa garam gula dan bubuh mee. Nak letak telur pun boleh. Gaul sebati.
Ankat dan hidangkan.
Tabur daun bawang dan telur masak hancur or hirisan telur dadar.

Saturday, October 13, 2012

ONDE - ONDE


Bahan2 :
Tepung pulut
air daun pandan secukupnya

gula melaka dipotong kiub
ke;lapa parut putih dicampur sikit garam

Uli tepung pulut dengan air daun pandan hngga sebati.
Sementara itu panaskan air hingga mendidih.
Ambil sedikit adunan tepung, letal gula melaka di dala mnya. Tutup dan gentel sempurna.
Masukkan dalam air mendidih.
Tunggu hgga timbul, angkat dan toskan.
Golek2kan dalam kelapa. Siap.

Monday, October 8, 2012

CUCUR LOBAK


Cucur lobak untuk minum petang. Dah lama tak masukkan entri, hari ni baru sempat. Resepi dari The Writer's Cooking. Tq atas resepi yang senang dan sedap., cuma tanbah daun bawang dan udang kecil.

BAHAN-BAHANNYA :

3 1/2  cawan tepung gandum
2 biji lobak *sagat anggaran 2 cawan
1 biji bawang holland *mayang
1 biji kiub ayam knoor
1 batang cili merah *dadu
1 biji telur 
sedikit serbuk lada sulah ( lupa letak )
sedikit garam
air secukupnya
*minyak untuk menggoreng*

 

CARA :
Campurkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali minyak.
Jadikan batter yang pekat.
Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.
 Makan dengan sos cili.

Monday, September 17, 2012

LONTONG

Anak-anak minta buatkan lontong sebab dah lama tak makan. Tengok resepi dari Masam Manis dan terus buat untuk sarapan 22 Syawal. Buat ikut bahan2 yg ada kt dapur. Tq tuan punya.

LODEH


3 keping tauhu ~ digoreng dan dipotong 4
2 keping tempe ~ dipotong dadu dan dugoreng (x letak)
50 gm fucuk ( tauhu kering) ~ dipotong dan rendam hingga lembut
50 gm soo hoon ~ dipotong dan rendam hingga lembut
4 tangkai kacang panjang potong 2 cm ( x letak )
1 batang lobak merah ~ dipotong mancis kasar
1/4 kobis bulat ~ dihiris
1 biji kentang ~ didadu ( x letak )
1 liter santan cair
250 ml santan pekat
garam dan gula secukup rasa
1 kiub ikan bilis ( x letak )
1 batang serai ~ titik

Bahan Kisar
2 sudu besar udang kering ~ direndam lembut ~ kisar
6 ulas bawang merah ~ kisar
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 biji buah keras ~ kisar ( x letak )
1 inc kunyit hidup ~ kisar
1 inc halia ~ kisar
Kesemua bahan diatas dikisar sekali
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama serai hingga harum.
Tambahkan santan cair dan kiub ikan bilis biar kan kuah hingga mendidih
Masukkan sayur-sayur yang keras dahulu seperti kentang lobak dan kacang
Biarkan ia empuk
Tambahkan santan pekat dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
Masukkan bahan-bahan yang selebihnya satu persatu dan kacau hingga kuah masak sempurna.
Sedia di hidangkan bersama nasi himpit, sambal tumis dan telur rebus.
Nak lagi sedap makan bersama ketupat, rendang dan kuah kacang
Boleh juga di makan bersama nasi

Friday, September 7, 2012

AYAM PANDAN

Resepi dari CMG.


BAHAN-BAHANNYA :-)
400 g daging ayam bahagian dada
18 - 20 helai daun pandan yang BESAR
Lidi penyucuk secukupnya
Minyak untuk menggoreng terendam

BAHAN PEMERAP :-)
1 camca besar cincangan bawang putih
1/2 camca besar cincangan halia
2 camca besar santan
2 camca besar sos cili
1 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap pekat
1 camca teh minyak bijan ( x letak )
2 camca teh gula
2 camca teh serbuk lada sulah

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cuci daging ayam, potong kiub 1 x 1 inci dan gaul bersama bahan2 perap dan perap dalam peti sejuk sekurang2nya 1 jam.
  2. Kemudian keluarkan ayam dan bungkus menggunakan daun pandan seperti dalam gambar rajah di atas hingga siap (abaikan tangan dan jari yang montok2 itu yeaa!!). Ketepikan. Panaskan minyak dan goreng hingga masak (goreng 5 - 6 bungkus sekali), kurang lebih 4 - 5 minit. Angkat, toskan dan letak atas paper towel dan biar minyaknya terserap. Buat hingga siap.

Wednesday, August 15, 2012

MAMA CAREY


Sumber : Masam Manis

 Bahan-bahan :

200g mentega
100g gula Kastor
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen Vanilla

Bahan-bahan untuk diayak :

260g tepung gandum
50g tepung jagung
50g susu tepung

Cara-cara :

- Pukul mentega dan gula hingga sebati.
- Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan terus memukul.
- Masukkan bahan yang telah di ayak sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
- Masukkan doh dalam beg plastik kedap udara dan simpan dalam peti ais selama 15 minit.
- Panaskan oven pada suhu 150 C.
- Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter.
- Keluarkan doh dari peti ais dan canai.
- Terap dengan acuan pilihan.
- Susun di atas dulang pembakar.
- Bakar dalam oven dengan suhu 150 C selama 10 minit (setengah masak).
- Kemudian biarkan ia sejuk.

Icing  :
Bahan-bahan :

1 biji putih telur
1 sudu besar tepung jagung
90g gula icing

Cara-cara :

- Pukul putih telur hingga kembang.
- Masukkan gula icing dan tepung jagung dan terus pukul dengan speed laju hingga adunan likat
- Masukkan adunan dalam piping bag.
- Paipkan icing atas biskut tadi.
- Untuk lorekan atas biskut ~ celupkan lidi kecil di dalam coklat emulco dan lorekkan dengan corak pilihan.
- Bakar semula biskut dalam oven pada suhu 150C selama 10 minit lagi.
- Sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

Monday, August 13, 2012

SNOW ALMOND


Bahan-bahan :
250g butter
90g gula halus - boleh kurangkan
50g badam kisar @ serbuk badam
50g tepung ubi
25g coffeemate
25g nestum - kisar
1 sudu kecil esen coffee
1 biji telur
250g tepung gandum

Untuk saduran  :
Chocolate masakan
Nestum

Cara-cara :

- Pukul butter dan juga gula hingga kembang.
- Masukkan telur dan esen kopi dan pukul lagi hingga berkrim.
- Masukkan badam kisar, tepung ubi, nestum dan coffeemate. Gaul menggunakan spatula.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Uli sehingga tidak melekat di tangan.
- Bentukkan ikut suka samada terap menggunakan cutter, bentuk kiub atau bulat²kan.
- Bakar suhu 170-180 selama 15min atau hingga keperangan. Sejukkan.
- Cairkan coklat masakan secara double boiler. Celupkan biskut tadi. Kemudian golek²kan ke dalam nestum. 
- Simpan dalam bekas kedap udara.

Monday, August 6, 2012

CREAM PUFF


Sumber : Dari Dapur Kak Yah

Bahan-bahan : 


300gm tepung gandum
250gm mentega
4 cawan air
4 biji telur
2 sudu teh vanila

Cara-cara :

- Masak air bersama mentega sehingga hancur kemudian masukkan tepung.
- Kacau sehingga tidak melekat di dinding periuk.
- Angkat dan sejukkan.
- Masukkan telur dan putar sehingga sebati adunan tersebut (sekejap aja). 
- Masukkan dalam paping beg dan dengan nozel untuk cream puff.
- Paipkan pada loyang yang telah disapu margerin dan dialas kertas kek.
- Bakar selama 30 minit dengan suhu 200c atau bergantung pada oven masing-masing. (suhunya biar panas sedikit daripada bakar kek)
- Apabila kekuningan bolehlah diangkat dan disejukkan.
- Masukkan krim ke dalam nozel jenis muncung tajam dan cucukkan pada kulit krim puff.

Cream :

400ml susu segar @ susu cair
3 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung gandum
6 sudu besar gula
2 biji telur
sedikit garam
1 sudu besar mentega.
Masak kesemuanya sehingga pekat dan sejukkan.
Masukkan dalam paping beg asing dan masukkan dalam belahan kulit puff tadi.

Sunday, August 5, 2012

NASI AYAM GORENG

Resepi yg sedap. Tq penyumbang resepi. C n P je dari dapur mamasya.. Sempat bawa ke KLIA untuk anak yang akan ke Beijing malam tu.

Nasi Ayam Goreng@ Southern Yellow Chicken Rice

Sumber utama; Cik Manggis@Jom Masak Jom Makan . Resepi asal Tummy@ 3hungrytummies
Sumber Kedua; Yati@Sinar Kehidupanku 


Bahan-bahannya:

1 ekor ayam- di potong 12 ketul
2 sudu kecil garam*
1 sudu besar serbuk kunyit*
1 sudu besar rempah kari*
Caranya=> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi-cuci toskan
4 1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair

Cara-Caranya:

Panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.

* Setelah siap, bolehlah di hidangkan bersama sos pedas dan salad.

Saturday, August 4, 2012

KUIH CARA BERLAUK

Resepi dari CMG, copy paste je. Tima kasih atas perkongsian resepi. Memang lama betul x buat kuih ni.

BAHAN UNTUK INTI :-)
100 gram daging ayam, cincang halus ( guna ayam kisar Ayamas )
1/2 biji bawang besar, cincang halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 hirisan halia, cincang halus
3/4 camca besar rempah kari daging (Baba's)
1 camca besar sos tomato ( x letak )
1camca teh cili kisar
Garam dan gula secukup rasa
1/3 cawan air
1 biji cili merah, buang biji, dadu kecil2
Hirisan daun bawang secukupnya ( xder stok )

BAHAN KUIH CARA :-)
75 gram tepung gandum
1 biji telur gred A
165 ml santan ( bubuh air je )
2 camca besar mentega cair( X letak pun )
Secubit garam
1 - 2 titik pewarna makanan kuning ( guna pewrna hijau )
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali (mat guna non-stick pan), tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar hingga harum, masukkan sos tomato dan rempah kari, kacau rata dan masak hingga rempah garing. Masuk daging ayam cincang dan kacau rata. Tuang air dan biar hingga kering. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula. Akhir sekali masukkan sebahagian cili merah yang didadu dan juga sebahagian hirisan daun bawang. Gaul rata, rasa dan jika ok, matikan api. Sejukkan..
  2. UNTUK ADUNAN KUIH CARA :- Satukan semua bahan2 untuk kuih cara, kacau rata dengan whisk hingga tidak berbintil2. Kemudian tapis dan rehatkan sebentar. Boleh juga dimasukkan ke dalam alat pengisar makanan, dan kisar hingga halus. Ketepikan.
  3. UNTUK KUIH CARA BERLAUK :- Panaskan acuan kuih boulu bunga ceremai atas dapur gas, gunakan api paling kecil. Sapu setiap cetak dengan sedikit minyak makan (mat guna daun pandan yang dipotong pendek, ikat dan carik2kan bahagian hujungnya). Masukkan adunan kuih cara dalam bekas bermuncung (guna jug plastik pun ok), tuang 3/4 penuh seperti dalam gambar.
  4. Bila tepi kuih kelihatan pucat, masukkan 1/3 camca teh bahan inti di bahagian tengahnya, tabur juga sedikit cincangan cili merah dan hirisan daun bawang. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk. Biar 30 saat, buka dan bila permukaan kuih kering, boleh angkat. Buat kaedah sama dengan baki bahan2. Hidangkan untuk minum petang...
CATATAN MAT GEBU :- Untuk resipi ini akan menghasilkan kurang lebih 28 - 30 biji kuih cara berlauk, bergantung pada saiz acuan anda guna. Selamat mencuba!! (^__^)

Thursday, August 2, 2012

MEE KUAH

Buat mee kuah untuk dinner, dah lama x buat mee ni. Resepi dari blog mamasya. Tq penyumbang resepi.


Mee Kuah
Sumber; Blog Dari Dapur Kak Yah
Oleh; Dapurmamasya

Bahan-bahan
Sebungkus mee kuning
4 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
Beberapa ekor udang - tambah sotong
2 biji telur
Sawi - mama celur je
Beberapa ketul ketulan kecil isi ayam
2 biji tomato
2 sudu besar udang kering
sebiji cili merah
Gula dan garam
Limau nipis

mama tambah (pilihan-tak na letakpun tak pa)
2 ketul ubi kentang rebus- dilenyek ( letak juga )
beberapa ekor sotong

Cara-cara
Mee dkacau - kacau - kacau di bawah aliran air dan ditoskan. ( saya celur sekejap )
Tumbuk bawang merah dan udang kering secara berasingan
Ketuk bawang putih.
Sayur sawi, tomato potong dengan cara biasa.
Tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan bawang merah.dan cili giling. Biar sampai wangi dan masukkan udang kering. Biar seketika dan kemudian masukkan sos -sos dan kicap.
Masukkan ayam dan juga udang dan masukkan air(berpadanan). Biar sampai mendidih. Pecahkan telur sebiji- sebiji dan kacau jangan hancur. Masukkan gula dan garam, dan sayuran dan cili merah yang telah dipotong kecil tadi dan sebelum diangkat masukkan mee kuning.
Boleh dihidangkan bersama limau nipis, daun bawang dan bawang goreng.

Tuesday, July 31, 2012

AYAM PANGGANG HALIA

Resepi dari home sweet home. Tq K.Umi atas perkongsian resepi yg sedap ini. C n P je.

AYAM BAKAR / PANGGANG HALIA
Resepi: Chef Hanieliza @ Majalah SAJI (Feb. 2012)
Dirujuk dan Olahan Cara : Ummi @ Home Sweet Home


Bahan Utama:-
  • 1 ekor ayam (saiz sederhana) - guna ayam kampung
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu besar minyak masak
  • garam secukup rasa
Bahan Kisar:-
  • 4 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah (*akak letak 5 ulas)
  • 1 sudu besar lada hitam (*akak letak 2 sudu kecil yg dikisar)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit (*akak guna 2 cm kunyit hidup)
  • 3 tangkai cili merah
  • Cara Memasak:-
  • Ayam dipotong 4 dan dibersihkan. Toskan. (*akak guna 4 ketul peha ayam saiz besar).
  • Gaulkan kesemua bahan kisar dan bahan utama, perapkan ayam selama beberapa jam (*akak perap 2 jam).
  • Kemudian susun ayam dalam loyang pembakar yang telah disapu minyak masak. (*akak tumis sekejap lebihan bahan perap dan masukkan ayam, masak hingga kuah agak pekat, ni kes nak cepat eh...)
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200 C selama 30 minit atau sehingga kelihatan garing. (*Akak guna api atas bawah selepas 15 minit pertama dan sambung bakar).
  • Hidangkan bersama salad dan timun. (Akak makan dengan Nasi Bukhari dan kari daging.) - Memang sedaaappp ayam ni...selamat mencuba!!
  •  Makan ngan nasi putih je..

Monday, July 30, 2012

BUBUR BUTIR NANGKA

Tengok dari dapur Kjee. Walaupun selalu buat tapi refer juga untuk resepinya. tq Kjee.


BAHAN2NYA:

4 cawan tepung pulut
3 cawan santan pekat
gula ikut citarasa
sedikit garam
pewarna
daun pandan.

CARANYA:

Tepung pulut dicampur secubit garam dan diayak ke dalam bekas. Kemudian bubuhlah air sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang tidak melekat di tangan. Bagilah tiga bahagian. Warnakan ikut suka.

Masak air setengah periuk. Bila air sudah hendak mendidih, mulakan dengan satu warna dulu. ambil sedikit atau sebesar guli kaca, bulatkan dan leperkan. Terus campak perlahan2 ke dalam air panas tadi. Guna api sederhana sahaja. Apabila satu warna sudah siap, keluarkan dengan menggunakan sudip yang berlubang2 dan masukkan ke dalam satu bekas yang diisi dengan air sejuk (air paip). Ulang membuatnya sampai habis semua doh. keluarkan dan masukkan dalam bekas air sejuk tadi.

Masukkan santan, gula dan sedikit garam ke dalam periuk bersama daun pandan yang telah disimpul. Biarkan santan mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak pecah santan. Kemudian masukkan semua pulut tadi yang telah ditoskan airnya. kacau perlahan2, selama kira-kira 7 minit, rasa dan tutup api. alihkan periuk dari dapur. itu jer. minum petang yang simple dan murah belanja. selamat mencuba.

(BUTIR NANGKA YANG TELAH DIREBUS, DIMASUKKAN KE DALAM BEKAS MENGANDUNGI AIR BIASA SUPAYA IA TIDAK MELEKAT ANTARA SATU SAMA LAIN)

Sunday, July 29, 2012

BERGEDIL TAHU BERUDANG


Resepi ilham Ketuk-ketuk ramadan Sheila Rusly. Menu iftar ke 9. Gunakan tahu basah biasa je.

3 keping tahu basah - hancurkan
4 keping dada ayam - blend halus
1 cawan udang kecil - buang kulit dan blend
daun sup (hiris)
daun bawang (halus)
1 bwg besar dadu
cili merah hiris cincang
garam
1 telur
sedikit tepung jagung

Gaulkan semua bahan, gentelkan dan goreng hinga kekuningan.

ROTI GORENG FARINA VERSI UMI

Menu iftar 9 ramadan. Inti ayam lebihan buat roti john, terfikir untuk resepi ini.


Inti :  Ayam kisar
        Bawang merah & putih cincang
        Serbuk rempah kari daging
        Garam dan gula

Roti gardenia
Kulit popia
Sos cili
Sedikit tepung gandum + sikit air untuk jadikan gam

Tumis bwg2 hingga wangi, masukkan rempah kari, kacau2. Bubuh sikit air, bila naik minyak masukkan ayam kisar yg dah dibasuh ( masukkan dalam penapis dan siram je air sekali lalu ). Kacau2 dan bubuh air sedikit. Letak garam n gula. Bila kering t utup api.

Ambil roti, sapu sedikit sos cili, letak inti dan lipat dua. Gamkan tepinya dgn gam tepung . Potong 2 dan balut dgn kulit popia. Goreng hingga keemasan.

Saturday, July 28, 2012

KUIH PUTERI AYU

Menu iftar 8 Ramadan. Anak sulung yang buat sebab teringin sangat nak makan. Terima kasih Mamasya atas resepinya. Buat setengah adunan saja.

Kuih Puteri Ayu
Bahan-bahan;
270 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
240ml santan/ fresh milk- guna susu
1 sudu besar jus pandan- 1 sk perisa pandan
3 biji telur
240gm gula
*Kelapa parut (muda) digaulkan garam dan 1 sudu besar tepung kanji

Cara-caranya:
Telur dipukul bersama gula sehingga kembang. Masukkan santan, ovallate dan tepung gandum. Gaulkan sehingga sebati. Panaskan periuk kukus dan sapukan sedikit minyak pada acuan. Ambil sedikit kelapa yang telah digaulkan tadi dan tekan sehingga padat. Tuangkan adunan tepung tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.


NOTA: kuih ini boleh juga ditukarkan jus pandan / perwarna lain dengan pes coklat.

NASI AYAM CHEF WAN

Menu iftar ke-8. Resepi dari buku resepi Chef Wan. Tq.

NASI
1/2 cawan marjerin
2 biji bawang besar, dikupas dan dicincang
2cm halia muda, dikupas dan dicincang halus-halus.
3 ulas bawang putih,dikupas dan dicincang halus-halus
1cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan,  disiat-siat dan disimpul
4 cawan beras basmathi, dicuci dan ditoskan
5 1/2 cawan air rebusan ayam
Garam

AYAM
1 ekor ayam, dibersihkan dan dibelah dua
Garam
Lada hitam yang baru dikisar
2cm halia, dikupas dan ditumbuk
2 ulas bawang putih, dikupas dan ditumbuk
2 sudu besar kicap manis
3 sudu besar marjerin

CARA MENYEDIAKAN NASI
Cairkan marjerin di dalam periuk panas dan tumis bawang besar, halia, bawang putih, kulit kayu manis, bunga cengkih dan daun pandan sehingga naik baunya.
Masukkan beras dan goreng sebentar.Tambah air rebusan ayam dan perasakan dengan garam.Masak sehingga cecair terserap dan kecilkan api.
Tutup periuk dan masak selama 10 minit sehingga nasi tanak.

CARA MENYEDIAKAN AYAM
Lumur ayam dengan garam, lada hitam, bawang putih, dan kicap.Lumur pula dengan marjerin.Bubuh ayam di dalam dulang pembakar.
Bakar ayam di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada 180C selama 30-40 minit sehingga masak.
Potong ayam kecil-kecil dan hidang dengan nasi.

Thursday, July 26, 2012

MEE REBUS CIK ANI

Menu Iftar ke 6. Ambil dari buku resepi Chef Wan. Memang sedap, tak rugi mencubanya. Tq Chef Wan.  Bagi yg keluarga tak ramai pandai2 lah adjust.


2 kg mi kuning - guna 2 paket mi kuning
200g tauge, buang ekor dan celur sejurus sebelum hidang - x celur sebab suka yg rangup

KUAH :
4 keping tahu - goreng terendam dan potong 6
3 tgkai cili hijau - hiris2
2 tngkai cili merah - hiris2
4 tangkai daun bawang - hiris2
4 tangkai daun sup - hiris2
1/2 cawan bawang goreng
3 biji telur rebus dan potong
6 limau kasturi - guna limau nipis

KUAH :
1/4 cawan minyak masak
3 sudu besar rempah kari daging
1/2 cawan taucu
1kg daging lembu - guna ayam yg dipotong kecil2
10 cwn air
1kg keledek - guna kentang, rebus dan lecek
1 cm lengkuas
5 tomato - potong 4
1/2 cwn kacang tanah, goreng tanpa minyak dan tumbuk
garam dan gula

Di tumbuk lumat:
10 bwang merah
6 bwg putih
1cm halia

CARA
Panaskan minyak masak di dalam periuk dan tumis bahan tumbuk sehingga naik baunya.Masukkan rempah kari serbuk , tauco, dan kacau sehingga wangi.
Masukkan daging, air, keledek dan lengkuas dan didihkan lagi selama 20 minit.
Tambah tomato dan kacang tanah dan renihkan. Perasakan dengan garam dan gula.

CARA MENGHIDANG
Bubuh sedikit mi kuning yang dicelur ke dalam mangkuk-mangkuk hidang kecil dan tambah tauge di atasnya.
Tuang kuah ke atas mi. Hias dengan tauhu goreng, cili hijau dan merah, daun saderi, daun bawang, bawang goreng, telur rebus dan limau kasturi.

Friday, July 20, 2012

KEK COKLAT BLACK BEAUTY

Kek coklat buat untuk bawa ke sekolah.Masing2 cakap sedap :) Terima kaaih Wa buatkan untuk umi. Resepi c n p dari dapur mamasya. tq..

BLACK BEAUTY CHOC. CAKE
sumber : chef zubaidah copy dari Blog Mak Lang Azie


Oleh; Dapurmamasya 

BHN A
2 cwn tepung gandum/superfine - guna tpg gandum
¾ cwn serbuk koko
2st soda bikarbonat
2st b/powder

BHN B
2 cwn gula castor
1 cwn susu cair
1 cwn myk masak @ butter dicairkan- guna minyak jagung
1 cwn air panas suam
1sb emulco
3 biji telur

Cara
Ayak Bhn A, ketepikan
Campur semua Bhn B dan kacau sebati (guna whisker aje)
Masukkan Bhn B dan gaul rata
Bakar 50’-1 jam, suhu 150C, api atas bawah.
Guna loyang 8x8

nota dapurmamasya
bakar api bawah saja 175'C selama 45-50 min/hingga masak.

Topping Jimat :
1/2 cwn serbuk koko
1 cwn gula
2 1/2 cwn air /susu cair - guna susu
1/2 cwn tpg jagung
2sb majerin - mama ganti dg minyak jagung

Cara
Masuk semua bhn dlm bekas dan masakkan atas dapur ngan api kecil, sentiasa dikacau.
nota dapurmamasya; topping dah sebati dan nampak pekat, bolehlah tutup api dan terus kacau.sejukkan dulu sebentar sebelum sapu di kek.


###Untuk topping guna resepi lain :
1 can ( 160 ml ) nestle thick cream/ whipping cream
250g ( 1 bar ) milk chocolate
1 tsp instant coffee ( x letak )


Mix well cream with instant coffee.
Heat cream in pot till bubbles appear on sides.
Then break in chocolate & continue stirring fast until combined n smooth.
Remove from heat.
Smooth the chocolate frosting on the cooled cake and chill for 1/2 hour before slicing.

Friday, June 15, 2012

NASI BERIANI & SETNYA

Buat lagi sekali nasi beriani, guna rempah beriani adabi. Kali ini makan dengan kari daging, ayam berempah Chef Kamarul dan acar. Guna juga beras basmathi Pusa yang panjang tu. Resepi dah ada dalam entri dulu.

Sunday, June 10, 2012

AYAM GORENG SOS TIRAM DAN GAJUS

Resepi dari buku 30 minit Chef Kamarul. Simple dan sedap. Buat untuk makan malam.


200g ayam ( potong kecil ) * guna ayam isi
50g biji gajus * x letak
1 sudu kecil tepung jagung ( dicampur sedikit air )
4 tangkai cili kering ( gunting 2cm panjang )
1 biji putih telur
2 btg daun bawang ( dipotong 3 cm panjang )
1 cm halia ( dimayang halus )
1 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil minyak bijan * x letak
1sudu besar sos tiram
lada putih secukup rasa

Gaul isi ayam dengan putih telur, tpg jagung, minyak bijan,kicap cair dan lada putih. Perap sebentar.
Goreng ayam hingga kekuningan dan asingkan.
Kemudian tumis halia dan masukkan sos tiram.
Selepas itu masukkan cili kering dan ayamtadi, masukkan air jika perlu.
Akhir sekali masukkan biji gajus dan air tepung jagung.

Tuesday, June 5, 2012

KUIH BINGKA CRACKER

Resepi ambil dari CT Delima. Terima kasih kerana kongsi resepi ini. Buat untuk minum petang. Buat separuh adunan sahaja.


Bahan-bahan :
140 gm biskut cracker (biskut lemak)
85 gm tepung gandum
1 cawan gula castor
3 biji telur B
710 ml susu cair - 700 ml susu cair + 10 ml air biasa
1 sudu besar butter
1 sudu kecil pewarna kuning - x letak pewarna pun
1/2 sudu kecil esen vanila
Secubit garam

Hiasan :
Sedikit bijan untuk tabur - x letak

Cara-Cara :
1. Panaskan oven suhu 180' C selama 10 minit. Lengserkan loyang dengan minyak masak dan masukkan loyang dalam oven 5 minit masa terakhir.
2. Blend biskut cream cracker bersama tepung dalam blender hingga halus, ketepikan.
3. Blend telur, gula, susu cair, pewarna kuning, sedikit esen vanila dan secubit garam hingga gula larut. Masukan tepung yang telah diblender bersama biskut sedikit-sedikit dan blender lagi hingga sebati kecuali bijan.
4. Tuang ke dalam loyang yang dipanaskan sebentar dalam oven dan taburkan bijan rata-rata diatasnya jika suka.
5. Bakar selama 1jam atau sehingga atasnya keperangan.
6. Sejukkan betul-betul dahulu baru dipotong.

Friday, June 1, 2012

AYAM GORENG BEREMPAH

Ayam berempah ambil dari buku Saji Mei 2012, resepi Chef Kamarul  Makan dengan nasi minyak pandan, gulai daging, acar timun dan sambal..


Bahan - bahan :
1 ekor ayam dipotong 6
3 sudu besar tepung beras
3 sudu besar tepung goreng ayam segera
1 sudu besar serbuk rempah kari
gula dan garam secukupnya

Bahan kisar :
2 labu bwg besar
3 cm halia
3 btg serai

Campurkan tepung beras, tepung goreng ayam, garam, gula dan bahan kisar ke dalam bekas yang besar. Gaulkan dengan ayam dan perap 2 - 4 jam. Goreng hingga kekuningan.

Saturday, May 19, 2012

SUP CENDAWAN

Resepi sup cendawan dari CMG setelah puas mencari resepi yang simple. Pertama kali buat, tak sia-sia mencuba. Terima kasih CMG. Cn P je..


Bahan-bahan :
150 gram cendawan butang jenis segar
250 ml susu sejat IDEAL
550 ml air
1 biji bawang Holland, dadu
2 ulas bawang putih, hiris
1 kiub ayam "Maggi"
Garam jika perlu
Serbuk lada hitam secukupnya
1 camca besar tepung gandum
1 1/2 camca besar mentega
Hirisan daun parsley utk hiasan ( xde stok )
Garlic bread sebagai pelengkap

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cendawan dicuci, toskan dan asingkan 2-3 biji (bergantung pada saiz, kalau besar 2 biji dah cukup), hiris dan ketepikan. Manakala yang diasingkan didadu kecil. Ketepikan.
  2. Cairkan mentega dalam periuk, masukkan bawang holland dan bawang putih, tumis hingga layu, masukkan cendawan dan goreng hingga cendawan lembut. Tambah tepung gandum, kacau rata dan masak sekejap. Tuang air dan susu, kacau rata. Biar mendidih.
  3. Masukkan kiub ayam dan masak lagi hingga cendawan lembut. Matikan api dan biar suam. Kemudian masukkan ke dalam blender dan kisar halus, tuang kembali dalam periuk tadi dan masak dengan api kecil hingga pekat.
  4. Rasa dan jika perlu tambah sedikit lagi garam. Masukkan lada hitam, kacau rata. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun parsley jika suka, sebelum dihidangkan bersama roti bawang putih atau garlic bread.
  5. GARLIC BREAD :- Hiris serong roti perancis atau baton tadi, sapu dengan mentega yang telah digaul bersama 1 ulas bawang putih yang ditumbuk lumat. Panggang atas non-stick pan hingga perang keemasan, boleh dimakan bersama sup cendawan tadi.

Friday, May 18, 2012

BERGEDIL DAGING

Bahan - bahan :
Tengok kt blog KJee tapi tambah2 sikit. KJee guna bwg goreng, Tq atas idea.


1 keping burger ayam or daging - biar lembut ( guna burger ayam )
( guna ayam )4 biji kentang yg agak besar - kupas kulit dan potong wedges
1 bwang besar di dadu
sedikit serbuk jintan manis, serbuk ketumbar , serbuk lada sulah
daun sup dan daun bawang dihiris halus
garam
telur dipukul
tepung gandum jika perlu

greng kentang hingga masak, tumbuk hancur. Campurkan semua bahan - bahan kecuali telur dan tepung.
Bulat2kan. Kalau lembik boleh campur sedikit tpg gandum.
Celup dalam telur dan goreng hingga keemasan.

Thursday, May 17, 2012

NASI GORENG CINA

Resepi dari buku Resepi 30 minit Chef Kamarul. Cuma tambah sosej. Buat untuk sarapan.


1 mangkuk nasi
2 ulas bwg putih cincang
1 camb sos tiram
3 ekor udang
1 ekor sotong
50g ayam ( guna ayam kisar )
1 biji telur
80g sayur campur
minyak bijan ( x letak )
garam dan serbuk lada putih secukupnya ( tambah sedikit gula )
## 2 bts sosej ayam dipotong ( tambah ) ##

Gaul nasi dengan garam dan lada putih secukupnya hingga rata.
Tumis bwg putih, masukan udang, sotong dan ayam.
Kemudian masukkan sos tiram dan masak sebentar.
Masukkan pula telur, diikuti nasi dan sayur campur.
Gaul rata dan tuangkan minyak bijan,





Monday, April 30, 2012

CHICKEN CHOP

Buat chicken chop atas permintaan anak2, untuk makan malam. Resepi ni belajar dari kawan dah lama dulu tapi dah diolah - olah sendiri. Anak2 kata sedap..


Bahan - bahan :
4 paket dada ayam ( 1 paket ada 2 dada ) - buang kulit, asingkan tulang, cuci bersih, slicekan nipis sikit. Perap ayam dengan sedikit garam, serbuk lada sulah dan sos lea & perrins. Simpan dalam peti sejuk sebentar.

Kemudian salut tepung gandum, celup dalam telur yg dipukul dan salut dengan serbuk roti. Goreng hingga keemasan.


Sos cendawan lada hitam :

1 tin cendawan butang - buang airnya dan hiris nipis2
1 labu bwg besar - dadukan
2 ulas bwg putih - cincang
4 camb brown sauce
1 camb serbuk lada hitam
6 gelas air/ secukupnya

Panaskan minyak, tumis bwg besar dan bwg putih hingga layu. Masukkan serbuk lada hitam, kacau2 sebentar. Kemudian masukkan cendawan , biar sekejap baru masukkan air secukupnya. Masak hingga mendidih.
Ambil air panas tersebut dan bancuh sos perang hingga sebati. Curahkan semula ke dalam  kuah tadi dan biarkan masak dan pekat sedikit. Guna api sederhana.


Coleslaw :
1/2 biji kobis - hiris nipis2
1 karot - hiris nipis
4 camb mayonis
gula secukup rasa
cuka makan secukupnya
sedikit garam

Bancuh mayonis, gula, garam dan cuka hingga sebati. Masukkan sayur2an dan gaul sebati. Sejukkan sebelum makan.

Saturday, April 14, 2012

PAK CHOI SOS TIRAM

Resepi sayur yang simple dan sedap. Kegemaran seisi keluarga.


Bahan. - bahan :
Sayup pak choi - bersihkan, x perlu potong. Rebus air hingga mendidih bersama siikiit garam je. Celur pak choi sekejap, angkat dan terus masukkan dalam air biasa untk berhentikan proses masaknya. Biarkan sekejap.

2 ulas bawang putih cincang halus
2 camb sos tiram
sedikit kicap manis

Tumis bwg putih hingga kekuningan, masukkam
n sos tira. Kacau2 sikit kemudian masukkan sikit je air. Bubuh kicap agak2..kacau rata dan tutup api.
Pak choi tadi ditoskan dan susun dalam pinggan. Curahkan sosnya dan hidangkan.